Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Khamis, 29 Disember 2011

Tiada Lagi Shoutmix Percuma?!


 
Dengar khabar, pada 1 Januari 2012, perkhidmatan chatbox terkenal di Malaysia, Shoutmix akan menamatkan perkhidmatan percumanya. Kalau yang masih mahu meneruskan penggunaannya, boleh la ready untuk bayar bulan-bulan. Mari kita baca sikit huraian yang dikeluarkan oleh Shoutmix.
Thanks for using ShoutMix for all these year. I have been providing free shoutboxes on the World Wide Web for over 7 years now. It wasn’t long before I realized being 100% free is not sustainable. Just before ShoutMix’s first birthday, it almost had to be closed.
ShoutMix has tried to work with the freemium business model ever since. Conversion rates were low with the first version. With the second version, things improved and I have had more paying customers. Fortunately people liked the service and started paying for more features.
With that in mind, the new third version was developed to make things better for free and paid users alike. It was developed with lots of feedback from users over the course of several years. Meanwhile my biggest goal remained: to improve conversion rate to keep things sustainable and profitable, all while making ShoutMix a really high quality product for everyone.
One of the most mentioned feedback was that the old free version was too restrictive. Others are less trivial, just make it better, more premium features, more powerful stuff, avatar support, real time push update, really good spam protection, support for really high traffic situations, etc.
Finally, in November 2011, the new version 3 was completed. It was launched successfully and very smoothly. It was a great moment.
During the first month since launch, the reception went really well. New sign ups are in the thousands daily. Just within a month, almost 50,000 users have signed up! Hundreds of thousands of messages posted. Over 10,000 users from Facebook. Generally, users loved the new version. The growth are massive.
So, what went bad?
The conversion rate did not go up. In fact it fell lower. Our stats show 99.93% of users either have no intention to upgrade or are just happy with our free service. Worst of all, some customers have actually stopped paying and switched to our free service! It may seems to be good news for everyone right now, but it is really bad news for all of us.
By offering too much with our free plan, we cannibalized our paid plans. Happy users did not make more paying customers. The projections are bad. Only 0.07% users are customers. These are the people who keep ShoutMix sustainable as a business. Business is the part making ShoutMix exists for everyone. If it keeps on going this way, ShoutMix will not be sustainable any more and will need to close down in the near future.
The freemium model is broken for us.
Some argued that ShoutMix can easily monetize its free service with ads. It has been tried, but the rates were terrible. Beautiful, unobstructive ads do not pay well for ShoutMix. We can probably do better with flashy popup ads, but no thank you. Our competitors do it with popup ads. But there is no way ShoutMix is going to commit such ugly sin.
ShoutMix is becoming more of a premium product. In fact it already has. ShoutMix is designed to be the best in the industry. With passion plus personal investments of time, money and labor of over 7 years, ShoutMix has outgrown the freemium model.
So where do we go from here?
I have two choices. One, allow ShoutMix to become unsustainable. This is bad news for everyone. The other choice is to stop our free service. It is becoming obvious that this is where ShoutMix should go. And so, ShoutMix is not going to be free any more.
Existing users will be able to continue using their accounts at no cost right now. The transition will begin within a few weeks. Eventually, users with free accounts will need to switch to a paying plan or stop using the service. The date is set at January 1, 2012. After this date, free accounts will stop working unless upgraded to a paid plan.
The good news is that ShoutMix will be available for only $0.99/month and will be available effective immediately. For our old version (the Classic) it will only be available in Premium package which costs approximately $1.67/month.
Existing customers are unaffected by all these changes. In fact, ShoutMix is going to be really awesome for our current and future customers. Our focus will be to make paying customers extremely happy and they will get 100% of our resources. If you are one of our customers, things are just going to get a lot better for you.
ShoutMix has always been a product with great passion. It is just unfortunate that it did not work out as a free product. We all have to move on. And ShoutMix will continue to be the most affordable, high quality and premium live chat software that everyone can use and love.
Snecx Tan
December 2011

 Klik disini untuk mencuba chatbox alternatif... Cbox

Chatbox Alternatif - Cbox


 
Apakah chatbox yang popular di Malaysia? Tentu jawapannya Shoutmix. Saya pun pernah menggunakannya. Tapi entry kali ini bukan ingin bercerita tentang Shoutmix. Saya nak kongsi satu lagi chatbox, iaitu Cbox. Macam mana nak guna atau buat? Mari kita cuba.
 
