Isnin, 14 November 2011

Bahaya Nickname / Nama Anda di Laman Sosial dan Dunia Maya

Sumber : Jangan Suka Suka Hati Post Nama Anda


Tajuk entri pada kali ini, saya ingin memberi amaran nasihat kepada pembaca semua. Saya tahu, zaman era cyber teknologi ni, memang semua orang suka dengan Web 2.0. Contoh Web 2.0 seperti Facebook, Tagged, Myspace, Twitter dan sebagainya. Ramai pengguna Web 2.0 yang mendedahkan nama sebenar mereka dalam Web 2.0 terutamanya pada bahagian biodata. Nasihat saya, JANGAN MELAKUKANNYA!



Walaupun nampak remeh tapi percayalah, ini semua untuk keselamatan anda semua. Saya sebolehnya mahu menerangkan mengenai "ilmu Tuju", tetapi panjang jika mahu menerangkannya. Dalam erti kata lain, "Ilmu Tuju" ini adalah cara untuk menghantar penyakit atau guna-guna kepada orang yang dimaksudkan secara berdepan. Tetapi bagi orang yang hebat pula, dia cuma memerlukan nama ber “bin” atau “binti” pada ibu atau gambar sahaja.

Kenapa dengan menyeru nama sahaja pun boleh terkena? Anda semua perlu tahu, nama ni adalah simbol pada diri setiap insan. Dalam erti kata lain, ia adalah cap pengenalan kita semua sepanjang hayat. Sebab itu, semasa mahu menamakan anak, jangan menamakan anak dengan nama yang tidak bermaksud. Sebab kata-kata itu ialah doa. Semoga, apabila orang menyebut nama kita, bermakna dia secara tidak langsung mendoakan kita.

Jadi, ini saya sertakan sedikit tips untuk anda semua semasa memilih nama di Web 2.0 terutamanya Facebook :-

  1. Jangan letakkan nama penuh. Jika boleh ringkaskan saja atau gabungkan dengan nama lain.
  2. Jangan sesekali link dengan ayah atau mak kita dalam Facebook, nanti orang yang mahu kenakan kita dapat detect.
  3. Gambar yang anda semua upload" sebolehnya jangan dalam keadaan sempurna, maksudnya, anda semua jangan tangkap gambar secara penuh.
  4. Setakat letak gambar separuh dari badan sudah mencukupi. Tapi pengamal "Ilmu Tuju" yang cekap, bagi dia tetap mudah.
Saya mahu anda sebar-sebarkan entri ini kepada rakan-rakan anda. Beri tahu mereka apa yang saya beritahu anda. Ini untuk langkah berjaga-jaga.

Yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

Renung-renungkan dan selamat beramal.

p/s : Lepas ni susah le plak nk cari kengkawan... Hahahaha...

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page