Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Jumaat, 4 Disember 2015

[BERITA] Tambo Keramat: Angkat superhero Melayu

[Sumber : Sinar Harian | MARINA SAHABUDIN 1 DISEMBER 2015]

TAMBO Keramat bukanlah sebuah mitos, sebaliknya kisah realiti sebuah masyarakat yang mewarisi semangat warisan Minangkabau dari Pagar Ruyong daerah keramat.

Menariknya, kisah ini menjadi tarikan semangat kepada penduduk Naning dalam era pra kemerdekaan. Di atas rasa tanggungjawab menyambung kecintaan masyarakat Naning terhadap warisan ini, Twinzone Sdn Bhd telah mengangkat kisah perjuangan Tambo Keramat ke pentas teater.

Sedikit mengenai karya hebat ini, ia berkisarkan Dol Said yang merupakan seorang pahlawan Naning berjuang menentang British demi mempertahankan maruah bangsanya.

Mengulas mengenai teater sentuhan Syahmi Hassan ini, sebenarnya bukan mudah hendak menarik perhatian penonton menyaksikan karya ini sementelah segelintir peminat teater lebih tertumpu kepada karya-karya yang lebih ringan atau pun muzikal.

Bagaimanapun, di sebalik keistimewaan karya ini, siapa sangka ia mendapat respons cukup baik daripada penonton.

Malah, pementasan yang berlangsung selama tiga malam bermula 20 hingga 22 November lalu itu, dimanfaatkan sebaiknya oleh peminat seni teater.

Sehinggakan kerana kehebatan Tambo Keramat, ada di antara penonton yang sanggup menontonnya berulang kali. Lebih-lebih lagi teater ini didukung oleh teraju utama yang bukan calang-calang pelakonnya seperti Mubarak Majid, Zaidi Omar dan Vanidah Imran.

Menyentuh mengenai pelakon-pelakonnya, sama ada Mubarak Majid (Dol Said), Zaidi Omar (Said Saaban) dan Vanidah Imran (Srikandi Desa), berjaya menyampaikan lakonan mereka dengan baik pada malam berkenaan.

Nyata ketiga-tiga mereka telah menghidupkan perananyang diberikan dengan penuh jiwa. Bukan kerana pengalaman di pentas teater, namun mereka sememangnya mempunyai bakat serta semangat yang besar terhadap seni lakonan dan mampu merealisasikan watak dengan baik.

Kreativiti pengarah dalam menyampaikan kisah 'superhero Melayu' ini juga wajar diberi pujian kerana setiap naratif penceritaan disampaikan menerusi persembahan tarian yang direka khusus sebagai simbolik peperangan yang berlaku di tanah Naning.

Secara keseluruhan, pementasan teater ini dilihat cukup menarik untuk dipaparkan kepada masyarakat kini. Ini kerana setiap perincian kisah perjuangan Dol Said yang mahu membela nasib bangsa boleh dijadikan panduan kepada masyarakat kini.


Bukan naskhah biasa

Bercakap mengenai pemilihan karya berkenaan, kata Syahmi pihak penerbit mahu mementaskan karya tersebut kerana mereka juga berdarah Naning.

“Saya sendiri apabila diberikan kepercayaan mengarah teater ini, memang rasa terkejut dan teruja. Bayangkan ini kali pertama saya mengarah teater yang besar dan bukan sebuah naskhah biasa.

“Jika tidak diolah dengan baik skrip dan plotnya, boleh membuatkan orang tertanya-tanya dan mesej yang hendak disampaikan pasti tidak menjadi,” katanya.

Tambah Syahmi, dia sangat berbangga kerana karya itu dapat disampaikan kepada penonton.

“Dol Said adalah salah seorang super hero kita, jika orang putih ada superman, kita ada pahlawan Melayu yang luar biasa. Jadi kenapa tidak kita ketengahkan mereka sebagai tanda penghargaan dan mengenang perjuangan yang telah dilakukan,” katanya.

Jelasnya, ia juga adalah satu tanggungjawab berat dan cabaran besar kepadanya.

“Lebih-lebih lagi saya berpeluang bekerja dengan nama-nama besar. Pada awalnya bimbang juga, tetapi mereka sebenarnya sangat profesional dan banyak membantu saya,” katanya.

Bercerita mengenai pemilihan pelakon, kata Syahmi, semuanya diserahkan kepada pihak penerbit.

“Tetapi kerana pelakonnya hebat-hebat, jadi saya tidak menolak sebaliknya gembira kerana dapat pengalaman hebat bersama mereka,” katanya.

Akuinya, jika tidak kerana pelakon-pelakon berkenaan mungkin naskhah itu tidak sampai kepada penonton.

“Karya ini amat mendalam, kita memerlukan pelakon yang benar-benar hebat dan mampu menjiwai watak dengan baik untuk menyampaikannya,” katanya yang sedia untuk kembali dengan kesinambungan teater tersebut.


Pelakon realisasikan watak

Beralih mengenai pelakonnya pula, boleh dikatakan teraju utamanya berjaya merealisasikan setiap watak dengan baik. Sama ada watak Dol Said, Said Saaban mahu pun Srikandi, semuanya dilihat benar-benar serasi dengan pelakon yang dipilih.

Watak Dol Said misalnya, ia kelihatan benar-benar menyerlah dalam diri Mubarak Majid. Pun begitu, akui Mubarak Majid, dia sebenarnya masih belum berpuas hati dengan persembahannya malam itu.

“Mungkin penonton sudah berpuas hati dengan lakonan saya, tetapi tidak bagi diri saya sendiri. Walaupun sudah banyak menjalankan kajian mengenai Dol Said, tetapi ia belum cukup bagi saya.

“Untuk melakonkan karakter watak orang hidup bukan mudah, jika tersilap boleh menyebabkan sensitiviti kepada segelintir pihak,” katanya.

Jelasnya, dia berharap pada masa akan datang, dia mampu memberikan lebih kepada watak tersebut.