1 - Mula-mula mesti la kena daftar dulu di http://www.cbox.ws/.

2 - Setelah isi semua maklumat, klik butang Create my Cbox.

3 - Selesai, login untuk tukar apa yang patut.

4 - Selesai ubah atau setting, tekan butang Publish untuk copy code.
 
Code yang telah dicopy tadi boleh diletak dalam blog dengan cara

Dashboard --> Design --> Page Elements --> Add Gadget --> HTML/JavaScript --> paste code tadi --> Save
 
Untuk new Blogger interface
Dashboard --> Layout --> Add Gadget --> HTML/JavaScript --> paste code tadi --> Save

Super Lawak FC (2011) {Updated Episod 5}











 
 

Super Lawak FC mengisahkan aksi komedi permainan bola sepak jalanan, diterajui oleh Johan. Ianya bermula setelah Johan dibuang daripada pasukan Daya Bumi, angkara hasad dengki Omara.
Pelakon
Johan Raja Lawak, Shuib Sepahtu, Mamat Sepah, Man Raja Lawak, Faezah Elai dan ramai lagi.

Screenshot

Download
  1. Super Lawak FC (2011) Episod 1 RMVB Mediafire = 62.99MB
  2. Super Lawak FC (2011) Episod 2 RMVB Mediafire = 57.12MB
  3. Super Lawak FC (2011) Episod 2 RMVB Mediafire = 64.96MB
  4. Super Lawak FC (2011) Episod 4 RMVB Mediafire = MB
  5. Super Lawak FC (2011) Episod 5 RMVB Mediafire = MB 
  6. Super Lawak FC (2011) Episod 6 RMVB Mediafire = MB  
  7. Super Lawak FC (2011) Episod 7 RMVB Mediafire = MB 
  8. Super Lawak FC (2011) Episod 8 RMVB Mediafire = MB  
  9. Super Lawak FC (2011) Episod 9 RMVB Mediafire = MB 
  10. Super Lawak FC (2011) Episod 10 RMVB Mediafire = MB  
  11. Super Lawak FC (2011) Episod 11 RMVB Mediafire = MB 
  12. Super Lawak FC (2011) Episod 12 RMVB Mediafire = MB  
  13. Super Lawak FC (2011) Episod 13 RMVB Mediafire = MB 
  14. Super Lawak FC (2011) Episod 14 RMVB Mediafire = MB 
MKV File [Updated Latest] ==> Jiwang.net

Credit to Jaki05@Jiwang [Original Ripper] & KURYU

p/s : Best habaq hang cite nie...

Ombak Rindu (2011)




 

Saya tengok ramai blogger yang post entry tentang Ombak Rindu. Jadi dengan suka hati, saya juga teringin post entry seperti itu. Apa yang best sangat dengan ombak rindu ni? Mari kita terjah...

Sinopsis
Filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.

Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.

Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.
Pelakon
Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri
Download Link Here
  1. Mediafire MKV = 931Mb | Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 |
  2. Mediafire = 304Mb | Part 1 | Part 2 | --> credit to teamhanna [disyorkan]
  3. Mediafire RMVB = 310Mb | Part 1 | Part 2 |
  4. Mediafire AVI = 896Mb | Part 1 | Part 2 | Part 3 | Part 4 | Part 5 | Part 6 |
  5. Filesonic RMVB = 304Mb | Single Link | --> credit to teamhanna
  6. Fileserve RMVB = 304Mb | Single Link | --> credit to teamhanna

Selasa, 27 Disember 2011

Malaysia dan Don 2





 
 

