Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Khamis, 24 Januari 2013

Sudah Jatuh Ditimpa Escalator


Cerita ini mengisahkan tentang nasib seorang pemuda yang bernama Adam. Cerita malang ini bermula semasa dia balik bercuti sempena cuti semester. Setelah menghabiskan peperiksaan akhir untuk semester satu, dia dengan rasa gembira pulang ke rumahnya di Kedah. Kepulangannya yang disangkakan dapat menghilangkan tekanan demi tekanan di universiti meleset apabila dia mendapat dua pucuk surat. Satu daripada salah satu Syarikat Telco dan satu lagi daripada pihak yang tidak dikenali, mungkin guaman Syarikat Telco tersebut.

Surat tersebut merupakan bil menggunaan perkhidmatan internet. Dia terkejut melihat surat itu. Seingat dia, dia tidak pernah melanggan langsung internet daripada syarikat tersebut. Tetapi dia pernah dapat SIM Card percuma daripada syarikat tersebut tetapi dia langsung tidak pernah membukanya sehingga melihat bil itu. Pada bil tersebut, tercatat jumlah yang besar bagi Adam. RM 275.30. Dia dikatakan menggunakan perkhidmatan internet syarikat tersebut sebanyak itu. Bertambah terkejut apabila membuka surat yang satu lagi. Dia perlu membayar segera jumlah itu jika tidak mahu apa-apa tindakan diambil.

Suatu hari dia pergi ke centre syarikat tersebut untuk menanyakan dan menyelesaikan perkara itu. Keputusannya, dia hanya mampu untuk terminate nombor itu sahaja. RM 275.30 itu dia terpaksa membayarnya walaupun sedikit demi sedikit. Dia balik dengan rasa yang makin membebankan. Dimanakah dia harus mendapatkan wang sebanyak itu. Dia merasa makin down dengan kehidupan hariannya. Pada hari yang lainnya, dia mengeluarkan baki wang simpanannya sebanyak RM 125.30 untuk membayar dahulu sedikit jumlah itu. Wang sepatutnya digunakan di Langkawi semasa di sana nanti terpaksa digunakan dahulu. Kini jumlah baki yang perlu dibayar tinggal lagi RM 150.

Hari ini, tiba masanya Adam pergi ke Pulau Tuba, Langkawi, Kedah. Dia pergi ke sana atas urusan projek kolej di mana tempat di belajar. Dia berpendapat, dengan menghadirkan diri ke sana akan menghilangkan seketika masalah yang dihadapinya. Alhamdulillah, hari pertama di sana, dia berasa sangat gembira walaupun jauh di sudut hatinya, dia sangat hampa. Kawan-kawannya juga nampak dia bergembira, tapi sebenarnya, itu hanyalah lakonan. Dia memang sentiasa melakonkan watak gembira dan ceria dihadapan kawan-kawannya kerana dia tak mahu berkongsi masalah dengan orang lain sebab dia takut akan menyusahkan orang lain.

Setelah penat seharian beraktiviti, dia tidur dengan hati yang tenang. Namun kegembiraan dan ketenangan itu tidak kekal lama. Sejurus bangun daripada tidur, dia sedar sesuatu telah hilang. Smartphone Adam yang berjenama Sony Ericsson telah hilang. Puas dia mencari ke sana ke sini, namun negatif, dia tidak juga menemuinya. Rakan seibu angkatnya terperasan keresahannya lalu bertanya apa yang dicarinya. Mereka terkejut lalu membantunya mencari buat kali kedua. Tetapi hasilnya juga sama, negatif. Setelah puas mencari, dia bertanya dengan mak angkatnya pula sama ada terlihat ataupun tidak. Lagi terkejut mak angkat dibuatnya. Lantas, mak angkat dan rakan-rakan membantu Adam mencari telefon itu buat kali ketiga. Namun hasilnya gagal.