“Banyak yang perlu diperbaiki. Mungkin jika ada pementasan kedua nanti dan watak saya dikekalkan, saya akan melakukan lebih baik daripada sekarang,” katanya.

Bagi Vanidah pula, kesempatan melakonkan karakter Srikandi amat dihargainya.

“Saya perlu bersilat dalam pementasan ini. Boleh dikatakan ia agak sukar, namun kerjasama pengarah dan krew terbabit memudahkan kerja saya. Sebagai Srikandi, saya perlu melihatkan kehebatan saya bersilat dengan baik meski pun saya seorang wanita,” katanya.

Dalam pada itu, Zaidi Omar juga wajar mendapat pujian sementelah berjaya menginterpretasikan wataknya sebagai Said Saaban dengan baik.

“Menjadi Said Saaban memerlukan saya menjadi dua orang berbeza pada masa sama. Ini kerana dalam baik saya mengkhianati Dol Said.

“Jadi agak berat tanggungjawab saya kerana perlukan dua personaliti iaitu baik dan jahat dalam satu karakter,” katanya.

Sabtu, 14 November 2015

Anugerah Yang Diamanahkan



Setelah beberapa bulan diamanahkan anugerah seperti diatas, maka majalah kolej menyiarkan profil aku itu. Agak berat untuk aku menulis di sini tetapi aku gagahkan jua kerana kenyataan yang disiarkan dalam majalah tersebut tidak penuh. Jadi aku siarkan apa yang diberikan kepada pihak Sidang Redaksi

Nama Penuh : Muhammad Adli Bin Badrudin

Umur : 23 tahun

Nama Samaran : Adli Shinichi

Jurusan Dan Fakulti : Seni Persembahan (Drama) Pusat Kebudayaan

Motto Hidup : Rezeki datang dari tempat yang tak disangka-sangka

Faktor Kejayaan : Mak Abah

Kenangan Manis Sepanjang Berada Di KK9 :
Mempunyai banyak keluarga dari pelbagai latar belakang

Ucapan / Harapan Kpd Kolej :
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengurusan KK9 kerana sudi menerima saya dalam keluarga besar KK9. Sepanjang saya di KK9, saya berasa sangat beruntung dengan kerjasama yang diberikan oleh semua ahli keluarga ini. Saya harap, KK9 akan melahirkan lebih ramai lagi insan yang berguna pada masa akan datang. Semoga KK9 menjadi sebuah rumah yang disayangi.

Cerita Sedikit Tentang Perasaan Apabila Memenangi Anugerah Tersebut :
Pertamanya, bersyukur kepada Allah atas pemberian ini. Saya sendiri tidak pasti sama ada untuk gembira atau sedih dengan anugerah yang diterima ini kerana setiap anugerah yang diterima itu ialah satu amanah yang dipertanggungjawabkan. Pada saya masih ramai yang layak untuk menerima anugerah ini berbanding saya. Tetapi saya berpegang kepada motto hidup saya, rezeki datang dari tempat yang tidak disangka-sangka. Berkat doa mak abah, keluarga, sahabat handai dan kenalan yang membawa saya ke tempat saya berapa sekarang. Saya dedikasikan anugerah ini kepada keluarga Boria Sri 9, TITIAN 9 (Teater & Puisi), Nasyid Suara Gemilang dan beberapa lagi keluarga di KK9. Tanpa mereka saya tidak kemana. Terima kasih kepada pihak pengurusan yang memberi anugerah ini kepada saya. Dengan rendah hati saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kejayaan saya sepanjang saya berada di KK9 secara langsung mahupun tidak langsung. 9th College!!! Power!!! Yeah!!!



PENCAPAIAN FESENI

1.       2012/2013

KARVITER
-          Anugerah Khas Juri

NASYID
-          Tempat Ke-4

MANIFESTASI PUISI
-          Tempat Ke-3

2.       2013/2014

KARVITER
-          Pelakon Lelaki Terbaik
-          Johan

NASYID
-          Akhir

MANIFESTASI PUISI
-          Tempat Ke-5

NYANYIAN SOLO BM (Penari Latar)
-          Tempat Ke-3

BORIA
-          Tempat Ke-4

3.       2014/2015

KARVITER
-          Naib Johan

BORIA
-          Johan
-          Sketsa Terbaik

MANIFESTASI PUISI
-          Akhir

NASYID (Unit Lighting)
-           


ANUGERAH PERNAH DITERIMA

1.       2012/2013
-          Anugerah Kesenian Harapan, Malam Perdana Sembilan (MPS) Fasa 1

2.       2013/2014
-          Anugerah Kesenian, Malam Perdana Sembilan (MPS) Fasa 1

3.       2014/2015
-           

PENGLIBATAN PROJEK KOLEJ

1.       2012/2013
-          Jawatankuasa Biro Makanan Projek Sri Tanjung D’Lite 9 (STD9)
-          Jawatankuasa Projek Khidmat Siswa 9 (Anak Angkat 9)
-          Pengacara Majlis Perasmian Projek Masih Ada Yang Sayang (MAYS)
-          Pengacara Majlis Penutup Projek Pesta Hari Terbuka 9 (PHT)
-          Pengacara Majlis Penutup Projek Family Day 9
-          Pelakon Gimik Perasmian Malam Perdana Sembilan (MPS) Fasa 2

2.       2013/2014
-          Pemudahcara Mahasiswa Minggu Haluan Siswa (MHS) 2013/2014
-          Pelakon Gimik Perasmian Malam Perdana Sembilan Fasa 2
-          Biro Publisiti Projek Sri Tanjung D’Lite 9 (STD9)
-          Biro Publisiti Projek Inspirasi Cahaya Islam (ICI)
-          Biro Publisiti Projek Khidmat Siswa 9 (KSis9)
-          Mewakili kolej dalam acara 5000 meter Berjalan Kaki Lelaki Akhir Sukan Mahasiswa Universiti Malaya (SUKMUM) 2014

