Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Isnin, 24 Jun 2013

Salam Nisfu Syaaban 1434H


Assalamualaikum. Semoga anda semua dalam keadaan yang sihat dan dirahmati Allah SWT.

Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1434 Hijrah) jatuh ketika masuknya waktu MAGHRIB pada hari AHAD (mlm Isnin) 23 Jun 2013.

Pada malam Nisfu Syaaban, buku catatan amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat & rahmat selepas malam Lailatul Qadar.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.

Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada malam itu. "Rasulullah SAW telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) & bersolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dengar Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafan-Mu drpd apa yang akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu & aku berlindung kepada-Mu daripada-Mu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadap-Mu seperti kamu memuji diri-Mu sendiri.”

Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan malam Nisfu Syaaban dan dua malam raya (Aidilfitri dan Aidiladha), hatinya tidak akan mati pada hari dimatikan hati-hati orang lain.”

Diriwayatkan oleh Al-Dar Qutnu dan Imam Ahmad darpada Syaidah Aisyah; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampunkan dosa-dosa hamba-Nya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab (Kabilah arab yang paling banyak kambing).”

Sesetengah ulama berpendapat, pada malam itulah ditukar dan ditentukan umur dan rezeki umat manusia. Teruskanlah membuat amal kebaikan, kerana selepas 15 Syaaban, maka bermulalah rekod amalan baru bagi setiap hamba.

AMALAN MALAM NISFU SYAABAN

Setelah selesai solat sunat Ba’diyah Maghrib atau Isyak, bacalah Surah Yasin 3 kali dengan setiap satunya diniatkan memohon:
- bacaan 1 : Dipanjangkan umur dalam keadaan sihat untuk mentaati Allah.
- bacaan ke 2 : Ditetapkan iman dan dijauhkan dari bala bencana.
- Bacaan ke 3 : Diluaskan rezeki yang halal dan diberkati.

PERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Lafazkan "astaghfirullahal'azhim (memohon ampun) dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil

PERBANYAKKAN SOLAT-SOLAT SUNAT
seperti :
- Solat Sunat Dhuha
- Solat Sunat Rawatib
- Solat Sunat Tahajud
- Solat Sunat Tasbih
- Solat Sunat Taubat
- Solat Sunat Hajat
- Solat Sunat Witir.

Nabi SAW bersabda: “Lakukanlah amalan setakat yang kamu terdaya. Sesungguhnya Allah tidak jemu sehinggalah kamu semua jemu.”

MEMBACA AL QURAN
MEMPERBANYAKKAN SEDEKAH
PERBANYAKKAN SELAWAT & BERDOA

PERBANYAKKAN TASBIH, TAHMID, TAHLIL, TAKBIR
Ucap subhanallah alhamdulillah lailahaillallah allahuakbar
Fadilat : setiap satunya akan ditulis baginya 20 kebajikan dan digugurkan daripadanya 20 kejahatan.

Maka, sewajarnya kita melakukan amalan-amalan yang soleh pada malam berkenaan dan mengelakkan apa yang Allah benci, mudah-mudahan kita semua diampunkan. In Syaa Allah.

Rabu, 19 Jun 2013

Pemilik Laman Web Muat Turun Muzik Haram JIWANG.ORG Ditahan?!


PUTRAJAYA 18 Jun - Pengusaha laman web popular muat turun dan muat naik muzik secara haram, www.jiwang.org (JWG), yang mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit sejak tahun 1997, akhirnya ditahan pasukan penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Kelantan.

Pengarah Penguatkuasa Bahagian Penguat Kuasa KPDNKK, Mohd. Roslan Mahayudin berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas sepasukan penguat kuasa menyerbu kediamannya di Kubang Kerian pada 11 Jun lepas.

"Laman web yang menawarkan perkhidmatan muat turun dan muat naik lagu-lagu Melayu telah mengaut keuntungan mencecah ratusan ribu ringgit berdasarkan servis iklan dan sumbangan daripada mereka yang menjadi ahli laman web JWG.

