Jumaat, 18 November 2011

FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK (FKK) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2011

Kelmarin, 17 November 2011. Saya ada mengikuti satu program di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah. Program itu ialah FESTIVAL KESENIAN KANAK-KANAK (FKK) PERINGKAT NEGERI KEDAH 2011. "SERLAHKAN BAKAT ANAK SENI"

Program itu anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah dengan kerjasama Unit Kokurikulum, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Pelbagai jenis persembahan kebudayaan dan kesenian diketengahkan. Antaranya ialah tarian, muzik pergendangan, muzik violin, teater dan syair.

Saya sempat merakam beberapa video, tetapi hanya menggunakan telefon bimbit. Jadi kualitinya kurang.

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page