3.       2014/2015
-          Jurulatih Puisi sempena Pertandingan Manifestasi Puisi Minggu Haluan Siswa Sesi 2014/2015
-          Biro Protokol Projek Minggu Mesra Pelajar (MMP)
-          Biro Publisiti Projek Sri Tanjung D’Lite 9 (STD9)
-          Penolong Pengarah Publisiti Projek 9th Open Paintball Challenge
-          Penolong Pengarah Publisiti Projek Inspirasi Cahaya Islam (ICI)

Ahad, 25 Oktober 2015

[BERITA] GUGURNYA KOPIAH PUTIH – TEATER ALTERNATIF DAN PEMBAWAAN TEMA BESAR


Sumber : Daily Seni
by ANAK DAGANG
OCTOBER 24, 2015


Teater yang diberi nama Gugurnya Kopiah Putih bakal dipersembahkan pada 30hb Oktober akan datang di Panggung Eksperimen yang terletak di Universiti Malaya. Teater ini merupakan hasil pemahaman sang pengarah, Syahrul Fithri Musa mengenai apa itu teater alternatif.

Alternatif tidak akan terhasil tanpa kewujudan suatu keadaan atau definisi yang telah diterima pakai oleh kebanyakan orang. Jadi kesinambungan pergelutan di antara keadaan arus perdana dan alternatif itu bakal berlangsung dan terus terhasil tanpa henti. Di waktu ini, teater Gugurnya Kopiah Putih ini adalah sabda para penggiat teater yang membawa citra alternatif.

Jadi apa yang sebenarnya membezakan teater yang dipanggil alternatif ini jika dibandingkan dengan kewujudan teater selama ini? Pertama, dari segi penggunaan prop dan juga para pelakon yang minimal.

Kedua, dari segi penggunaan ruang yang terbatas. Kebanyakan teater alternatif yang telah berlangsung (sebelum ini selalunya diadakan di Stor DBP sebelum tutup untuk di baik pulih) berjaya menggunakan ruang yang terbatas ini dengan sebaik mungkin. Ada sahaja yang tetap menggunakan landasan teater alternatif atas nama prinsip, menjaga kreativiti dan keaslian tema tanpa dicabuli oleh mana-mana pihak yang ingin menggunakannya demi kebaikan yang jarang dipersetujui oleh penggiat teater itu sendiri.

Ketiga, cabaran dan kebebasan untuk membawa tema yang besar. Menariknya di sini adalah bagaimana dengan kurangnya penggunaan prop dan para pelakon, sesuatu tema atau falsafah di sebalik persembahan itu mampu menjangkaui batas-batas yang ada.

Gugurnya Kopiah Putih melibatkan empat pelakon, Anas Ridzuan, Fathi Shafie, Qawiem Hamizan, Aliah Hisamudin, Fazira Malik dan turut juga menampilkan Fazleena & The Lasykar. Persembahan ini mengisahkan tentang Hamas, watak utama yang bergelut dengan emosi baru yang mulai membuak, sebagai anak muda yang membesar di sekolah agama dan berhadapan dengan masalah pertembungan watak-watak yang tidak disenangi olehnya. Dan dari situ juga yang turut jelas terlihat adalah pergelutan moral yang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh keadaan beragama.

Hamas

Menurut pendapat saya, salah satu persoalan yang bakal timbul adalah tentang moral dualistik yang wujud pada watak-watak yang ada, apakah keadaan beragama yang wujud pada zaman ini masih boleh menyelamatkan seseorang individu itu daripada tumbangnya pertimbangan moralnya? Adakah agama itu sendiri, pada era moden ini terasing daripada pergelutan moral kita?

Masih wujudkah ruang agama sebagai agama yang menyeluruh, mampu mengelakkan kita daripada terjunam ke lembah ekstremisme yang jelas sekali mulai berkembang sekarang? Apakah pendekatan-pendekatan yang mampu membimbing anak muda, yang berada dalam konfrontasi dengan isu-isu struktural seperti kes buli; tentang konsep kehormatan secara vertikal yang telah memupuk budaya penindasan dan bagaimana ianya memberi ruang kepada bentuk-bentuk eskapisme yang selalunya tidak ke arah positif.

Mungkin ini bukanlah persoalan utama yang bakal dinyatakan, tetapi tetap tidak dapat kita nafikan bahawa persoalan beragama itu sendiri merupakan persoalan yang utama, walaupun di mana pun posisi kita mengenainya.

Teater alternatif ini membawa persoalan yang jarang dipertanyakan oleh kita semua. Ataupun ianya sendiri sudah jelas, tetapi secara sengajanya kita semua mengalihkan sendiri persoalan-persoalan seperti ini. Dengan harapan yang besar, perkembangan teater alternatif, yang bermain dengan kemudahan yang terbatas mampu pada akhirnya mengungkapkan persoalan yang besar. Berani mempersoalkan segala isu yang membelenggu kewujudan kita selama ini.

Segala info mengenai teater ini boleh didapati menerusi laman web Facebooknya.

Event : http://www.facebook.com/events/964314243631026/

Page : http://www.facebook.com/gugurnyakopiahputih2015

Rabu, 21 Oktober 2015

Hari Konvokesyen Adli Shinichi

Hari ini (21 Oktober 2015) merupakan tarikh yang telah diletakkan dalam filem Back To The Future. 

Hari ini juga merupakan hari bersejarah buat aku kerana hari ini merupakan hari ini aku akan bergraduasi. Sejak semalam aku rasa gelisah. Gelisah kerana tak tahu nak rasa apa. Gembira atau sedih. Pagi-pagi lepas bangun terus aku ambik kereta yang ingin dipinjam dari seorang kawan. Lepas itu aku strika baju yang nak pakai. Istiadat konvokesyen aku siding petang. Jadi, pagi ini dalam pukul 10 pagi aku dan kawan aku pergi ambik jubah dari kedai. Hantar kedai untuk strika jubah tu.

