Rabu, 14 Disember 2011

Sultan Kedah diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14



 
 

Selamat Pagi Semua... Apa khabar hari ini? Harapnya baik dan sihat ya.. Hari ini hamba nak berkongsi satu cerita besar yang kelmarin merupakan hari yang bersejarah buat rakyat Negeri hamba. Negeri hamba? Hamba berasal dari Negeri Kedah Darul Aman. Apa yang hebatnya kelmarin? Ha.. Pasti ramai yang tahu kelmarin merupakan kali kedua Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah menaiki tahkta sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Pertama kali baginda naik tahkta ialah pada zaman Perdana Menteri yang kedua iaitu Tun Abdul Razak. Kali kedua baginda naik tahkta ialah zaman Perdana Menteri yang keenam iaitu Datuk Seri Najib Razak. Apa kaitan dua insan ni? Perasan tak pertama kali naik tahkta pada zaman bapa, kali kedua pada zaman anak.. Hebat.. Moga berpanjangan usia di atas tahkta..

Satu perkara lagi yang paling aku bangga ialah tarikh 13 Disember. Tarikh inilah tarikh dimana abah aku mula bekerja iaitu pada 13 Disember 1982. Kiranya tarikh inilah tarikh ulangtahun pekerjaan abah aku.

Sapa yang pi hantar Tuanku kelmarin pasti dapat makan nasi bungkus berlaukan KFC.

Mari kita membaca beberapa artikel mengenai peristiwa ini di beberapa pautan di bawah
 p/s : Saya bangga jadi rakyat Malaysia, Saya bangga jadi anak jati Kedah.

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page