Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Ahad, 25 Mei 2014

Cerita Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)

Assalamualaikum & Salam 1 Blogger.
Semalam merupakan malam anugerah ABPBH 2013. Semalam juga merupakan kali pertama AS pergi ke majlis sebegini. Bila saja rakan AS beritahu dia ada dua tiket tapi tak tahu nak ajak siapa, terus AS ambil peluang ni. Makan pergilah AS ke ABPBH ni. Tempat dia jauh juga la. Kat Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Tiket dah ada tapi kenderaan pula tak ada. Keputusannya, naik pengangkutan awam saja lah. Nasib baik ada kawan yang boleh tumpang masa nak balik. Oleh kerana tersangat penat, terus mati kecil masa balik tu. Nah inilah antara kenangan semalam yang dapat dirakamkan oleh kamera.
Gambar seblum masuk

Muka teruja kali pertama datang

Sementara tunggu majlis bermula

Kasi sengat. Selesai majlis bersama Sofi Jikan.

Sempat lagi ber'selfie' dengan Aaron Aziz

Lagi-lagi selfie

Dah gila aku ni

Inilah orang yang dapat tiket tu

Ya Allah, peliharalah mereka

Sekali dengan Wak Doyok

Add caption

Magis Alam

Tema

Gua dapat trofi besar



Pening ar~

Dapat juga pegang trofi yang berat ni dengan Aaron
Itu saja lah gambar yang sempat dirakamkan semalam.
Sebelum berundur, nah, ini senarai pemenang #ABPBH #ABPBH2013
Kategori Utama:
Bintang Paling Popular – Aaron Aziz
Artis Baru Lelaki Popular – Achey
Artis Baru Wanita Popular – Zara Zya
Artis Duo/Berkumpulan Popular – Stacy & Akim
Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
Penyanyi Wanita Popular – Stacy
Pelakon TV Lelaki Popular –  Shah Iskandar
Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha
Artis Komedi Lelaki Popular – Jep
Artis Komedi Wanita Popular – Jihan
Pengacara TV Lelaki Popular – Datuk AC Mizal
Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa
Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan (ERA)
Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana (HOT FM)
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Rahim Razali
 
Kategori Online:
Artis Lelaki Stailo – Awal Ashaari
Artis Wanita Stailo – Yana Samsudin
Gandingan Serasi di Layar – Azlee Khairi & Zara Zya
Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular – Sofi Jikan
Artis Berpengaruh di Laman Sosial – Datuk Siti Nurhaliza
Chef Selebriti Paling Popular – Chef Wan
Aksi di Youtube Paling Popular – Mengajar Kanak-kanak Riang (Mat Luthfi)

Jumaat, 16 Mei 2014

[PUISI] C.H.E.K.G.U (Nukilan Khas Sempena Hari Guru 2014)

C.H.E.K.G.U

(Selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar CHEKGU)

C.H.E.K.G.U
Cerianya kau datang ke sekolah
Cerita kau sangat berguna
Cekalnya hati kau mengajar aku
Caknanya fikiran aku dengan ilmu kau

C.H.E.K.G.U
Hari ini hari guru
Hari lepas hari guru
Hari esok hari guru
Hari-hari adalah hari guru

C.H.E.K.G.U
Erti ilmu sangat luas
Erti guru juga luas
Erti kehidupan amat luas
Erti pengorbanan kau tiada nilainya

C.H.E.K.G.U
Kau ibarat lilin
Kau ibarat cahaya
Kau ibarat permata
Kau ibarat penawar

C.H.E.K.G.U
Guru atau cikgu
Guru atau pengajar
Guru atau pendidik
Gunanya ilmu kau tiada tara

C.H.E.K.G.U
Untuk aku
Untuk kau
Untuk mereka
Untuk semua

C.H.E.K.G.U

Adli Shinichi
10:33 pagi, 16 Mei 2014
Blok Sri Bakawali, Kolej Kediaman Kesembilan, UM

Khamis, 15 Mei 2014

[PUISI] Muka Buku

MUKA BUKU

Perhubungan
Dulu kita berhubung
Kini kita berhubung

Surat, Pesanan Ringkas
Itu cara lama
Kini masih berguna

Muncul Internet
Muncul Pesanan Elektronik
Muncul Muka Buku

Muka Buku
Penghubung
Muka Buku
Penyampai
Muka Buku
Penyebar
Muka Buku
Penyambung
Muka Buku
Boleh jadi apa sahaja

Muka Buku
Pemisah
Muka Buku
Pencetus
Muka Buku
Perosak
Muka Buku
Pemusnah
Muka Buku
Sering kali disalah guna

Muka Buku
Tak semua yang ada
Muka Buku
Tak semua bermanfaat
Muka Buku
Tak semua yang suka

Muka Buku
Muka Buku
Muka Buku

Adli Shinichi
9:34 malam, 14 Mei 2014
Black Box, Panggung Eksperimen, UM

Selasa, 6 Mei 2014

[PUISI] Bujang Yang Tidak Lapuk

BUJANG YANG TIDAK LAPUK

(Al-Fatihah buat Allahyarham P. Ramlee, Sudin dan Aziz Satar)

29 Mei 1973
Tarikh pertama
4 Jun 2013
Tarikh kedua
6 Mei 2014
Tarikh terakhir

Tidak kering gusi menikmati
Tidak pernah jemu mengulangi
Tidak pernah tidak ketawa mengingati

Ramlee, Sudin dan Ajis
Mereka sekawan
Mereka seperjuangan

Pemergian mereka diratapi keluarga
Pemergian mereka diratapi rakan-rakan
Pemergian mereka diratapi kita semua
Kerana mereka penghibur

Bujang Lapuk yang kita tonton
Bujang Lapuk yang kita lihat
Bujang Lapuk yang kita ingat

Biarpun mereka semua sudah pergi
Biarpun mereka semua sudah hilang dimata kita
Biarpun mereka semua dalam kenangan
Tetapi mereka tidak pernah padam dari hati
Mereka tidak pernah lapuk

Setelah lama mereka berpisah
Semoga mereka bertemu semula
Bertemu di syurga sana

Adli Shinichi
8:20 pm, 6 Mei 2014
Kolej Kediaman Kesembilan, Universiti Malaya.

Isnin, 5 Mei 2014

[PUISI] Dia

DIA

Dalam meneroka dunia yang bergerak
Kekusutan minda terus merebak
Kadang kala hati turut disentak

Setelah berbulan memerhati
Setelah puas memerhati
Setelah penat memerhati

Hati ini terdetik suatu ketika
Terus dihantar kepada minda
Lalu dicerna untuk menerka

Dia pengganggu fikiran
Dia pencetus satu rasa
Dia membuat aku tak lena

Dulu hatiku keras
Dulu hatiku degil
Dulu hatiku tertutup

Kini ia mula dilembutkan
Kini ia mula dipatuhkan
Kini ia mula dibuka semula

Tapi aku takut
Tapi aku risau
Tapi aku kusut

Takut peristiwa lama berulang
Risau segalanya musnah
Kusut memikirkan semua ini

Dia… Dia… Dia..

Adli Shinichi
12:33 pm, 5 Mei 2014
BK2, Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya.

Translate This Page