Selesai ambik jubah, kami pergi ke sekitar Dewan Tunku Canselor dalam pukul 12 tengah hari. Kelam kabut juga sebab aku nak kena pergi ambik mak abah kat Sentul pula. Iya la, takut sesak. Pergi DTC tu sebab nak ucap tahniah dekat kawan-kawan yang graduasi pagi ini. Selesai ucap dan bergambar aku terus bersiap dan menuju ke Sentul ambik mak abah aku.

Sampai saja di Universiti Malaya, kami selesaikan dulu kewajipan. Lepas tu dapat tahu yang aku dah lewat. Lagi sekali aku berlarian. Dengan jubah tak pakai lagi. Aku terus pergi ke DTC untuk masuk dalam. Penjaga tu suruh siap dulu sebelum masuk. Apa lagi kelam kabut aku seorang diri siap. Dengan nak pinkan jubah, dan cape dia lagi. Terkial kial aku seorang diri di situ. Dengan pas masuk yang dia beri masa ambil jubah hari tu pun aku tertinggal dengan mak abah aku yang dah masuk dalam DTC.
 
Dengan rahmat Illahi datang seseorang lalu tempat aku bersiap tu. Dia nampak aku terkial-kial dan terus datang tolong kemaskan jubah aku dan pinkan cape aku tu. Bukan dia seorang tapi ayah dia pun tolong. Usai saja aku disiapkan, kami pon bergambar. Terima kasih. Syukur sangat waktu tu. 
Masuk saja dalam DTC, aku telefon abah aku untuk aku ambil pas tersebut. Alhamdulillah selesai hal itu. Kini aku hanya menunggu untuk nama dipanggil. Seperti tahun-tahun yang lepas, Pusat Kebudayaan akan dipanggil paling akhir. Dalam fikiran aku, aku sentiasa ingat supaya aku tak tunduk semasa mengambil skrol. Hasilnya gambar akan tegak berdiri.
Keluar saja dari DTC, kami disambut oleh pensyarah, alumni dan pelajar Pusat Kebudayaan. Dengan flashmobnya, dengan keknya. Terima kasih kalian. Beberapa orang kawan juga datang mengucapkan tahniah dan memberi hadiah. Terima kasih. Terlalu banyak yang ingin diceritakan. Biarlah ianya terus berada dalam ingatan.
~~~~~~~~~~~~
Setelah lama berfikir. Baru aku sedar bahawa kejadian yang berlaku sebelum masuk DTC itu sebenarnya telah digambarkan dalam mimpi aku yang sebelum ini. Walaupun apa yang berlaku tidak sama 100% seperti mimpi tersebut, tetapi kejadiannya begitu hampir. Dalam mimpi tersebut, aku keseorangan berlari dari tempat yang jauh menuju ke dewan istiadat konvokesyen. Dewan dalam mimpi bukanlah DTC tetapi satu dewan yang lebih besar. Dan ketika itu ada sekumpulan penari yang sedang buat flashmob sebelum istiadat bermula. Setibanya aku dalam dewan tersebut, seseorang yang yang sedang mengejar aku dari belakang bersama seorang yang kukira itu adalah lelaki yang jauh lebih tua dari aku. Aku kira umurnya dalam 50 tahun. Wajahnya tidak begitu jelas. Aku tiba di dewan dan masuk pelalui pintu satu pintu dan mereka berdua masuk melalui pintu yang seblah lagi. Kami terserempak di dalam dewan tersebut. Wajahnya memang aku kenal sangat. Cuma lelaki itu aku tak dapat kenali. Dia memanggil namaku dan datang ke arah aku. Ketika itu aku dapat rasakan yang air mata aku mengalir. Bila dia dan lelaki itu berada betul-betul hampir dengan aku, aku tersedar dari tidur.
~~~~~~~~~~~~
Dia yang ada dalam mimpi tersebut adalah orang yang sama tolong aku bersiap memakai jubah. Ini bukan cerita rekaan ini adalah cerita benar.
~~~~~~~~~~~~
Terima kasih setinggi² langit dan sebanyak² bintang yang bertaburan kepada dua insan mulia ini kerana hasil perkongsian hidup mereka, aku dilahirkan dan aku berada di tahap ini. Jasa mereka memang tak dapat aku balas.
Aku tahu, bidang yang aku ceburi tidak memenangi hati mereka namun ibu bapa mana yang tak mahu melihat anaknya memakai jubah konvokesyen dan naik pentas menerima skrol graduasi.
Jerih perih keringat tenaga masa wang ringgit yang telah mereka labur ke atas diri aku sangatlah banyak dan tidak terkira. Buat masa ini, aku hanya mampu berhenti meminta.
~~~~~~~~~~~~~
Album Gambar di sini

Terima kasih setinggi-tinggi langit dan sebanyak-banyak bintang kepada mereka yang pernah terlibat dalam kehidupan saya.

Selasa, 4 Ogos 2015

[PUISI] Langkah

LANGKAH (Sempena Hari Ulang Tahun Kelahiranku yang ke-23 pada 4 Ogos 1992)

Roh itu suci
Hantar kemari
Huni satu jasad berhati
Punya semangat untuk berdiri
Satu langkah bermula
Tiada berpaling semula
Terus membuka mata
Gagahi diri meneroka

Langkah itu berat
Diatur agar tidak salah
Difikir agar tidak terpesong
Dicari agar dapat kembali
Langkah tiada terkira
Gila jika mengira
Hanya ditoleh untuk introspeksi
Bila diri dikhianati
Nafsu dan aspirasi

Langkah suci dijaga sukar
Dilupa pudar
Digilap mekar
Langkah sayu
Langkah pilu
Langkah yang tiada perlu
Kuat
Teguh
Tabah
Langkah dan terus melangkah

Adli Shinichi
8:45 malam, 4 Ogos 2015
ETS : Arau – KL Sentral, KTMB.

