
Memaparkan catatan dengan label ARKIB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ARKIB. Papar semua catatan
Ahad, 29 Julai 2018
[PUISI] - Damai

Isnin, 3 Oktober 2016
[PUISI] Ungkapan Berat

Ungkapan Berat
Kala langit mengejar terang pancaran mentari
Aku masih melihat gelap mencari satu cahaya
Tika aku mulakan langkah menuju bahagia
Diri menolak hajat hati yang meronta untuk berbicara
Dia hadirkan kamu yang tidak pernah aku kenal dan aku sangka
Lalu aku mula menghampiri kamu untuk mengenali sama kamu
Namun hanya seketika aku menyimpan rasa terhadap kamu
Kerana aku berundur setelah aku tahu kamu sudah berpunya
Aku teruskan melangkah tanpa sedikit kesal
Kerana aku tahu rasa yang aku alami tidak kuat buat kamu
Namun kamu tidak perlu risau dengan aku
Pengunduran aku tiada siapa yang harus disalahkan
Kala itu langit terus membisu tiada sepatah kata
Dia buka kembali hati aku untuk mencintai lagi
Kamu yang selalu membangkitkan kembali rindu dan resah hati
aku
Aku kembali bisa tertawa melupakan cerita lama
Kamu punya sesuatu yang tidak pernah aku jumpa sebelum ini
Mungkin kamu adalah jawapan kepada pintaku terhadap Dia
Aku tidak pernah menyatakan bahawa aku jatuh cinta kepada
kamu
Namun aku selalu menyatakan kepada Dia bahawa aku ingin kamu
Dalam langkah aku menuju ke arah kamu
Dia tunjukkan aku bahawa kamu juga kepunyaan orang lain
Aku bertanya lagi kepada Dia kenapa aku diuji dengan cara
begini
Dengan luka aku mula enggan melangkah lagi
Ketika hati aku sedang sepi memerlukan seseorang
Dia hadirkan kamu pula mengisi ruang kesepian ini
Di hadapan kamu aku takut mengungkap rasa cinta buat kamu
Sebaliknya aku meminta kamu dalam setiap sujudku
Kamu hadir membawa satu nama
Nama yang selalu aku menyebutnya dalam setiap doa aku
Kamu membawa setiap rasa sehingga ke nadi aku
Rasa yang bisa aku kembali tersenyum riang
Aku ingin memindahkan langkah aku ke dalam kamu
Dia memberi jawapan dalam usaha aku memindahkan langkah
Jawapan yang mengembalikan langkah aku kepada langkah
sebelumnya
Kamu juga bukan kepunyaan aku untuk aku bahagia bersama kamu
Adli Shinichi
9:45 malam, 2 Oktober 2016
Kuala Lumpur
Selasa, 6 September 2016
[PUISI] Bangkit

Bangkit
Meniti suram cahaya
Menyusur liku perjalanan
Kaki seakan terpahat
Tubuh meronta bangkit
Sinar mentari menampar diri
Bising kota memekak telinga
Deruman enjin memaksa jaga
Bangunlah duhai leka
Terjah apa yang menyapa
Gapai cebisan nota
Kekuatan diri jangan disangkal
Pekak saja kata mereka
Mereka tiada dalam ruang kita
Kita jadi kita cipta
Biar mereka yang buta
Kerlipan bintang sejuta
Ayuh meroket ke sana
Bangkit semula jika ditarik jatuh
Abaikan tingginya graviti
Terus mendongak langit
Jangan dilupa bumi
Asal usul mulanya kita
Siapa yang bantu kita
Semuanya Dia Yang Maha Esa
Adli Shinichi
4:10 petang, 6 September 2016
Sasana Kijang, Kuala Lumpur
Rabu, 31 Ogos 2016
[PUISI] Erti Satu Bangsa

