Jumaat, 1 Mei 2015

Sepetang Di PBAKL 2015

PBAKL. Pernah dengar? Mesti pernah kan? Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur atau dalam bahasa Inggeris - Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF). PBAKL ini berlangsung dari 24 April 2015 hingga 3 Mei 2015.

Kelmarin merupakan kali kedua Admin berkunjung ke sana untuk 2015. Kali pertama Admin pergi setakat menemani kawan. Kelmarin Admin ke sana seorang diri sahaja. Bukan tiada kawan atau apa. Cuma Admin lebih selesa pergi seorang atas faktor tidak terikat dengan masa dan tempat.

Mula-mula ingat nak naik motosikal ke sana. Guna motosikal kawan sebilik. Tetapi macam susah nak parking pula nanti. Jadi Admin ambik keputusan untuk naik LRT sahaja. Turun saja dari bilik terus ada bas. Jadi naik bas terus sampai ke UM Sentral.
Dari UM Sentral ke mesin ATM terlebih dahulu. Keluarkan duit. Lepas tu, jalan kaki ke LRT Universiti. Malas menunggu bas. Sampai je di LRT Universiti, terjumpa dengan rakan boria. Dia ke KL Sentral. Admin meneruskan perjalanan ke PWTC.
Tiba saja di PWTC Admin terus membuat tinjauan potongan harga. Admin tidak terus membeli. Hanya meninjau-ninjau terlebih dahulu. Di booth Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) ada seorang penulis buku yang Admin mahu beli. Buku itu ialah 'Canggihnya Bahasa Melayu : Sistem Tanda Baca'. Penulisnya ialah Ismail Bin Dahaman. Sempat juga Admin berbual dengan penulisnya. Menurutnya, ada lagi 4 jilid yang akan dikeluarkan nanti. 
Kalimat Bertanda, Intonasi Bergaya
Selesai membeli buku tersebut, Admin terus ke booth Arab Saudi. Admin ke sana atas dorongan pengunjung akan menerima Al-Quran percuma dari Arab Saudi. Apabila Admin tiba di booth tersebut, salah seorang wakil booth Arab Saudi tu bagi beberapa buah buku dan CD. Masih terngiang-ngiang lagi apa yang dia cakap. "Hadiah. hadiah, hadiah" dalam pelat Arabnya.
Inilah orang yang beri hadiah tu
Selepas mendapat hadiah itu, Admin terus masuk ke booth tersebut. Mereka berkata, "Kalau nak ambik apa-apa risalah atau buku tu, ambik sahaja. Hadiah" dalam bahasa Inggeris. Jadi, Admin pun ambik beberapa buah buku lagi yang diminati. Di booth tersebut juga ada menyediakan kurma dari negara itu. Memang sedap. Manisnya.
Manisnya kurma ini...
Di booth itu juga Admin sempat bergambar ala-ala di Arab Saudi. Kepada pengunjung PBAKL, bolehlah berkunjung ke 'Arab Saudi' di sini.

Selesai sahaja bergambar di 'Arab Saudi', Admin tertarik dengan khat yang ditulis oleh seorang pakcik di booth yang sama. Pakcik Munir namanya. Dia menawarkan khat nama Admin secara percuma jika Admin dapat membaca khat yang telah ditulisnya.

Admin hanya dapat membaca sedikit sahaja. Tapi, pakcik bagi juga atas usaha untuk membaca. Sementara menunggu pakcik siapkan khat nama Admin, Datang beberapa orang Duta Buku PBAKL. Mereka datang ke tempat pakcik tu juga. Mereka nak juga khat tersebut. Jadi pakcik Munir meminta mereka membaca juga khat seperti Admin tadi. Ketika mereka cuba membaca, Admin tersenyum saja melihat gelagat mereka. Beberapa dari mereka cuba bertanya Admin apakah jawapannya. Admin hanya memberi klu sahaja pada mulanya.
Selepas khat Admin siap, mereka masih lagi mencubanya. Ada yang hampir dapat seperti Admin dan ada yang masih tidak. Sebelum Admin meminta diri, Admin beritahu juga jawapannya kepada mereka.
Selepas meminta diri, Admin terus ke booth karangkraf dan membeli Al-Quran untuk adik Admin. Usai membayar, Admin terus pulang kerana hari sudah lewat. 

Setakat itu saja coretan Admin kali ini. In Syaa Allah lusa atau tulat Admin akan berkunjung lagi ke sana kerana ada buku lagi yang masih belum dibeli.

Translate This Page