Malaysia sebuah negara yang aman sentosa. Saya bangga menjadi rakyat Malaysia. Kali ni mari kita berbicara tentang kaitan filem Don 2 dan Malaysia. Antara lokasi penggambarannya memang seperti yang diketahui ramai iaitu Malaysia. Destinasi penggambaran Don 2 ialah Melaka, Kuala Lumpur dan Langkawi.
Don 2 adalah filem aksi India yang akan datang serta ditulis dan diarahkan oleh Farhan Akhtar. Ia adalah sambungan kepada filem, Don: The Chase Continues [2006]. Bintang-bintang filem ini ialah Shah Rukh Khan, Priyanka Chopra dalam peranan sama dan juga Om Puri, Lara Dutta dan Kapoor Kunal dalam menyokong peranan. Filem ini ditayangkan di pawagam pada 23 Disember 2011 dalam 2D dan 3D dan juga akan didapati dalam bahasa Tamil dan Telugu.
Tun Dr Mahathir Mohamad juga dipaparkan dalam Don 2
PLOT
Bos kartel dadah Eropah bertemu di Riviera Perancis untuk membincangkan ancaman baru dari Asia. Don (Shah Rukh Khan) menjejaskan perniagaan mereka kerana dia mampu untuk menjual dadah pada harga yang lebih rendah kepada pelanggan mereka. Bos menghantar perkataan bahawa Don mesti mati. Don telah tinggal di Thailand untuk tempoh lima tahun yang lalu dan pergi kepada penyelesaian yang jauh untuk mengambil penghantaran kokain. Sebaliknya urus niaga biasa, Don untuk melawan jalan keluar kerana peniaga Eropah yang lebih berkuasa mahu dia mati. Beliau kemudiannya tidak dapat diterangkan kembali ke Malaysia di mana dia menyerahkan kepada Roma (Priyanka Chopra) dan Inspektor Malik (Om Puri). Don dijatuhi hukuman mati dan dihantar ke penjara Malaysia di mana dia bertemu Vardhaan (Boman Irani). Don dan Vardhaan melepaskan diri dari penjara dengan keracunan semua tahanan dan pergi ke Switzerland di mana mereka mendapatkan semula kandungan loker hanya Vardhaan dapat mengakses. Loker memegang pita yang menunjukkan Deewan (Aly Khan), naib presiden bank percetakan Euro, memberi rasuah kepada seseorang untuk membunuh pesaing. Don blackmails Deewan ke memberinya pelan induk kepada bank supaya dia boleh mencuri plat cetak. Diwan memberikan maklumat palsu dan mengupah pembunuh sebaliknya. Don berjaya melarikan diri dan pasukan pembunuh untuk bekerja untuknya. Deewan, yang ditinggalkan dengan tiada pilihan, tangan ke atas maklumat yang sebenar.

Don dan pasukan barunya merancang rompakan bank dan menjalankan rancangan mereka dengan mengambil tebusan. Selepas mencuri plat cetak, Don dikhianati oleh Vardhaan dan pasukannya tetapi berjaya melarikan diri. Walau bagaimanapun, salah seorang ahli, Sameer (Kunal Kapoor), memanggil polis dan Don ditawan. Tidak dapat masuk ke dalam bank dan membebaskan tebusan, pihak polis terpaksa bekerja dengan Don untuk kembali ke dalam bank dalam pertukaran untuk kekebalan. Don dan Roma berjaya untuk mencapai Vardhaan tetapi Roma adalah ditembak kerana dia enggan untuk membunuh Don apabila diberitahu untuk berbuat demikian. Don, Vardhaan dan samseng perjuangannya dan Don berjaya mengalahkan mereka. Beliau kemudian mendapatkan kertas imuniti dan mengambil Roma ambulans. Don dan Roma pertukaran satu sepintas lalu di antara satu sama lain di hadapan pintu ambulans berhampiran. Beliau kemudiannya detonates bom dia ditanam lebih awal dalam kereta Deewan. Ia menunjukkan bahawa Don sebenarnya masih mempunyai plat wang asal dan memberikan yang palsu kepada pihak polis. Plat palsu dimusnahkan dalam letupan yang membunuh Diwan. Pihak polis tidak boleh berbuat apa-apa sebagai Don mempunyai kekebalan dan tidak tahu bahawa Don mempunyai plat sebenar. Don juga memberikan polis cakera semua rakan-rakannya tetapi ia adalah benar-benar cakera dengan nama-nama kartel dadah Eropah. Semua ahli-ahli kartel yang ditangkap dan Don menjadi raja gelap Eropah.
PELAKON
Pelakon Malaysia, Ady Putra juga akan turut berlakon dalam filem ini. Dia merupakan peguam kepada Don di Malaysia.