Ahad, 21 Ogos 2016
Selasa, 26 Julai 2016
[PUISI] Ikatan Lutsinar

Ikatan Lutsinar
Letih meneroka membebani tubuh
Mencari secebis not not bercorak berwarna
Dahulunya dipuja membuat diri bahagia
Namun hanya tinggal igauan pemusnah mimpi
Not not pelbagai wajah hilang nilainya
Buat penyelesaian yang tak sudah
Janji manis not not berbentuk serupa
Ibarat hidup menanti maut menjelma
Not not hanya benda semata
Buat hamba yang putih mata
Hamba dunia yang makin tua meniti usia
Usai menerka tubuh mula tidak bermaya
Rebah terpejam melayari nikmat tidak terhingga
Ada yang menghempas empuk
Ramai juga beralas kepingan berwarna coklat
Tidak kurang pula berlapik perihal dunia
Dunia mula berubah tika hanyut dibelai
Menikmati keindahan yang penuh khayal
Jasad ibarat tiada lagi di tempat asalnya
Menerjah alam yang penuh tanda tanya
Sepertinya benar berlaku diri merasa
Terus berlayar meneruskan agenda khayalan minda
Terlupa berfikir ianya petanda atau bohong semata
Burung mula berkicau membuka sayapnya
Ayam juga berkokok memberi tanda
Sang mentari mencurahi cahaya membuka rezeki
Bayu segar menampar suasana sepi
Namun punya tubuh yang masih bermimpi
Indah igauan tidak melepaskan empunya tubuh
Takut mimpi indah tinggal mimpi
Terus pejam sang jasad yang sudah diracun
Racun berbisa memberati hamba
Hamba yang telah diselimuti sang penggoda durjana
Tidak memberi ruang untuk kita bersemuka Yang Maha Esa
Adli Shinichi
12:29 am, 26 Julai 2016
Kuala Lumpur
Ahad, 24 Julai 2016
[PUISI] Bukan Mainan

Bukan Mainan
Dia mampu berubah
Boleh juga merubah
Dia kadang kala indah
Kadang kala ngeri
Semua tindakannya boleh mempengaruhi
Dia tidak bermain
Dia datang tidak diundang mahupun dijemput
Dikala keletihan dia menghantui mungkin
Dikala kekenyangan dia menjelma membelai
Dia wujud tanpa dirangka
Dia datang ketika rindu
Tika duka mahupun suka
Kestabilan kimia dalam otak adalah puncanya
Kadang susah diingat saat mata dibuka
Kadang melekat menghantui memori
Dia bukan mainan
Dialah Sang Mimpi
Adli Shinichi
9:44 am, 24 Julai 2016
Damansara Perdana
Khamis, 21 Julai 2016
[PUISI] Sakit Kepenatan

Sakit Kepenatan
Cairan jernih mengalir lagi
Penat dengan diri
Sakit disimpan berduri
Tiada tahu dek pemerhati
Pedih ini memilukan
Luka itu tiada sesalan
Terus mencari dimana jalan
Cuba berdiri biar tertekan
Rajuk diri memantul kembali
Putus asa dan usaha bertarik tali
Susuk calar berdarah menjadi lali
Teriak binasa sudah berkali
Sebak hati memendam rasa
Tiada guna berbadan sasa
Rintangan tidak terduga masa
Tunduk sujud mencari Yang Esa
Adli Shinichi
12:45 am, 21 Julai 2016
Bangsar Selatan, Kuala Lumpur
Selasa, 19 Julai 2016
[PUISI] Maaf Khilafku

Maaf Khilafku
Langkahku mengingatkanmu
Jejakku melupakan siapa aku
Aku terus ke hadapan
Terus menyakiti
Terus disakiti
Maafku pohon
Khilafku alpa
Nikmatku lupa
Hidup teruskan juga
Pandangan tidak ke hadapan cuma
Lampau juga mendidik aku
Silam aku juga punya hitam
Itu semua rencah
Air mata tawa pilu
Marahku tanam sakitku abai
Kerana aku juga manusia
Belum lagi layak digelar insan
Adli Shinichi
11:15 am, 15 Julai 2016
Nexus International School, Putrajaya
Ahad, 17 Julai 2016
[PUISI] Hiduplah Sebelum Pulang

Hiduplah Sebelum Pulang
Tulang temulang pulang
Terik mentari rembang
Tanpa cahaya hilang
Tiada lelah tiada menang
Hijau bumi tenang
Hanya kicauan berkumandang
Hidup bahagia bukan sekadar dipandang
Hadapi rintangan biarpun ditendang
Biar jasa dikenang
Badan berbudi mencari senang
Bingkai kehidupan diendah jangan sebarang
Bodoh disimpan bijak dikembang
Amati dunia irama keasyikan berdendang
Api amarah hapus sifatnya orang
Akuilah kebaikan keluarga tiada diconteng arang
Agar dipermudah tika di tanah dalam berlubang
Adli Shinichi
3:28 pm, 17 Julai 2016
Nirvana Memorial Garden, Semenyih
Isnin, 4 Julai 2016
[PUISI] Saat Aku Mula Mengasihimu