"Lelaki itu mengaku pernah memperoleh pendapatan lumayan, iaitu mencecah RM10,000 sebulan pada tahun 2006, tetapi pendapatannya merosot kepada RM1,500 sebulan sekarang setelah muncul pesaing yang menggunakan modus operandi yang sama dengan JWG," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Komunikasi Strategik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Sheikh Raffie Abd. Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Tan Ngiap Foo.
Roslan berkata, pasukan penguat kuasa juga merampas peralatan ICT bernilai RM30,000 dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Hakcipta 1987 yang membawa hukuman denda minimum RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Beliau berkata, Bahagian Penguat Kuasa akan mengeluarkan notis halangan kepada SKMM bagi menghalang akses laman web JWG seperti yang diperuntuk mengikut Seksyen 263 (2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Sementara itu, Ngiap Foo berkata, industri muzik menanggung kerugian kira-kira RM10 juta dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini berikutan laman web yang menawarkan muat naik dan muat turun lagu di negara ini.

"Saya berterima kasih kepada KPDNKK yang membuat serbuan sebegini. RIM akan mengambil tindakan mahkamah terhadap pengusaha laman web JWG bagi menuntut ganti rugi yang ditanggung industri muzik," katanya.

Beliau juga berkata, RIM telah mengenal pasti laman web yang menawarkan perkhidmatan serupa kepada pengguna bukan sahaja dari Malaysia malah Indonesia dan Brunei.

Dalam perkembangan berkaitan, Roslan berkata, KPDNKK sedang menyiasat sekurang-kurangnya 32 laman web yang menawarkan muat turun dan muat naik muzik serta filem percuma secara haram di negara ini.
Beliau berkata, sebanyak 30 aduan diterima berhubung laman web dikategori sebagai 'jerung siber' yang menyumbang kepada pelanggaran hak cipta.

"Siasatan awal mendapati laman sesawang ini beroperasi di dalam dan luar negara. Kita akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia, SKMM dan pemilik hak cipta untuk menjejaki serta melumpuhkan jerung siber ini agar tindakan tegas dapat diambil ke atas mereka," katanya.

Roslan turut mengingatkan semua agensi kerajaan melalui Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Pasukan Tindak Balas Kecemasan Keselamatan Komputer Malaysia (MyCert) supaya mengambil langkah berjaga-jaga serangan siber ke atas laman sesawang kerajaan selepas laman JWG dihalang akses.

"Ini adalah berdasarkan pengalaman pada tahun 2011 yang menyaksikan beberapa laman sesawang kerajaan digodam setelah 10 laman sesawang yang melanggar Akta Hakcipta 1987 dihalang akses," katanya. - BERNAMA

Sumber : 
Lain-lain berita : 


p/s : Hari tu Syok.Org, ni Jiwang.Org. Lepas ni apa pulak. Hmmm...

Ahad, 2 Jun 2013

Tidak Ada Kebanggaan Yang Ku Rasakan


Assalamualaikum, Dah lama rasanya tak update blog ni. Sekarang update la sikit satu entry. Menurut tajuk, ianya ada kaitan dengan universiti.

Sebelum aku ceritakan kisahnya, aku nak mulakan dengan kisah perjalanan aku sebelum masuk universiti.

1992. Aku dilahirkan. Di Jitra, Kedah. Apabila cukup umur 6 tahun, aku pergi ke tadika (Kemas/Prasekolah) seperti juga budak-budak lain. Tapi aku seperti tak pergi sebab aku tak minat belajar. Aku pergi hanya dua hari saja. Jadi aku tak tahu apa yang terjadi kat tadika atau prasekolah tu. Dalam gambar pegang gulung sijil tadika tu, aku seorang saja yang tak ada, adik-adik aku semua ada.

Lupakan tentang tadika. Sekarang masuk cerita sekolah rendah. Umur 7 tahun aku dihantar ke SEKOLAH RENDAH AL-AZHAR (SRAZ), sekolah agama. Aku ikut saja pelajaran di situ. Aku kenal dengan ramai kawan baru, yang paling rapat ada la dalam 2 - 3 orang. Aku belajar di SRAZ selama 4 tahun iaitu dari tahun 1999 hingga tahun 2002, sampai darjah 4. Aku berhenti dari SRAZ bukan sebab aku kena buang, tapi aku pindah sebab ikut ke sekolah tempat mak aku mengajar iaitu SEKOLAH KEBANGSAAN MEGAT DEWA (SKMD).