PRODUKSI
Idea untuk pengambaran sambungan telah dikonsepkan sejak filem pertama yang dikeluarkan dan ia telah diumumkan oleh Farhan Akhtar sejurus selepas ditayangakan. Bagaimanapun, beliau telah terlibat dengan komitmen lain manakala Shah Rukh Khan yang diperlukan untuk pulih daripada pembedahan bahu supaya dia memberikan tarikh untuk Rab Ne Bana di Jodi dan My Name Is Khan kerana mereka memerlukan pengerahan tenaga fizikal yang sangat sedikit. Pada bulan Februari 2010, Akhtar mendedahkan bahawa skrip dan lokasi bagi filem yang telah dimuktamadkan. Filem ini menandakan Farhan Akhtar, kembali kepada arahan selepas jurang hampir 4 tahun. Shahrukh Khan menjadi selebriti pertama untuk mendaftar tatu dalam nama-Nya, apabila tatu 'D' yang dialihkan di tangannya dalam filem itu telah didaftarkan untuk perlindungan hak cipta.

Pada Ogos 2011, penerbit filem iti mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan filem dalam 3D. Idea penukaran yang 3D berlaku kepada pengambaran manakala Farhan, untuk filem ini, tetapi selepas menjalankan ujian penukaran pelbagai di Los Angeles, pengeluar membuat keputusan untuk menukar yang filem keseluruhan. Pengarah fotografi dalam pengambaran filem dengan kanta istimewa yang dibuat lebih mudah untuk memberi satu dimensi ketiga. Ritesh Sidhwani mendedahkan bahawa dia mempunyai idea menukar filem itu ke dalam 3D selepas melihat Harry Potter dan Azimat Maut - Bahagian 2. Chuck Comisky, seorang veteran 3D S-inovator yang menyelia stereo 3D dan kesan visual dalam Avatar dan Sanctum, telah turut membantu dalam filem itu.

Filem ini telah diumumkan dengan pelakon asal memainkan semula peranan mereka, kecuali Arjun Rampal. Ia juga mengumumkan bahawa Lara Dutta berlakon untuk watak baru dalam filem. Penggambaran Filem bagi Don 2 bermula dari 10 Oktober, 2010 di Berlin. Khan untuk filem ini berusaha dalam menyediakan pek enam. Semasa di Berlin, Khan mengambil 300 kaki melompat untuk pengambaran tanpa pertolongan pegawai aksi .Pada bulan Disember 2010, pengambaran berakhir di Berlin.Pada bulan Februari 2011, pelakon datang ke Malaysia untuk fasa keduapengambaran di mana adegan beberapa pengambaran dalam penjara sebenar dengan banduan sebenar di sebalik penjara dan seksyen lengkap blok penjara adalah disediakan untuk pengambaran. Untuk mengelakkan apa-apa tidak diingini, t-shirt krew Don 2 telah dibuat khas untuk membezakan pakaian daripada banduan sebenar kerana ia merupakan zon keselamatan yang tinggi. Penggambaran Filem di Malaysia yang berlangsung selama sebulan dan berakhir pada 20 Mac, 2011. Pengambaran akhir filem ini telah diadakan pada bulan September, 2011.

Download di sini => Don 2.mkv = 386Mb | Part 1 | Part 2 |

Isnin, 26 Disember 2011

Lelaki memberi bunga untuk?


 
 
Kali saya akan kongsikan sedikit tentang lelaki. Lelaki dan bunga. Selalunya bunga akan dikaitkan dengan perempuan. Tetapi, tanpa lelaki, perempuan tak akan lengkap dengan bunganya. Mari kita lihat kenapa lelaki memberi bunga kepada perempuan.
  1. Hari-hari istimewa, seperti hari ulang tahunnya.
    "Saya hanya memberikan bunga jika si dia benar-benar bererti dalam hidup saya"
  2. Sekadar ingin menyenangkan hatinya sahaja.
    "Perempuan kan suka bila diberikan bunga. Apatah lagi, jika diberikan kejutan."
  3. Memberikan perhatian.
    "Kesibukan membuatkan kami jarang bertemu. Jadi sesekali saya akan mengirimkan bunga untuknya sebagai pengganti kehadiran saya di sampingnya."
  4. Tak ada maksud yang tersirat, bergantung pada 'mood' aje.
    "Lagipun, membazir sahaja membeli bunga ni, dalam beberapa hari sahaja dah layu."
Ha, itulah antara alasan kenapa lelaki memberi bunga kepada perempuan.

