Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Sabtu, 19 September 2009

Pandangan rakyat Malaysia tentang isu Malaysia – Indonesia

Sesuatu isu yang bermula dengan salah faham tetapi diperbesarkan dan ini menunjukkan ketidakmatangan minda kelas ketiga mereka. Di samping tidak pernah mengenang budi bantuan yang dihulurkan kepada mereka. Yang jelas segala tindakan mereka tentang isu ini terhadap Malaysia hanya akan merugikan republik itu dan juga kesan negatif yang bakal mereka terima.

- Mohd Danial – 17 – pelajar

Malaysia inginkan kedamaian, kesejahteraan hidup, kehindupan tanpa konflik dengan negara luar terutama dengan negara – negara jiran seperti Indonesia. Indonesia adalah negara yang suatu ketika dahulu pernah menjalinkan hubungan diplomatik dengan Malaysia dalam hubungan Malaysia – Indonesia. Isu seperti ini seharusnya tidak berlaku memandangkan Malaysia dan Indonesia merupakan negara Islam yang sepatutnya mempunyai rasa hormat – menghormati, dan bertimbang rasa antara satu sama lain. Islam menuntut umatnya berbaik – baik antara sesama saudara. Dengan harapan isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang aman dan isu seperti ini diharapkan tidak berlaku lagi di masa akan dating terutamanya yang membabitkan Malaysia dengan negara – negara Islam yang lain.

- Muhammad Syafiq – 19 – pelajar

Indonesia sering menghadapi kemelut dalam pelbagai masalah. Malaysia pula seringkali tanpa segan silu dengan rasa prihatin bertindak menjadi penyelamat keadaan walaupun sedikit. Namun, reaksi Indonesia terhadap Malaysia ibarat ‘susu dibalas tuba’. Indonesia sepatutnya bersikap lebih professional dan matang sebelum membangkitkan sesuatu isu. Malaysia sepatutnya diibaratkan oleh mereka ‘seperti berlian di tengah kaca’ bukannya ‘musuh dalam selimut’.

- Muhammad Abdullah – 19 – pelajar

Hubungan Malaysia dan Indonesia agak berada dalam keadaan ‘bagai telur di hujung tanduk’, namun saya melihat isu Indonesia – Malaysia, kita sebagai rakyat Malaysia tidak boleh hanya menyalahkan Indonesia dalam perkara ini. Tetapi kita rakyat Malaysia juga harus berasa bersalah kerana menggunakan tarian Pendet iaitu tarian tradisional masyarakat Bali untuk mempromosikan Malaysia. Mereka mempunyai hak untuk memahami, kerana mencampuri adat resam dan budaya mereka. Walaupun ramai yang berkata bukan ‘kita’ yang menggunakan tarian ini untuk mempromosikan Malaysia tetapi Discovery Channel yang menyiarkan. Cuba kita fikirkan, kerajaan harus bertindak dari awal dengan menapis rancangan yang disiarkan dari pihak media tersebut, tetapi kerajaan tidak menapisnya. Apabila rancangan yang berunsur menggunakan adat resam negara lain tidak dihalang, siapa tak marah, bagi kita ia ibarat mereka yang bersalah tetapi kita yang bersalah kerana rancangan tersebut disiarkan untuk mempromosikan Malaysia. ‘Ibarat kita menjolok sarang tebuan’. Renung – renungkanlah.

- Muhammad Syahir – 17 – pelajar

Saya juga berasa geram, marah dan pelbagai lagi rasa tidak puas hati terhadap segelintir rakyat Indonesia yang berminda kelas yang entah ke berapa. Mereka tidak patut menggunakan buluh runcing sebagai senjata untuk mengusir rakyat Malaysia yang berada di Indonesia keluar daripada Indonesia. Hanya perkara kecil seperti kes Manohara, kes tarian Pendet saja mereka sudah melenting. Memang pihak media (Discovery Channel) di Malaysia yang memulakan isu ini dahulu tetapi ‘bukan’ semua rakyat Malaysia. Lagipun mereka (Discovery Channel) sudah menerangkan dan meminta maaf atas kesilapan itu. Ke mana perginya nilai – nilai murni yang sudah lama diterapkan ke dalam diri rakyat Indonesia selama ini sampai ada segelintir rakyat Indonesia sanggup bertindak bodoh seperti ‘sweeping Malaysia’? Iklan mempromosikan Malaysia yang dibuat oleh KRU Studio pada asalnya tidak mempunyai langsung tarian Pendet dari Bali itu. Tapi pihak media Asia – Pasifik yang menmbah tarian itu ke dalam iklan tersebut dan mereka telah pun meminta maaf. Segelintir rakyat Indonesia yang melakukan demontrasi tersebut memanglah tidak tahu mengenang budi, ‘susu dibalas tuba’, ‘bagai kacang lupakan kulit’, bagai melepaskan anjing yang tersepit’. Mungkin wujud sifat cemburu dalam diri mereka. Malaysia – Indonesia diibaratkan seperti ‘abang – adik’. Kita patut memperkukuhkan hubungan diplomatik yang telah lama kita jalinkan sejak zaman Majapahit atau Srivijaya. Lupakanlah segala persengketaan. Ingatlah wahai rakyat Indonesia yang melakukan demontrasi buluh runcing, jika rakyat Malaysia yang berminda cetek bertindak seperti itu, berapa ramaikah rakyat Indonesia yang kena halau? Fikir – fikirkanlah. Renung – renungkanlah.

- Muhammad Adli – 17 - pelajar

Translate This Page