Terima kasih Allah, Abah, Mak kerana melahirkan aku ke dunia ini. Sebenarnya nak upload semalam, tapi sengaja nelambatkan kerana mahu tahu siapa yang ingat tarikh lahir aku. Terima kasih kepada keluarga yang semestinya ingat tarikh kelahiran itu. Terima kasih kepada dua orang kenalan yang memberi ucapan kelahiran dan ingatan.

‪#‎BelatedBirthday‬ ‪#‎Wishes‬ ‪#‎Birthday‬ ‪#‎Turn23‬ ‪#‎Thankful‬ ‪#‎AdliTurn23‬‪#‎OldPic‬ ‪#‎ChilHood‬ ‪#‎ChilHoodMemories‬ ‪#‎Actor‬ ‪#‎Model‬ ‪#‎Editor ‬‪#‎SingleButNotAvailable‬

Jumaat, 31 Julai 2015

Siapa Yang Berfikiran Sempit? Azalina atau LPF?

Azalina Tegur LPF Agar Tidak Berfikiran Sempit. Itulah tajuk berita yang saya baca di mStar senja tadi. Dengar saja tajuk, saya mula rasa apa lagi bala yang berlaku di Malaysia ni. Sebelum kita ke berita ini, marilah kita tinjau berita 10 Julai 2015. Berita tentang garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem yang baru dikeluarkan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).
Berikut merupakan garis panduan tersebut,
Itulah garis panduan terbaru. Bagaimana? Bagus tak? Bagi saya, garis panduan ini memang bagus. Saya tahu, saya sendiri pun bukanlah baik sangat. Tapi, daripada garis panduan ini, saya sangat suka kerana walaupun tak dapat kita amalkan budaya ketimuran ini sepenuhnya, sekurang-kurangnya dapat menghindarkan kemaksiatan yang ramai masih anggap biasa. Janganlah sampai matlamat menghalalkan cara. Yang haram tetap haram.

Berbalik kepada berita yang saya baca tadi, Azalina Othman tegur LPF supaya tidak berfikiran sempit. Saya tak faham apa motif dia pun saya tak tahu. Saya malas nak tulis balik apa yang dikatakannya. Baca saja yang saya salin & tampal daripada mStar Online ni.
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menegur pihak di Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem. 
Azalina yang sebelum ini Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata, isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton. 
"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di televisyen adalah sebuah lakonan. 
"Kalau nak cakap babak-babak itu (berpelukan) boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen, (kerana) di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat. 
"Kita tak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" katanya kepada mStar Online. 
Azalina (duduk tiga dari kiri) bersama wartawan hiburan pada majlis ramah mesra di Restoran Rebong, Bangsar pada Khamis. 
Baru-baru ini LPF telah mengeluarkan garis panduan peraturan rasmi yang perlu dipatuhi oleh setiap stesen televisyen di Malaysia. 
Menerusi garis panduan tersebut, adegan ghairah antara berlawanan jantina mahupun sejenis akan dipotong, manakala perlakuan mencium pipi, dahi, tangan dan babak berpelukan hanya dibenarkan kepada babak-babak membabitkan pelakon bukan Islam sahaja. 
Selain adegan sensual dan ghairah, LPF akan turut memotong babak-babak yang menampilkan elemen tahayul dan khurafat seperti manusia berinteraksi dengan roh mahupun jin secara jelmaan fizikal, adegan pembacaan mantera yang bercampur dengan ayat Al-Quran dan adegan ajaran sesat yang tidak diakhiri dengan babak pembalasan atas sikapnya itu. 
Walau bagaimanapun, ia hanya tertakluk kepada drama yang melibatkan jalan cerita masyarakat Islam sahaja manakala agama lain bebas untuk menampilkan elemen tersebut. 
Dalam pada itu pihak LPF turut menyatakan garis panduannya terhadap elemen-elemen lain seperti babak membabitkan rokok, minuman keras, dadah, kerosakkan akhlak, pakaian, perlakuan tidak sopan, ganas, kejam dan berbaur politik. 
LPF adalah agensi yang terletak bawah Kementerian Dalam Negeri. 
Sementara itu, Azalina berkata, walaupun hanya sempat memegang jawatan sebagai pengerusi Finas selama sebulan 10 hari, beliau tetap akan membantu menaikkan taraf industri seni tempatan yang dilihat semakin nazak. 
"Selepas dilantik menteri, saya perlu melepaskan jawatan (pengerusi Finas). Tetapi saya akan tunggu pengerusi baru untuk menyerahkan tugas saya. 
"Cuma saya harap, orang yang mengambil alih jawatan pengerusi itu adalah seorang pemimpin Umno, bagi saya suka atau tidak industri kreatif harus dipelopori oleh orang Melayu dan sebaik-baiknya biarlah mereka yang memimpin supaya dapat membawa wawasan Umno," ujarnya. 
Bagaimanapun, Azalina berkata, penggiat seni tidak perlu khuatir dengan pemilihan pengerusi Finas yang tidak mempunyai latar belakang seni memandangkan mereka sekadar memberi hala tuju industri manakala ahli lembaga Finas yang dilantik kebanyakannya terdiri daripada golongan pemain industri yang bertindak sebagai penggerak.
Kalian nilailah sendiri. Marilah kita sama-sama berdoa agar Malaysia ini dijauhkan daripada bala. Cukup-cukuplah bala yang sedia ada ini. Saya nak cakap, 'tak perlu jadi ustaz untuk menegur dan berdakwah'. Kalau ada yang faham. Faham sajalah. Yang tak faham. Pergi belajar lagi.

