Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Khamis, 14 Mac 2013

NASIHAT TUN DR MAHATHIR KEPADA USAHAWAN MELAYU

 

1. Melayu Perlu Belajar Dari Bawah.
Bangsa Melayu perlu belajar dari bawah sebelum masuk dunia perniagaan. Bukan sekadar ada wang dan membuka bisnes, namun perlu belajar dengan bekerja dalam bidang tertentu dan memahami selok belok dunia perniagaan. Contohnya jika mahu membuka restoran, bekerja dan melihat situasi dunia perniagaan restoran dari pekerja membuat air, tukang masak, pelayan dan sebagainya. Pengalaman dan kemahiran akan membantu kita bila membuka perniagaan.

2. Modal Efektif.
Melayu yang mahu berniaga perlu mempunyai modal efektif dan relevan. Contohnya jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000 perlu ada wang tunai RM300,000. RM100,000 untuk bisnes, bakinya untuk pengurusan dan modal menghadapi pelbagai masalah dalam perniagaan. Adalah salah hanya mempunyai RM100,000 jika mahu membuka bisnes bernilai RM100,000.

3. Berusaha Bersungguh-sungguh.
Melayu perlu berusaha bersunguh-sungguh tanpa jemu. Usaha berterusan sama ada dalam promosi, pemasaran, produk dan sebagainya. Tanpa usaha keras, kejayaan tidak akan datang.

4. Bersabar Dalam Tempoh Lama.
Melayu perlu belajar bersabar kerana bisnes perlukan masa panjang. Dr Mahathir berkata "Saya buka kedai roti dah 5 tahun tapi belum nampak untung...". Perniagaan perlukan masa panjang untuk berjaya, bukan sekelip mata.

5. Mengenai Jenis Perniagaan.
Melayu perlu mengenali jenis perniagaan dengan baik. Jika buka restoran, tahu apa jenis masakan, cara promosi, cara menambahkan pelanggan dan sebagainya.

6. Rajin Meninjau Bisnes.
Melayu perlu rajin keluar dari pejabat dan meninjau dunia perniagaan sama ada produk, pekerja dan segalanya. Sikap Melayu yang hanya terperap dalam pejabat akan menyebabkan kegagalan.

7. Manfaatkan Teknologi.
Melayu perlu manfaatkan segala teknologi seperti peralatan mesin moden, internet dan sebagainya. Ini akan membantu melahirkan produk berkualiti dan berjaya dalam pasaran.

8. Sentiasa Tambahkan Aset.
Melayu perlu sentiasa tambahkan aset seperti pembelian tanah, rumah kedai, emas dan sebagainya kerna harganya akan meningkat. Beliau mengatakan tanah di KL dibeli oleh Pavilion dengan harga RM7000 satu kaki.

9. Belajar Dengan Bangsa Lain.
Melayu perlu belajar dengan bangsa lain. Jika di Malaysia, Cina berjaya dalam bisnes, Melayu perlu belajar dengan mereka. Belajar dengan manusia berjaya akan membantu kita berjaya seperti mereka.

10. Ikhlas Dalam Perniagaan.
Melayu perlu ikhlas menjalankan bisnes, bukan hanya mencari kekayaan namun memanfaatkan kekayaan untuk kebaikan.

11. Menolak Mitos.
Ramai Melayu menganggap Cina berjaya kerana menipu sedangkan ia mitos. Hakikatnya, Cina berjaya kerana usaha keras dan gigih.Mereka datang ke Tanah Melayu tiada apa-apa dan kini menguasai ekonomi negara. Beliau menyindir "Kalau ada yang anggap Cina kaya sebab menipu, buatlah!"

12. Mengamalkan Peribadi Mulia.
Usahawan Melayu perlu mengamalkan sikap positif dalam kehidupan seperti rajin, amanah, tidak menipu dan sebagainya. Setiap amalan baik perlu diterapkan jika mahu berjaya. Manusia yang menipu dan tidak amanah, kejayaan bersifat sementara dan tidak kekal.

13. Menjauhkan sifat keji.
Melayu perlu menjauhkan sifat keji seperti suka berbohong, mungkir janji, tidak amanah, menjual harga terlampau tinggi, hasad dengki, menjatuhkan bisnes orang lain dan sebagainya. Sikap keji adalah punca kebanyakan usahawan Melayu gagal dalam bisnes.

14. Jangan Terlalu Bergantung Dengan Tender Kerajaan.
Melayu tidak boleh bergantung dengan tender kerajaan kerana kuota terhad dan jumlah usahawan yang ramai. Melayu sepatutnya mempunyai produk yang boleh berjaya di pasaran sama ada dalam dan luar negara.

15. Mempunyai Networking.
Melayu perlu mempunyai networking agar saling bantu membantu sesama bangsa. Amalan ini telah diterapkan oleh bangsa Cina dan mereka berjaya.

16. Membayar Hutang Dengan Baik.
Melayu perlu membayar hutang dengan baik dan menguruskan perniagaan dengan betul. Hutang wajib dibayar walaupun satu sen. Ramai Melayu mengabaikan hutang dan ini menyusahkan pihak yang memberi pinjaman. Mereka yang tidak membayar hutang bukan sahaja menyusahkan dirinya sendiri, namun menyusahkan pihak lain.

"Jangan jadi puak kecil... tunggu di luar bandar. Apakah maknanya Tanah Melayu jika tak kuasai"

Nasihat beliau amat mendalam...
p/s : Semoga kita lebih maju di Tanah sendiri... Aameen...

Isnin, 11 Mac 2013

No More "English Movies, International (WWE), Malay Movies, mp3" at Syok.Org?

 

Admin selalu lepak kat satu forum ni, banyak benda yang admin dapat dari forum ni. Tapi atas kesibukan dan tak ada laptop, lama Admin tak jengah forum ni. Tapi selepas buka je forum ni hari ni, terkejut aku dengan notis di bawah ni.
Banyak juga yang komen dalam forum ni, malas Admin nak Salin dan Tampal di sini. Kalau nak baca klik je kat gambar di atas. Forum ni dah buka kepada umum (Tak perlu daftar dah sekarang, dulu kena daftar di baru boleh masuk forum ni).
Selain Syok.Org ni dengar cerita Jieazzmovie dan Teamhanna pun dah tak boleh nak akses.
Mari baca satu artikel mengenai topik ni DI SINI

p/s : Dah beberapa tahun jadi ahli Syok.org. Forum ni salah satu port forum terbaik aku pernah lepak, dari perkongsian software sampailah ke movie. Tapi apa pun kena akur dengan undang-undang yang ada. Tanpa perkongsian ini pun rasanya Syok.org pun boleh tetap maju.
Sedih juga tak dapat download lagi movie. Takpa, demi menjaga kepentingan semua. Apa-apa hal pun. TQVM to Super Administrator Syok.Org, Fuad.
Jasa Syok.Org tetap dikenang. Kehilangan dia memang terasa terutamanya kaki download macam aku ni. Tapi, masih ada lagi site untuk download movie. Oversea punya site. Tapi untuk English Movies dengan Series je la.Untuk Anime pun ada juga site dia. Yang best site luar kurang pop up.

Translate This Page