[SPOILER ALERT]
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung. Telah sekian lama aku tak kemaskini blog ini. Baiklah pada kali ini aku akan bagi sedikit pandangan aku terhadap sebuah filem yang akan ditayangkan pada 21 Mac 2019 ini iaitu filem Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal oleh Les' Copaque Production. Sebelum pergi kepada pandangan saya terhadap filem ini, mari kita baca sinopsis cerita ini dahulu.
Semuanya bermula apabila Upin, Ipin, dan kawan-kawannya tersandung pada keris mistik di bilik stor Tok Dalang yang membuka portal dan membawa mereka terus ke tengah kerajaan. Semasa cuba mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, kanak-kanak yang terganggu itu tiba-tiba dibebani dengan tugas memulihkan kerajaan kembali ke bekas kemuliaannya. Dengan bantuan watak-watak dari dongeng dan cerita rakyat Malaysia, Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan kawan-kawannya akan menempuhi beberapa halangan yang mencabar dalam filem pengembaraan yang penuh aksi, lucu dan lucu.
Baik. Mari aku ceritakan pandangan aku.
Foto : mStar |
Pertama sekali aku menonton filem ini pada 5 Mac 2019 iaitu pada Malam Gala yang diadakan di GSC Mid Valley Megamall. Aku tiba agak lewat di tempat kejadian atas urusan kerja. Tapi aku sempat menonton dari awal. Untuk menonton filem ini, aku tidak datang dengan harapan yang sangat tinggi kerana aku tahu ini cerita Upin Ipin.
Permulaan cerita ini yang dimulakan dengan babak imbas semula zaman dahulu memang memancing penonton dengan baik. Babak Raja (yang aku lupa namanya) bertarung dengan Raja Bersiong sebelum keris itu dihantar ke dimensi lain melalui Batu Belah Batu Bertangkup sangat menyeronokkan. Babak awal dipecahkan dengan kembali kepada zaman semasa dimana zaman Upin Ipin dan kawan-kawanya berada membuatkan aku berasa “Wah, filem ini ada sesuatu”.
Plot penceritaan juga menjadi menarik dengan resepi cerita dongeng atau cerita rakyat. Filem ini mengangkat beberapa karakter cerita rakyat seperti Mat Jenin, Bawang Merah Bawang Putih, Mak Si Tanggang dan beberapa watak lagi. Watak yang digunakan dalam filem ini juga bagi aku tidak membazir kerana digunakan semula ketika akhir babak. ‘Inderaloka’ merupakan nama tempat yang Upin Ipin & kawan-kawannya terperangkap juga menjadikan latar tempat dan masa itu wajar dengan zaman sekarang kerana mungkin telah ramai yang tidak tahu atau mendengar mengenai cerita-cerita dongeng atau rakyat. Bagi aku filem ini adalah satu medium untuk menyampaikan bahawa masyarakat kita mempunyai kisah-kisah tersebut walaupun bukanlah disampaikan secara penuh.
Filem ini bertambah menarik apabila diwujudkan dua watak yang mengimbau kembali zaman hitam putih dahulu iaitu Pak Belalang sebagai Nujum Istana di istana yang dirampas oleh Raja Bersiong. Tidak dilupakan juga anaknya Belalang. Antara dialog yang aku sangat ingat adalah ketika Belalang bertanyakan bapanya “Bapak marah?” dengan nada yang sama dengan nada pertanyaan dalam filem 3 Abdul.
Berkenaan keris pula, ianya menjadi membawa cerita dalam filem ini. Kita dapat lihat bagaimana keris yang telah dihantar kepada zaman Upin Ipin tanpa mempunyai bilah mendapatkan semula bilahnya. Kita dapat lihat juga bagaimana kuasa keris ini bertukar menjadi Siamang yang kuat untuk menentang kejahatan Raja Bersiong. Keris Siamang Tunggal ini diinspirasikan daripada Keris Beruk Berayun yang merupakan salah satu keris kebesaran Negeri Selangor (jika tak salah aku).
Kita beralih pula kepada bunyi. Sound foley dalam filem ini bagi aku dilakukan secara terperinci juga. Aku dapat tangkap perkara ini ketika babak dimana mereka terkurung dalam stor Tok Dalang. Bunyi ruang kosong atau vakum itu dapat didengar dengan jelas dan beberapa lagi bunyi yang sangat membantu dalam filem ini. Runut bunyi ‘Keris Sakti’ nyanyian Fakrul Razi (juga membawa watak Nakhoda Ragam) dan ‘Buai Laju Laju’ nyanyian Ernie Zakri (juga membawa watak Bawang Merah Bawang Putih) memang sangat menghiburkan dan merdu diadunkan dalam filem ini. Maka untuk lebih menyeronokkan, bolehlah lafal dulu lagu ini dan boleh sing along ketika menonton filem ini.
Nilai yang paling besar dalam filem ini adalah kemaafan. Bagaimana kemaafan dapat menyatukan dan menyerikan hidup itu adalah sangat berharga. Secara jujurnya, ada satu babak yang berada di sebuah pulau iaitu Pulau Pisang (kalau tak salah) air mata aku bertakung. Nilai yang dipamerkan seterusnya adalah kita tak seharusnya melupakan tradisi meskipun dah maju. Aspek itu boleh lihat bagaimana tulisan jawi yang digunakan pada bilah Keris Siamang Tunggal dan muzik ghazal yang dimainkan bersama wayang kulit serta penglipur lara.
Cuma aku sedikit kurang selesa dengan transisi peralihan babak yang digunakan. Bukan semua, ada dua tempat. Kedua-dua tempat ini menggunakan beralihan yang agak janggal atau jerk. Aku faham jenis transisi yang ingin digunakan itu Cuma mungkin durasi peralihan itu sendiri atau visual yang digunakan tidak sesuai. Dan ada satu audio suara (Upin atau Ipin aku tak pasti) yang secara tiba-tiba terdengar secara tahap audio yang tak sepatutnya. Tetapi kelemahan ini tidak menggangu keseluruhan cerita ini.
Oleh itu, aku bagi 8 hingga 9 bintang per 10 bintang untuk filem Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal. Jadi aku meyeru kepada mereka yang meminati animasi untuk menonton filem ini. Bagi aku yang berumur 27 tahun masih enjoy menonton filem ini, merasakan filem ini masih relevan untuk semua lapisan masyarakat. Bagi aku nilai 20 juta pembikinan filem animasi ini boleh dikatakan berbaloi kerana meletakkan filem ini di satu tahap yang lain.
Jadi itu saja dulu setakat ini. Untuk mengetahui lebih lanjut. Silakan ke panggung wayang gambar (Pawagam) berdekatan anda pada 21 Mac 2019 ini. Tapi, sila tonton sampai habis end credit sebab ada sesuatu di situ. Sudah tonton? Berikan pandangan anda pula.
Sekian.
Visit Here : https://goo.gl/rIv5rX
Like Here : https://goo.gl/DQq9W3
Follow Here : https://goo.gl/U89mkq
Follow This : https://goo.gl/2X7Cuw
Subscribe This : https://goo.gl/iZr6Ea
Visit Here : https://goo.gl/rIv5rX
Like Here : https://goo.gl/DQq9W3
Follow Here : https://goo.gl/U89mkq
Follow This : https://goo.gl/2X7Cuw
Subscribe This : https://goo.gl/iZr6Ea
0 analysis:
Catat Ulasan