Sekian dulu luahan hati untuk kali ini. Akhir sekali, mari kita baca apa komen Datuk Ustaz Kazim Elias terhadap isu ini.
Assalamualaikum...lama sungguh saya mendiamkan diri didlm arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. Tp rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada org yg mengatakan kalau setakat berpegang2 atau adegan2 tertentu antara bukan mahram dlm drama n filem tak payahlah diperbesarkan..disuruhnya pulak berfikiran terbuka jgn disempitkan.. Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha utk menambah baik dan patuh pd perintah Allah wajib disokong, utk Akak yg bercakap demikian, bawak2 lah insaf, hidup didunia x lama, kuasa menteri pun apa sangat.. Kita ni makhluk Allah, hamba Allah.. Klu kita x mampu jd baik tp janganlah halang orang lain nak jd baik.. Yg haram tetap haram walau sekadar lakonan...
Juga boleh dilihat di sini.
Assalamualaikum...lama sungguh saya mendiamkan diri didlm arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi...
Posted by Ustaz Mohd Kazim Elias on Saturday, August 1, 2015

Rabu, 29 Julai 2015

[PUISI] TSMYTUNM

TSMYTUNM

Tanpa takut aku berbicara
Seribu kemungkinan menanti
Mulanya indah akhirnya tiada pasti
Ya Rabb Maha Tahu segala
Tiba masa kebenaran dibuka
Untuk pedoman di hari muka
Nista akan mula dibongkar
Maha Esa pengatur segala

Adli Shinichi
12:33 am, 29 Julai 2015
Jitra, Kedah.

Isnin, 1 Jun 2015

[DIARI] PERTUKARAN BELAJAR KE BEIJING - 1 JUN 2015


Hari ini merupakan hari pertama perjalanan aku ke Tanah Besar China. Pelbagai perasaan datang ketika ini. Aku ke Beijing atas keperluan kursus Bengkel Teater Tradisional 2. Pelajar yang mengambil kursus tersebut mempelajari tentang Opera China. Aku ke Beijing bersama 10 orang rakan kelas, seorang pensyarah dan Ketua Jabatan Drama Pusat Kebudayaan.

            Ramai antara rakan-rakan yang akan ke Beijing mula mengemas pakaian dan barang-barang mereka bermula dari malam hari. Aku seperti biasa tidak dapat mula mengemas kerana aku tiada perancangan untuk membawa baju apa. Aku mula mengemas dari pukul 10:30 pagi hari ini. Selesai mengemas, aku meminta tolong rakan bilik untuk menghantar aku ke Dewan Tunku Canselor (DTC).

            Kami mula berkumpul di Dataran DTC dari jam 1 petang. Kami berkumpul di sana kerana memudahkan staf Pusat Kebudayaan menghnatar kami ke KL Sentral. Seorang dari kami terus bergerak dari KL Sentral dan seorang dari kami terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2). Kami mengalami sedikit kelewatan bergerak dari Universiti Malaya (UM) atas faktor kelewatan salah seorang dari kami.

            Kami bergerak dari UM ke KL Sentral hampir jam 3 petang. Dari KL Sentral, kami mengambil bas untuk ke KLIA2. Harganya RM 10. Sampai saja di KLIA2, kami menunggu seorang lagi rakan kami dan terus Check-In penerbangan kami. Selepas itu kami pergi makan sementara menunggu masa berlepas iaitu jam 7 petang. Setelah semuanya selesai, dan masanya telah tiba. Kami mula berangkat ke dalam kapal terbang. Penerbangan ke Beijing mengalami sedikit kelewatan kerana terdapat penumpang yang check-in saat akhir.

            Setelah berada di ruangan udara, pramugara dan pramugari mula menghantar makanan yang dipesan secara online. Selepas itu barulah boleh memesan makan secara terus. Ketika memesan makanan, kami ada berborak secara kuat. Paling diingat, ketika kapal terbang sedikit bergoyang kerana melanggar angin yang kuat, kami memberitahu rakan yang berada di seberang tempat duduk kami bahawa kapal terbang sedang lalu di jalan yang berlubang. Rakan kami tidak dapat mendengar secara jelas. Secara tiba-tiba, seorang pramugara tersebut menyebut, “iya, jalan berlubang”, ketawa kami. Sekali lagi kejadian itu berlaku, kami memberitahu sekali lagi kepada rakan kami itu, pramugara itu sekali lagi berkata, “Kapal terbang lalu jalan lama nak elak tol, sebab itu jalan tak elok”, pecah perut ketawa. Setelah kenyang, mata mulai kuyu. Tidur.

Jumaat, 1 Mei 2015

Sepetang Di PBAKL 2015

PBAKL. Pernah dengar? Mesti pernah kan? Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau dalam bahasa Inggeris - Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF). PBAKL ini berlangsung dari 24 April 2015 hingga 3 Mei 2015.

Kelmarin merupakan kali kedua Admin berkunjung ke sana untuk 2015. Kali pertama Admin pergi setakat menemani kawan. Kelmarin Admin ke sana seorang diri sahaja. Bukan tiada kawan atau apa. Cuma Admin lebih selesa pergi seorang atas faktor tidak terikat dengan masa dan tempat.