Saat Aku Mula Mengasihimu
Tiba masa kau menjelma
Tanpa sedar kau bermakna
Tapi mengapa kau seketika
Tiada ragu kau berharga
Hadirnya dirimu tanpa jemu
Kenapa aku masih tidak ambil tahu
Berulang kali aku dipujukmu
Agar aku jatuh cinta padamu
Dahulu kedatanganmu ku anggap biasa
Kini dirimu begitu terasa
Tidak tertahan sebak di dada
Mengapa baru kini banjir dimata
Saat aku mula mengasihimu
Kau pula ingin berlalu
Begitu pantas masa bersamamu
Mungkinkah kita kembali bertemu
Akan aku kenang kau sentiasa
Yang membuat aku bahagia
Kenangan indah kau titipkan kepadaku
Kau pasti aku rindu
Adli Shinichi
6:55 am, 4 Julai 2016
Bukit Kerinchi, KL
Rabu, 22 Jun 2016
[PUISI] Maafkan Aku

Maafkan Aku
(Sempena Nuzul Quran 1437H)
Aku sering alpa
Aku sering lupa
Aku sering merana
Aku sering kecewa
Alpa dengan istijrajmu
Lupa denganmu
Merana jauhimu
Kecewa tanpamu
Kini aku payah
Kini aku lelah
Kini aku parah
Kini aku pasrah
Mendekatimu aku gagap
Menjauhimu aku gelap
Menyelamimu aku senyap
Melupakanmu aku gelap
Ingin aku mendekatimu
Ingin aku memahamimu
Ingin aku mengingatimu
Ingin aku mencintaimu
Adli Shinichi
6:08 am, 22 Jun 2016
Jalan Kerinchi, Kuala Lumpur.
Isnin, 20 Jun 2016
[PUISI] Tangisan Pendosa

Tangisan Pendosa
Renungan sayu melihat dunia
Terasa diri sering dianiaya
Lelah aku seorang manusia
Jerih melangkah meniti usia
Ku akur aku leka
Lupa sejenak untuk menerka
Pedih hati mengores luka
Lagak bahagia depan mereka
Tangisan hiba tiada ku duga
Hati meronta penuh duka
Kecewa aku diri merana
Aku hanya manusia
Tidak terdaya memutar masa
Hanya mampu memujuk diri yang berdosa
Aku sedar aku salah
Tidak berfikir tika memberi keputusan
Kini diri penuh rasa gundah
Jangan kau ulangi kesilapan
Kini aku berpesan
Mengingati sesama kita
Manusia juga insan
Agar tidak lagi lupa
Adli Shinichi
3:45 pm, 17 Jun 2016
Calla Hotel, SS2, PJ
Isnin, 16 Mei 2016
[PUISI] JASAMU KEKAL SELAMANYA

JASAMU KEKAL SELAMANYA
(Sempena Hari Guru 2016)
Permata hati memancar cahaya
Tiada padam menerangi
Membina insan terus berjaya
Curahan kasih kekal di hati
Celik pertama mendengar
suara
Laungan mula bergema di kanan
telinga
Ajaran awal tika lahir ke
dunia
Dialah ayah guru pertama
Didikan ibu penuh cekal di
dada
Tidak mampu membalas kepada
mereka
Tiada wang mampu membayar jasa
Terus mendidik tanpa putus
asa
Lilin membakar diri
menerangi manusia
Lelah dilupa berbakti kepada
dunia
Demi bangsa berkorban masa
buat keluarga
Kerjaya mulia tanpa mengira
di mana
Insan sejagat berhutang budi
dan jasa
Lapisan umur tiada terkira menuntutnya
Ilmu daripadanya merentasi
dunia dan masa
Dialah guru pembina negara
bangsa
Adli Shinichi
10:20 am, 16 Mei 2016
Bangsar South, Kuala Lumpur.
Selamat Hari Guru buat semua
insan yang pernah mengajar aku dalam pelbagai aspek.
Terima kasih chekgu.
“Guru Pembina Negara Bangsa”
Isnin, 25 April 2016
[PUISI] Ronta Si Pendosa

