Isnin, 16 Mei 2016

[PUISI] JASAMU KEKAL SELAMANYA


JASAMU KEKAL SELAMANYA
(Sempena Hari Guru 2016)

Permata hati memancar cahaya
Tiada padam menerangi
Membina insan terus berjaya
Curahan kasih kekal di hati

Celik pertama mendengar suara
Laungan mula bergema di kanan telinga
Ajaran awal tika lahir ke dunia
Dialah ayah guru pertama

Didikan ibu penuh cekal di dada
Tidak mampu membalas kepada mereka
Tiada wang mampu membayar jasa
Terus mendidik tanpa putus asa

Lilin membakar diri menerangi manusia
Lelah dilupa berbakti kepada dunia
Demi bangsa berkorban masa buat keluarga
Kerjaya mulia tanpa mengira di mana

Insan sejagat berhutang budi dan jasa
Lapisan umur tiada terkira menuntutnya
Ilmu daripadanya merentasi dunia dan masa
Dialah guru pembina negara bangsa

Adli Shinichi
10:20 am, 16 Mei 2016
Bangsar South, Kuala Lumpur.


Selamat Hari Guru buat semua insan yang pernah mengajar aku dalam pelbagai aspek.
Terima kasih chekgu.
“Guru Pembina Negara Bangsa”



0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page