Mula-mula ingat nak naik motosikal ke sana. Guna motosikal kawan sebilik. Tetapi macam susah nak parking pula nanti. Jadi Admin ambik keputusan untuk naik LRT sahaja. Turun saja dari bilik terus ada bas. Jadi naik bas terus sampai ke UM Sentral.
Dari UM Sentral ke mesin ATM terlebih dahulu. Keluarkan duit. Lepas tu, jalan kaki ke LRT Universiti. Malas menunggu bas. Sampai je di LRT Universiti, terjumpa dengan rakan boria. Dia ke KL Sentral. Admin meneruskan perjalanan ke PWTC.
Tiba saja di PWTC Admin terus membuat tinjauan potongan harga. Admin tidak terus membeli. Hanya meninjau-ninjau terlebih dahulu. Di booth Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) ada seorang penulis buku yang Admin mahu beli. Buku itu ialah 'Canggihnya Bahasa Melayu : Sistem Tanda Baca'. Penulisnya ialah Ismail Bin Dahaman. Sempat juga Admin berbual dengan penulisnya. Menurutnya, ada lagi 4 jilid yang akan dikeluarkan nanti. 
Kalimat Bertanda, Intonasi Bergaya
Selesai membeli buku tersebut, Admin terus ke booth Arab Saudi. Admin ke sana atas dorongan pengunjung akan menerima Al-Quran percuma dari Arab Saudi. Apabila Admin tiba di booth tersebut, salah seorang wakil booth Arab Saudi tu bagi beberapa buah buku dan CD. Masih terngiang-ngiang lagi apa yang dia cakap. "Hadiah. hadiah, hadiah" dalam pelat Arabnya.
Inilah orang yang beri hadiah tu
Selepas mendapat hadiah itu, Admin terus masuk ke booth tersebut. Mereka berkata, "Kalau nak ambik apa-apa risalah atau buku tu, ambik sahaja. Hadiah" dalam bahasa Inggeris. Jadi, Admin pun ambik beberapa buah buku lagi yang diminati. Di booth tersebut juga ada menyediakan kurma dari negara itu. Memang sedap. Manisnya.
Manisnya kurma ini...
Di booth itu juga Admin sempat bergambar ala-ala di Arab Saudi. Kepada pengunjung PBAKL, bolehlah berkunjung ke 'Arab Saudi' di sini.

Selesai sahaja bergambar di 'Arab Saudi', Admin tertarik dengan khat yang ditulis oleh seorang pakcik di booth yang sama. Pakcik Munir namanya. Dia menawarkan khat nama Admin secara percuma jika Admin dapat membaca khat yang telah ditulisnya.

Admin hanya dapat membaca sedikit sahaja. Tapi, pakcik bagi juga atas usaha untuk membaca. Sementara menunggu pakcik siapkan khat nama Admin, Datang beberapa orang Duta Buku PBAKL. Mereka datang ke tempat pakcik tu juga. Mereka nak juga khat tersebut. Jadi pakcik Munir meminta mereka membaca juga khat seperti Admin tadi. Ketika mereka cuba membaca, Admin tersenyum saja melihat gelagat mereka. Beberapa dari mereka cuba bertanya Admin apakah jawapannya. Admin hanya memberi klu sahaja pada mulanya.
Selepas khat Admin siap, mereka masih lagi mencubanya. Ada yang hampir dapat seperti Admin dan ada yang masih tidak. Sebelum Admin meminta diri, Admin beritahu juga jawapannya kepada mereka.
Selepas meminta diri, Admin terus ke booth karangkraf dan membeli Al-Quran untuk adik Admin. Usai membayar, Admin terus pulang kerana hari sudah lewat. 

Setakat itu saja coretan Admin kali ini. In Syaa Allah lusa atau tulat Admin akan berkunjung lagi ke sana kerana ada buku lagi yang masih belum dibeli.

Ahad, 1 Februari 2015

[BERITA] Ustaz Kazim Elias & Jackie Chan Dikurniakan Gelaran Datuk

Selfie dulu kita
Sumber : Berita Harian
PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mendahului senarai 356 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan, hari ini.

Abdul Gani dikurniakan Darjah Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima SUMW ialah bekas Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Datuk Seri Utama Zulhasnan Rafique.

Selain itu seramai 15 orang dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri iaitu Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rahamat Bivi Yusof; Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Othman Mahmood; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Saripuddin Kassim; Naib Presiden Kanan Parti Progresif Penduduk Malaysia, Datuk Seri Maglin Dennis Dcruz; bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Wira Abu Seman Yusop; anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

Pengarah Urusan JL99 Holding Sdn. Bhd, Datuk Seri Lee Boon Kiat @ Jeff; Datuk Seri Abdul Aziz Shahar dari DRB-Hicom Defence Technologies Sdn Bhd; Timbalan Presiden Persatuan Badminton Malaysia, Datuk Seri Mohamad Norza bin Zakaria; Pengarah Urusan Kumpulan Rangkaian Televisyen dan Radio Media Prima Bhd, Datuk Seri Mohd Ashraf Abdullah; Presiden Koperasi Ukhwah Malaysia Bhd, Datuk Seri Rahim Baba; Naib Presiden Pembangunan Perniagaan Sona Petroleum Berhad, Datuk Seri Saw Choo Boon; Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Datuk Seri Jebasingam John Rajamoney; Presiden Persatuan Rangkaian Runcit Malaysia, Datuk Seri Kwok Teng Toong dan Pengerusi Eksekutif High Point Technic Sdn Bhd, Datuk Seri Abu Zaki Zakaria.

Sejumlah 71 individu dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk terdiri daripada Duta Arab Saudi ke Malaysia, Datuk Fahad Abdullah Hamad Al-Rashid; Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah, Datuk Mohammad Kazim Elias; pelakon antarabangsa Hong Kong, Datuk Chan Song Kang @ Jackie Chan; Pengerusi MIC cawangan Taman Kok Lian, Datuk P Gunaseelan; Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri; Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan, Datuk Sr Ahmad Fauzi Nordin; Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nor Rizan Mohd Thani; Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam, Datuk Mohtar Mohd Abd Rahman; Pengarah Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan, Datuk Dr A Sundaran; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Unit Kerjasama Awam Swasta Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dayang Sadiah Abg Borhan serta Pengarah Kanan Bahagian Kerjasama Ekonomi ASEAN Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk P Ravidran.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Chen Chaw Min; Timbalan Ketua Setiausaha (Industri Pelancongan) Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Rashidi Hasbullah; Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia, Datuk Dr Lee Choon Hui; Setiausaha Bahagian (Bahagian Khidmat Pengurusan) Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Abu Bakar Idris; Pegawai Kemajuan Negeri Wilayah Persekutuan, Datuk Ariffin Imat; Timbalan Setiausaha Bahagian Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan, Datuk Mohamed Jusoh; Anggota Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Abdul Aziz Khalidin; Pakar Fotonik Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr Harith Ahmad; Setiausaha Bahagian (Bahagian Perancangan Dasar) Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Azizi Ahmad Termizi; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Undang-undang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Rohayah Karim; Pengarah Kejuruteraan Awam dan Saliran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Tan Keng Chok; Pensyarah Institut Pengajian China Universiti Tunku Abdul Rahman, Prof. Datuk Dr Lim Chooi Kwa.

