Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Isnin, 30 Jun 2014

[LATIHAN INDUSTRI] ENTRY #1 - Hari Pertama


30 Jun 2014 bersamaan 2 Ramadhan 1435

Hari ini merupakan hari pertama Latihan Industri. Seperti yang diberitahu, Admin perlu datang ke pejabat sebelum pukul 8 pagi dan akan pulang pada pukul 5 petang.

Perkara pertama yang dilakukan di pejabat memang memeranjatkan Admin dan membuat Admin terkejut. Hal ini kerana perkara perkara pertama tersebut sangat berbeza dengan budaya di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya (PK, UM).

Setiap hari, tepat pukul 8 pagi semua staf akan berkumpul terlebih dahulu untuk melakukan doa pagi. Secara jujurnya Admin memang merasa tenang dengan ritual pagi ini. Dimulakan dengan membaca surah Al-Fatihah diikuti dengan bacaan 3 Qul. Selepas itu diteruskan dengan bacaan doa.

Selesai sahaja ritual pagi tersebut, Pengarah Pusat Budaya dan Seni, Universiti Utara Malaysia (PBS, UUM) akan memberitahu maklumat yang perlu disampaikan dan sesi penerangan. Setelah itu pula, diadakan pula sesi round table jika ada apa-apa maklumat dan masalah yang ingin disampaikan oleh semua staf.

Dalam masa yang sama, sesi perkenalan ringkas dilakukan. Pengarah PBS sendiri memperkenalkan semua staf yang berada di PBS. Admin juga turut mengenalkan diri secara ringkas.

Selepas bersurai Admin berjumpa dengan Pengarah PBS untuk taklimat ringkas dan penyerahan fail peribadi. Admin juga diminta untuk mendapatkan tanda tangan semua staf PBS yang secara tidak langsung Admin akan berkenalan dengan mereka.

Admin juga ‘melawat kawasan’ dengan bantuan salah seorang staf di PBS. Beliau menunjukkan tempat-tempat yang terdapat di PBS. Antaranya Bilik Mesyuarat, Studio dan Surau.

Tepat jam 9:30 pagi, diadakan Ceramah Keberkatan Ramadhan sempena awal bulan Ramadhan. Dalam ceramah ini Admin ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis. Ini merupakan tugas yang mudah kerana Admin pernah melakukannya.

Hari ini Admin pulang pada jam 4:50 petang kerana waktu pulang di bulan puasa adalah 4:30 petang.

Ahad, 29 Jun 2014

[MUAT TURUN] Salam Ramadhan 1435H

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُ

Marhaban yaa Ramadhan...

Hari ini merupakan hari pertama kita semua berpuasa bagi tahun 1435H bersamaan 2014M.

Ada juga antara kita yang mencari ayat-ayat Al-Quran untuk dipasangkan. Ada juga yang mencari Panduan Solat Tarawikh. Ada juga yang mencari Al-Quran Digital.

Jadi di sini saya sertakan beberapa pautan untuk anda muat turun fail yang ada dalam simpanan saya semoga ianya bermanfaat. Klik sahaja pada fail berikut.

  1. Senarai Semak Untuk Muhasabah Harian Dalam Proses Kembali Kepada Fitrah.doc
  2. Al-Quran Interaktif.rar
  3. Holy Quran Full - Saad al Ghamidi.rar
  4. Panduan Sembahyang Sunat Tarawih.pdf
  5. Panduan Solat Sunat Tarawih.pdf
Jangan lupa renew lesen MULUT, service-kan HATI, kawal kadar pencemaran MATA & TELINGA, pelihara enjin PERUT, tax MINDA & cukai KESABARAN... Anda mungkin salah seorang pemenang Anugerah Malam Lailatul Qadr 1435H... Ayuh perbanyakkan IBADAH & beramal JARIAH pada Ramadhan ini... Aameen... Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak~
- Ikhlas daripada Muhammad Adli

Selasa, 24 Jun 2014

[BERITA] Kisah Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah

Sedang melayari Facebook, AS terjumpa sebuah "Kisah benar Puan Lola & Adik OKU : Muhammad Firdaus Dullah" ini. Oleh kerana ayat terakhirnya supaya boleh tolong kongsikan post ini, jadi AS kongsikan di sini untuk penilaian anda semua.
Sejauh mana kebenarannya... Walahualam...
Sumber : Informasi Hangat Terkini
p/s : Baca dan nilailah sendiri. AS sendiri pun tak tahu ianya benar atau salah. Hanya Allah sahaja yang tahu. 

Selasa, 17 Jun 2014

[PUISI] Du I.T

Du I.T

Dia pelbagai rupa
Dia pelbagai nama
Dia membuat kita bahagia
Dia membawa kita ke atas
Dia membuat kita ketawa
Dia membuat kita bersama
Dia memacu cita-cita
Dia mengajar kita erti kekuatan
Dia mengajar kita erti keteguhan
Dia mengajar kita erti kesabaran

Untuk dia kita bekerja
Untuk dia kita berusaha
Untuk dia kita sanggup bekorban
Untuk dia kita mengembara
Untuk dia kita rela mati
Untuk dia kita meminta
Untuk dia kita menagih
Untuk dia kita membunuh keikhlasan
Untuk dia kita mula bongkak
Untuk dia kita berbalah
Untuk dia kita bermuram durja
Untuk dia kita mendustai
Untuk dia kita mencuri
Untuk dia kita merompak
Untuk dia kita sanggup membunuh

Impian
Igauan
Ikhtiar
Iltizam
Idaman

Tanpa dia kita dihina
Tanpa dia kita dibuang
Tanpa dia kita boleh hidup
Tanpa dia kita boleh berjaya
Tanpa dia atau ada dia kita boleh jadi apa saja

Adli Shinichi
5:15 petang, 17 Jun 2014
Perpustakaan Utama, Universiti Malaya

Translate This Page