Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Ahad, 27 November 2011

Budak seberat 115 kg masuk jawi

Apabila kita membaca akhbar pada hari ini, [macam tulis karangan BM 2 STPM le pulak] kita akan didedahkan dengan tajuk:-
Berita Minggu = AIMAN 115 KILO BERKHATAN.
Mingguan Malaysia = Budak besar berkhatan jadi tumpuan ramai.
Metro = Aiman tarik perhatian ramai


Menjadi kebiasaan apabila tiba musim cuti sekolah, ada saja kanak-kanak yang akan dikhatankan. Ada yang panggil berkhatan, ada juga yang panggil bersunat dan ada juga yang panggil masuk jawi. Istilah memang berbeza, maksud tetap sama. Berkhatan menurut fiqh ialah memotong kulit kemaluan yang menutupi hasyafah bagi laki-laki dan memotong sedikit dari daging kelentit bahagian
paling atas bagi kaum wanita.
Secara umumnya berkhatan adalah diwajibkan
di dalam Islam.

Apa yang menariknya sehingga ramai blogger termasuk saya menulis tentang khatan ni? Klik pautan akhbar di atas. Adik Aiman kita ni. Bila tengok pada gambar, nampak sangat perbezaan saiznya dengan kanak-kanak yang lain. Sihat budak ni. Buat bantal pun best ni. Haha. Apa-apa pun ceria-ceria selalu ye Aiman.

Kenapa saya tulis entry ni? Kalau anda nak tahu, Aiman atau nama sebenarnya Mohd Aiman Hakimi Hanafi berumur 11 Tahun itu adalah sanak saudara saya. Nak beritahu apa hubungan dia dengan saya pun saya tak tahu sebab ramai sanak saudara saya. Dia dengan abah saya kira cucu macam tu la. Kalau anda tidak percaya saya boleh tunjukkan rumahnya. Dia selalu datang mengaji Al-Quran di rumah Mak Ngah saya yang berada di sekitar itu, Kg Sadek, Kupang, Baling. Yang mengejutkan saya, dia masuk akhbar muka depan pulak, Itu yg jeles tu. Dh femes budak tu. Geram betul. hahaha. Kalau la saya ada di kampung sekarang ni, pasti makan besar ni.
Kakitangan Kelab putera 1 Malaysia membantu mengangkat Mohd Aiman di atas meja khas
Walaupun berbadan besar, Aiman tenang semasa dikhatankan
Beberapa kakitangan sedang menenangkan Mohd Aiman
Sumber gambar : Credit to Budak 115 kg jadi perhatian

p/s : terkenang zaman bahari dulu. Sekarang ni ada teknologi. Khatan pagi, petang dah boleh pakai seluar.

KISAH REMY ISHAK bersama FERROMED, FOLIC ACID dan VITAMIN B COMPLEX

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger. Kelmarin 26 November 2011. Bertempat di Aneka, Jitra Mall, Jitra, Kedah D.A. Telah diadakan satu acara yang agak besar, iaitu acara promosi barangan Dashing. Berpusu-pusu peminat duta Dashing datang. Siapa dutanya? Oh, Remy Ishak rupanya. Patut la ramai pun. Selama dua jam dia berada di situ untuk melayan peminatnya. Hari tu, permintaan Dashing meningkat la ye... Keluk DD Dashing beralih ke kanan. Aku pun ada la pergi juga, tapi bukan minat sangat pun. Dah kawan ajak, pergi je la. Boleh juga tengok orangnye secara live. Sebelum ni dok tgk kt tv je.





Lepas tengok sebentar, kawan beritahu kata di tingkat 2 Aneka ada Derma Darah. Jadi apa lagi cepat-cepat pecut moto balik ambik buku derma. Ye la, sebelum ni kalau anda pernah terbaca entry sebelum ni tentang kecewa dengan darah pasti anda tahu kenapa entry ini ditulis. Saya sangat gembira kerana pada hari terakhir tahun lepas yg baru saja berlalu tak sampai sehari lg, sy dapat derma buat kali terakhir utk tahun itu. Alhamdulillah sebab Allah dah makmulkan doa sy kelmarin. Sebenarnya, saya buka nak serita sgt tentang derma darah ni. Kumpulan darah yang saya miliki ialah O+.