Turut menerima PMW Ketua Penolong Pengarah D9 (Siasatan Khas) Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia, Datuk SAC Mohd Khalil Kader Mohd; Aide-de-camp (ADC) kepada Perdana Menteri, Datuk ACP Mohd Yusri Hassan Basri; Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan, Datuk Ahmad Hizzad Baharuddin; Pengarah Bahagian Penjenamaan Negara Jabatan Perdana Menteri, Datuk Farisha Pawan Teh; Peguambela dan Peguamcara Syarikat Ng & Anuar, Datuk Tan Hiang Joo; Ahli Lembaga Pengarah Bank Negara, Datuk Chin Kwai Yoong; Ketua Pengawai Eksekutif TV Al-Hijrah, Che Wan Alias Che Wan Abdullah; Anggota Kelab Penyokong Barisan Nasional, Datuk Quay Chin Teik; Anggota MCA Wilayah Persekutuan, Datuk Oong Boon See; Setiausaha Agung Parti Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF), Datuk T Loganathan; Anggota Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk V Pulainthiran dan Anggota Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah Bahagian Labuan Datuk Peter Mak Chun Vun.

Naib Presiden Parti Gerakan Malaysia, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Saharudin Zainal Abidin; Naib Ketua UMNO Bahagian Tanjong Karang, Datuk Sulaiman Abdul Razak; Datuk Dr Khairul Azmi Mohamad dari Jabatan Penyelidikan dan Latihan, Barisan Nasional; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gelugor Datuk Abu Bakar Ahmad; Timbalan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa, Datuk Affendi Zahari; Setiausaha Akhbar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ainon Mohd dan Pegawai Tugas-Tugas Khas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shokri Shafee juga menerima PMW.

Penerima lain PMW ialah, Datuk Kamarul Hisham Kamaruddin dari Ibu pejabat UMNO Malaysia; Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL Corporation, Datuk Zainal Amanshah Zainal Arshad; Pengurus Besar (Jualan) Suez Domain Sdn Bhd, Datuk Ter Leong Hing dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Merry Noel Robert.

Turut menerima PMW adalah Timbalan Pengarah Urusan MKH Bhd, Datuk Chen Fook Wah; Datuk Hazmat Aqbal Mohd Ayub Khan dari DB Integra Sdn. Bhd; Pengarah Urusan K & N Kenanga Holdings Berhad, Datuk Chay Wai Leong; Datuk A Paramasalam dari Persatuan Masyarakat India Harmoni Wawasan Malaysia; Pengasas V M Ravi & Associates, Datuk M Ravindran; Pengarah Selekta Spektra Sdn Bhd, Datuk Ng Kwok Siong; Ketua Pengarah Kumpulan Perdana ParkCity Sdn Bhd, Datuk Joseph Lau dan Datuk V Panneerselvam dari Malaysian Airlines System (MAS).

Pengarah Meridian Solutions Sdn Bhd, Datuk Ooi Teik Huat; Pengarah MR Contractor Sdn Bhd Datuk Alli Hassan @ Elly Yacob; bekas presiden Persatuan Peguam Katolik Kuala Lumpur Datuk Joy Wilson G P Appukuttan dan Pengarah urusan UDA Holdings Berhad, Datuk Ahmad Abu Bakar.

Pengasas Bersama Lee Hishammuddin Allen & Gledhill, Datuk Aznam Mansor; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura, Datuk Mohd Zarif Mohd Hashim; Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Sunway Medical Centre, Datuk Dr Tan Kim Heung; Ketua Pegawai Eksekutif MAA Group Berhad, Datuk Muhamad Umar Swift; Datuk Lim Mooi Choo dari Persatuan-Persatuan Keturunan Lim Malaysia; Pengarah Kumpulan, Kewangan, Kawalan Kredit dan Undang-Undang Kumpulan Bina Puri Holdings Bhd, Datuk Tan Kwe Hee serta dari Lee Foundation States Of Malaya, Datuk Lee Seng Chuan @ Leei Siong Chuan.

Turut menerima anugerah PMW, Pengurus Kanan (Pembelian) Syarikat Tan Chong & Sons Motor Co, Datuk Yap Kok Wah; Pengerusi Eksekutif Syarikat Kumpulan Yasmin, Datuk Mohamad Nuhairi Tan Sri Rahmat; Pengarah Urusan Syarikat Remajaya Sdn Bhd, Datuk Chua Soon Ping dan Datuk Nik Azman Husain (Avocado Cosmetics Enterprise) serta Datuk Judy Ng Yoke Meng dari ECH Development & Management Sdn Bhd.

Sementara itu seramai 43 individu dianugerahkan Johan Mahkota Wilayah (JMW); manakala 69 orang dianugerah pingat Kesatria Mahkota Wilayah (KMW).

Seramai 60 orang lagi dianugerah pingat Ahli Mahkota Wilayah (AMW) termasuk tiga pengamal media iaitu Ketua Biro Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Sarawak, Abdul Aziz Harun; Ketua Biro Utusan Melayu (M) Berhad Putrajaya, Norliza Abdul Rahman dan Ketua Biro The Star Publication Putrajaya, Zuhrin Azam Ahmad; manakala 96 lagi individu menerima pingat pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Istiadat penuh pengurniaan darjah kebesaran akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara, Jalan Duta di Kuala Lumpur, hari ini.
Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak tahun 2008 bertujuan menghargai dan mengiktiraf sumbangan, jasa serta khidmat cemerlang warga dalam Wilayah Persekutuan. - BERNAMA

Translate This Page