Masa masuk ke SKMD tu aku terus jadi pengawas. Aku belajar kat SKMD dua tahun, 2003 & 2004. Entah macam mana boleh dilantik pun tak tahu. Rasanya sebab aku anak cikgu kot. Ah, abaikan saja lah. Masa tu ada cikgu suruh kami semua buat karangan ‘Cita-cita Saya’. Jadi aku buat la cita-cita aku tu. Cerita sikit la cerita aku tu. Aku dari kecik memang nak sangat jadi seorang saintis. Aku suka tengok cerita-cerita sains. Aku pun selalu juga score dalam subjek Sains masa di SKMD. Masa buat eksperimen, aku lah yang paling excited nak buat. Ku kira semangat juang masa tu sangat tinggi. Selalu la juga berebut tempat pertama, kedua dan ketiga dalam kelas.

Dah habis UPSR. Aku masuk la SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU NYIOR (SMKPN). Masa kat SMKPN aku masuk aliran agama. Kira belajar la Bahasa Arab dan Kelas Kemahiran Al-Quran (KKQ). Bahasa Arab hanya belajar Bahasa Arab Komunikasi saja walaupun aku tak fasih pun cakap Arab. KKQ pula belajar tarannum, rawi-rawi dan macam macam lagi la. Aku masuk aliran agama ni sampai tingkatan 3 saja sebab sekolah tu aliran agama sampai tingkatan 3 saja. Lain la Maktab Mahmud. Cerita sikit tentang Maktab Mahmud. Aku pun dapat tawaran belajar kat Maktab Mahmud masa tingkatan 1 dulu, tapi aku tak pergi sebab tak dapat asrama. Di SMKPN ni, aku dapat asrama sebab aliran agama kena duduk asrama sebab senang nak pergi kelas katanya. Masa tingkatan 1 hingga tingkatan 3 tu, cita-cita aku bertambah iaitu nak jadi penyiasat. Kalau kat Malaysia ni kira ahli forensik la.

Masa berlalu dengan pantas. Habis PMR, aku mula berminat dengan graphic designer dan editing. Aku bercadang nak ambik jurusan Multimedia masa tingkatan 4 tu. Tapi aku dapat aliran sains tulen. Belajar Biologi, Kimia dan Fizik. Aku beritahu mak abah aku. Mereka sangat gembira sebab memang mereka berharap sangat aku ke arah sains, lebih tepat jadi Saintis la. Kelas yang aku masuk tu kelas nombor satu la sebab aliran sains tulen, tapi aku minta tukar ke kelas nombor lima sebab kelas tu ada subjek Produksi Multimedia. Tapi cikgu tak bagi. Sakit hati jugak la masa tu sebab apa yang kita nak tak dapat. Tak mengapa, aku kata. Jadi aku belajar sendiri tentang semua tu sebab aku geram sangat sebab tak dapat masuk kelas tu. Jadi aku teruskan saja la dengan sians tulen tu. Masa subjek Biologi, Kimia dan Fizik tu, aku betul-betul fokus pun masa eksperimen saja sebab latihan yang praktikal saja aku minat.

Masa tingkatan 4 jugak la aku mula jatuh hati kepada perempuan. Macam aku buat untuk dapat dia, tapi keputusannya – negatif. Dipendekkan cerita, masa isi borang nak masuk universiti aku isi pelbagai universiti yang ada kursus Multimedia, Forensik dan Kimia. Beberapa bulan selepas itu, keputusan keluar. Satu universiti pun aku tak dapat. Aku mohon yang MARA punya pula. Dapat. Tapi dalam masa yang sama aku dapat tawaran ke prauniversiti, di SMKPN juga. Aku pilih Prauniversiti SMKPN. Aku ambik kursus Ekonomi dan Seni Visual. Berlainan sungguh dari kursus aku dahulu. Masa terus berlalu. Masa untuk isi borang nak masuk universiti. Aku pilih bidang ‘Animasi dan Teknologi Skrin’ sebagai pilihan pertama. Selebihnya aku pilih Pengajian Media, Multimedia dan beberapa bidang lain yang berkaitan dengan komputer dan multimedia. Lepas tu ada la lagi tiga tempat kosong untuk Research Universiti. Aku nak tinggal ja tempat kosong sebab tak ada kursus yang aku minat, tapi cikgu kata isi juga, penuhkan tempat kosong. Salah satu yang aku isi nak penuhkan tempat kosong tu ialah Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Drama) di Universiti Malaya (UM). Aku yakin aku tak akan dapat, sebab itu aku isi yang tu.