Saya sertakan beberapa pautan di sini mengenai darah:-
  1. Rahsia DiSebalik Jenis Darah
  2. Diet: Apa Jenis Darah Anda?
  3. Jenis Makanan Mengikut Kumpulan Darah
  4. Mengetahui Sifat Anda Melalui Jenis Darah
  5. Jenis darah pengaruhi perangai korang?
  6. Rahsia Diet Menguruskan Berat Badan Mengikut Jenis Darah
Saya nak kongsi dengan anda kebaikan-kebaikan ubat yang diberi kepada saya selesai menderma darah semalam. Ubat-ubat itu ialah Ferromed, Folic Acid dan Vitamin B Complex. Doktor pesan 1 biji sehari. Sekali makan selepas makan. Nak tahu kebaikannya? Baca le lagi ye...

FERROMED
Kegunaan Ferromed adalah untuk menambahkan darah dalam badan kita. Ubat ini perlulah diambil seelok-elokya sebelum makan. Jika memakan ubat ini najis akan bertukar warna menjadi hitam. Selain itu sumber makanan lain seperti hati, pedal juga dapat menambah darah semulajadi. Makanan berwarna merah juga boleh dimakan untuk menambah darah.

FOLIC ACID
Folic Asid adalah sejenis Vitamin B iaitu Vitamin B9 ia membantu tubuh anda membentuk sel-sel baru seperti DNA. Sumber makanan yang kaya dengan Asid Folic ialah sayuran hijau, kacang pea dan bijiran. Terdapat juga dipasaran roti yang diperkaya dengan Asid Folic. Pil ini agak meloyakan disebabkan baunya  yang agak kuat. Jika anda mempunyai masaalah ini, ambilah pil ini pada waktu malam sebelum tidur. Kesan sampingan loya tidak akan rasai kerana anda berada dalam fasa tidur selepas mengambil pil Asid Folik ini.

VITAMIN B COMPLEX
Vitamin B Complex ialah menukarkan gula (makanan) menjadi tenaga (energy) selain itu ia juga melancarkan pengedaran oksigen ke seluruh tubuh, lalu menstabilkan hormon, sekaligus membaik pulih sistem pencernaan kita. Bila sistem pencernaan kita lancar, kita akan cepat rasa lapar. Sumber semulajadi Vitamin B Complex ialah sayuran hijau dan kekacang. Ia juga diperlukan untuk penghasilan Hemoglobin (sel darah merah) dan penting untuk metabolisme lemak, protien dan karbohidrat.

Sumber : Google dan 4 jenis ubat yang amat diperlukan oleh aku

p/s : informasi di atas dirujuk daripada sumber di atas. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk doktor-doktor di hospital-hospital berdekatan tempat anda untuk kepastian.

Sabtu, 26 November 2011

Contest Gambar Paling Awesome ♥



 

Kalau anda rasa gambar2 di bawah ini awesome la kononnya... tekan butang like di bawah entry ini...

 

Kaitan Marco Polo dengan Aiskrim

Tahukah anda siapa Marco Polo. Beliau sering kali dikaitkan dengan bukunya iaitu Travels of Marco Polo. Tapi pada kali ini saya akan kaitkan beliuan dengan aiskrim. Nak tahu kenapa? Sila teruskan membaca.



Pada abad ke-13, Marco Polo kembali ke Eropah setelah lebih 17 tahun berada di China. Kepulangannya bukan dengan tangan kosong tetapi membawa bersama teknik bagaimana orang Cina menghasilkan aiskrim. Daripada detik itulah dikatakan bermulanya penyebaran makanan aiskrim ke seluruh pelosok dunia sehingga ia amat disukai ramai. [sumber : MAJALAH INFINITI]




p/s : rasa lapar la pula bila tengok aiskrim2 di atas tu. Sape nk belanja saya makan aiskrim?

Translate This Page