Pemandu van yang ditugaskan untuk menjemput mereka telah tiba. Dia juga terkejut mendapat berita itu. Setelah kegagalan yang ditemui, Adam mengambil keputusan supaya mereka meneruskan program yang dirancang. Dia kembali berperwatakan gembira dan ceria. Dia tak mahu orang lain bersimpati dengannya kerana ianya akan menyusahkan mereka. Tetapi apakan daya, berita itu begitu cepat tersebar. Sesampai dia di tempat berkumpul, ramai kawan-kawan yang bertanya tentang kehilangan telefon tersebut.

Sepanjang program berlangsung, sepanjang kegembiraan dan keceriaan palsu bersama kawan-kawan, dia sentiasa berfikir dan bertanya. Dia sering tertanya, mengapa dia sering diuji begini. Mengapa?! Kenapa?! Adam sangkakan dia dapat melupakan masalah dengan Syarikat Telco di Pulau Tuba itu, tetapi masalah dan tekanan makin menimpanya. Dia hampir saja menitiskan air mata, akan tetapi dia menahannya kerana dia takut kawan-kawan akan bersimpati dan risau dengan dia. Dia semakin lemah dan hampir rasa putus asa untuk terus hidup. Sepanjang hari itu, dia merasakan dia sahaja yang bersalah. Kekalahan kumpulannya dalam game Beach Sport pun dirasakan dia yang menyebabkan kekalahan itu.

Setelah semua program selesai, dia dan peserta projek kolej itu pun pulang ke Jeti Kuala Perlis. Menunggu bas untuk pulang ke universiti. Dia menumpang bas untuk pulang ke rumahnya. Adam dan beberapa orang peserta turun di Shahab Perdana untuk pulang ke rumah. Rumah Adam berjarak lebih kurang 20 km dari Shahab Perdana. Dia tiba di Shahab Perdana pada lebih kurang pukul 9.45 malam. Dia mencari bas untuk pulang ke rumahnya, namun bas sudah habis. Dia menghantar SMS kepada adiknya pula untuk mengambilnya di Shahab, tetapi adiknya tidak tahu jalan dan menyuruhnya naik teksi. Dia pergi bertanya teksi pula, namun dia tidak dapat balik dengan teksi kerana harga untuk pulang dengan teksi RM 30 sedangkan di dalam poketnya ketika itu hanya ada RM 11. Dia tidak putus asa lagi. Dia menghubungi pula kawan-kawan yang rapat dengannya untuk meminta tolong mengambil dan menghantarnya ke rumah tetapi mereka semua ada hal masing-masing dan tidak dapat menolong. Dia sudah tidak dapat menahan lagi air matanya daripada mengalir. Dia hampir putus asa lagi. Bateri telefon yang masih tinggal pula dah menunjukkan bateri lemah. Dia mencuba menghubungi semua kenalan yang ada. Alhamdulillah, masih ada yang mampu menolongnya. Kawan yang tinggal satu taman dengannya mahu menolongnya. Dia amat bersyukur dengan bantuan itu. Dia membayar kawan itu dengan baki wang yang tinggal dalam poketnya. Dia tiba di rumah lebih kurang pukul 12 tengah malam.

Kini Adam tidur dalam keadaan yang amat memenatkan dan amat tertekan. Dia kini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Belum selesai masalah dengan Syarikat Telco, Smartphone Adam pula dicuri. Dah sampai di Shahab pula dia pula seperti tak tahu dengan siapa dia perlu meminta tolong.

Beginilah nasib seorang pemuda yang bernama Adam. Hidupnya tak pernah merasai kegembiraan dan keceriaan yang sebenar. Kegembiraan dan keceriaan dia bersama kawan-kawannya hanyalah palsu belaka. Dia memang tidak suka berkongsi masalah dengan orang lain kerana ianya boleh menyusahkan orang lain. Dia tak mahu susahkan sesiapa. Biarlah dia seorang yang menanggungnya.

Translate This Page