Bulan berganti bulan, aku dipanggil untuk proses temuduga. Kawan aku kata kalau dapat temuduga tu kiranya dah 90% dapat. Aku dengan penuh keyakinan pergi la temuduga ‘Animasi dan Teknologo Skrin’ tu kat UiTM Puncak Perdana. Aku buat sehabis baik semasa temuduga tu. Masa tu aku dapat lagi satu temuduga di UM kos yang aku kata tak akan dapat tu la. Aku pergi juga la temuduga tu sebab nak ambik pengalaman semasa temuduga.

Masa keputusan UPU keluar, aku semak, dapat Universiti Malaya kursus Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Drama). Aku beritahu mak abah aku walaupun aku tahu mereka tak setuju. Tapi apakan daya keputusan telah keluar. Mak abah aku memang menentang keputusan tu. Mak aku banyak kali, aku nak pergi ke kursus tu? Aku hanya dapat kata pergi je la. Dah dapat yang tu, aku kata fikir positif je la. Mak aku diam. Abah aku tak kata apa sangat sebab malas nak layan dah pasal aku. Mereka langsung tak gembira dengan keputusan aku. Macam-macam aku bagi alasan untuk pergi juga ke universiti walaupun kursus yang aku tak minat.

Masa balik raya kat kampung, abah aku membebel lagi pasal cerita ni, dia kata nak kerja apa nanti? Ada masa depan ka? Aku hanya diam sebab memang aku tak ada jawapan untuk itu. Mereka kata lagi, kalau nak pergi juga, pergilah sendiri. Aku semakin sedih memikirkan hal itu. Kawan-kawan lain, ibu bapa mereka sangat gembira apa bila dapat universiti tak kisah la kursus apa pun. Aku? Hanya mampu menangis seorang diri. Tiada sesiapa yang memahami. Walaupun aku dapat masuk UM, tak ada apa-apa yang dapat dibanggakan. Dan aku langsung tak merasa bangga dan berbesar hati dapat masuk UM walaupun orang lain berbangga dengan dapat masuk UM.

Masa yang ditetapkan tiba. Aku perlu ke UM. Tolak sana, tolak sini. Akhirnya mak aku ambik keputusan untuk hantar aku sampai UM. Abah? Abah ambik keputusan untuk jaga adik-adik di rumah. Sampai di UM, aku tengok ramai mahasiswa baru yang dihantar dan ditemani oleh keluarga iaitu ibu bapa, adik-beradik dan saudara-mara. Aku? Walaupun terpancar kegembiraan pada wajah, aku sebenarnya sangatlah bersalah dan terluka dengan semua yang berlaku.

Kini aku dah nak habis semester dua di UM dalam kursus yang sama. Aku bertekad nak habiskan kursus ni dan graduate saja. Dalam masa yang sama aku aktif dengan Pertubuhan Pentas Lakon, UM (PELAKON) sebagai platform untuk aku tingkatkan softskill aku. Orang lain kata seronok dan mudah kursus ni, aku tak rasa pun perkara tu.

SECARA JUJUR AKU KATAKAN, AKU LANGSUNG TAK GEMBIRA DENGAN KURSUS SENI PERSEMBAHAN (DRAMA) NI. AKU JUGA LANGSUNG TAK RASA SERONOK DENGAN KURSUS NI. SEKALI LAGI AKU TEGASKAN, AKU LANGSUNG TAK BERASA BANGGA DAN SERONOK DAPAT MASUK UNIVERSITI MALAYA DISEBABKAN KURSUS SENI PERSEMBAHAN (DRAMA). 

Translate This Page