Ronta Si Pendosa
Kecewa itu rasanya negatif
Negatif yang mampu mengubah jiwa
Jiwa lara pemusnah nilai
Nilai pendamai sekalian alam
Memohon pada Sang Pencipta mendengar rintihnya
Ingin kembali tiada jalan muncul di mata
Berat dosa menggunung seluas pasir di pantai meronta
Riuk tulang membongkok patah memikul sengsara
Pemohon merintih itu seorang lelaki kaku
Kaku mencari erti diri kembali kepada Yang Satu
Satu sinar buat dia lebih menentu
Menentukan dia memilih hanya satu pintu
Kusut ruang di bawah tempurung kepala menangis
Mengadu memohon kifarah buatnya diberi pemudahnya
Jiwa ibarat dicucuk panah beracun memberi ruang prasangka
buruk
Hiba tangisan gelap lelaki itu tiada siapa yang tahu
melainkan Yang Esa
Aku
Aku mula mencari lelaki si pendosa itu untuk memberi
semangat buatnya
Aku tidak mahu lelaki si pendosa itu terus meratapi nasib
menimpa
Namun aku tidak mampu menemui si pendosa itu
Kerana si pendosa itu adalah aku
Dia adalah aku
Aku si pendosa
Ronta itu ronta aku
Ampuni aku
Bantu aku kembali
Bantu aku
Bantu
Adli Shinichi
10:40 malam, 24 April 2016
Bilik Orkestra, Panggung Eksperimen, UM
Ahad, 17 April 2016
[CORETAN + REVIEW] Teater Atas Pokok Buat Aku Terkilan

![]() |
| Inilah aku |
![]() |
| Inilah salah seorang pelakon yang menjayakan TAP - Nizam Yamin |
![]() |
| Bersama Pak Dinsman - Pengarah dan Penulis Skrip (tulang belakang) TAP |
Isnin, 11 Januari 2016
[CORETAN] Saat Talkin Dibacakan

Jumaat, 8 Januari 2016
[PUISI] Tenanglah Di Sana

TENANGLAH DI SANA
(Al Fatihah buat Allahyarham Muhammad Khairuzzaman Ismail
[1993 - 2016])
Mengenalimu
Berukhwah denganmu
Mengingatimu
Berbicara denganmu
Jenakamu
Bersosial denganmu
Bertemu dalam satu acara
Kenal kamu tidaklah serapat mereka
Ikut lepak kadang seketika
Terlihat kamu penuh ceria
Tiada tanda kamu berduka
Tidak tahu jika terluka
Tanpa tanda kamu tiada
Awal pagi terima berita
Sepertinya tidak mahu percaya
Tapi Allah itu Maha Kuasa
Begitu awal kamu ke sana
Jadi peringatan buat kami semua
Adli Shinichi
4:50 petang, 7 Januari 2016
Lebuhraya Utara Selatan, KL - Ipoh
Rabu, 21 Oktober 2015
Hari Konvokesyen Adli Shinichi

Terima kasih setinggi-tinggi langit dan sebanyak-banyak bintang kepada mereka yang pernah terlibat dalam kehidupan saya.Posted by Adli Shinichi Kun on Friday, October 23, 2015
Selasa, 4 Ogos 2015
[PUISI] Langkah

LANGKAH (Sempena Hari Ulang Tahun Kelahiranku yang ke-23 pada 4 Ogos 1992)
Roh itu
suci
Hantar
kemari
Huni satu
jasad berhati
Punya
semangat untuk berdiri
Satu
langkah bermula
Tiada
berpaling semula
Terus
membuka mata
Gagahi diri
meneroka
Langkah itu
berat
Diatur agar
tidak salah
Difikir
agar tidak terpesong
Dicari agar
dapat kembali
Langkah
tiada terkira
Gila jika
mengira
Hanya
ditoleh untuk introspeksi
Bila diri
dikhianati
Nafsu dan aspirasi
Langkah
suci dijaga sukar
Dilupa
pudar
Digilap
mekar
Langkah
sayu
Langkah
pilu
Langkah
yang tiada perlu
Kuat
Teguh
Tabah
Langkah dan
terus melangkah
Adli
Shinichi
8:45 malam, 4 Ogos 2015
ETS : Arau – KL Sentral, KTMB.
Terima kasih Allah, Abah, Mak kerana melahirkan aku ke dunia ini. Sebenarnya nak upload semalam, tapi sengaja nelambatkan kerana mahu tahu siapa yang ingat tarikh lahir aku. Terima kasih kepada keluarga yang semestinya ingat tarikh kelahiran itu. Terima kasih kepada dua orang kenalan yang memberi ucapan kelahiran dan ingatan.
#BelatedBirthday #Wishes #Birthday #Turn23 #Thankful #AdliTurn23#OldPic #ChilHood #ChilHoodMemories #Actor #Model #Editor #SingleButNotAvailable