Bunga kuning melambangkan lelaki pemberi tersebut ingin memulakan persahabatan dengan seseorang perempuan.
Bunga merah melambangkan lelaki pemberi tersebut sudah jatuh cinta dengan seseorang perempuan.

p/s : hahaha... bagaimana anda pula? beri bunga sebab?

Ahad, 25 Disember 2011

Krismas : Hukum Islam melibatkan diri dalam perayaannya


 
 
Hari ini bertarikh 25 Disember 2011. Pasti ramai yang tahu hari ini adalah Hari Natal. Sebelum bermula, mari kita cari tahu dulu apa itu krismas.
 
Definasi Krismas dari Wikipedia adalah:
Christmas or Christmas Day is an annual holiday celebrated on December 25 that commemorates the birth of Jesus of Nazareth.”
Jika dirujuk perkataan “Christmas” dalam buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia, ia mengatakan:
“- Krismas, Hari Natal, Pesta Kelahiran Tuhan Yesus
Skop perbincangan ini hanya akan memfokuskan kepada sambutan Krismas sahaja dan tidak pada doktrin ketuhanan nabi Isa a.s.
Jadi jelaslah yang Krismas ini adalah hari sambutan kelahiran Nabi Isa (Yesus) bagi penganut agama Kristian (yang menganggapnya sebagai Tuhan) dilakukan setiap tahun pada 25 Disember. Skop perbincangan ini hanya akan memfokuskan kepada sambutan Krismas sahaja dan tidak pada doktrin ketuhanan nabi Isa a.s. Walau bagaimanapun, perlu ditegaskan di sini yang Islam amat menentang doktrin syirik itu (Qur’an 5:76).

Bagi ummat Islam kita mempunyai hukum menyambutnya. Mari terjah di bawah.

Berdasarkan buku Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam, tulisan Dr Abdul Hayei Syukor, ada dua pandangan berbeza dari sudut hukum mengenai orang Islam turut merayakan hari perayaan bukan Islam.

Kekeliruan dari sudut hukum merayakan hari perayaan agama lain atau dalam konteks ‘rumah terbuka nasional’ berpunca daripada fahaman kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu.

Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, mereka merelakan kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah atas nama agama mereka, ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.

Sebaliknya, jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka untuk merapatkan perhubungan sesama manusia, maka ia adalah di luar daripada konteks meraikan akidah atau merelakan agama mereka.

Menurut Fatwa Lajnah Daaimah, kunjungan terhadap perayaan bukan Islam tidak boleh dilakukan kerana akan menyebabkan orang yang melakukannya berdosa.

Ingin tahu lebih lanjut? Jom kita baca di pautan-pautan dibawah :
  1. Islam dan Hari Krismas 
  2. Hukum Menyambut Krismas oleh Ummat Islam
  3. Hukum Menyambut Hari Perayaan Agama Lain 
  4. Hukum Melibatkan Diri dalam Perayaan Krismas dan Perayaan Agama Lainnya
  5. Islam Melayu Paling Tidak Sensitif Perayaan Agama Lain 
  6. Hukum Merayakan Perayaan Bukan Islam 
  7. Larangan Mengucapkan Merry Christmas Kepada Kristian 
  8. Hukum Melibatkan Diri dalam Perayaan Krismas dan Perayaan Agama Lainnya
  9. Sambut perayaan Kristian perlekeh akidah, pegangan Muslim
  10. Politik murahan yang memualkan 

Jumaat, 23 Disember 2011

Tiada Lagi Tapisan Filem pada Tahun 2012 di Malaysia


 
 
Apakah perasaan anda sebagai penonton apabila membaca berita ini?

PUTRAJAYA 21 Dis. - Berkuatkuasa tahun hadapan, Lembaga Penapis Filem (LPF) tidak lagi menapis sesebuah filem sebelum ditayangkan, sebaliknya peranan tersebut akan diserahkan kepada pengarah dan penerbit filem itu sendiri.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, langkah terbaru itu diambil selepas mengambil kira pandangan daripada semua pihak yang menjayakan industri perfileman negara.

Bagaimanapun katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem yang ditayangkan, maka penerbit dan pengarah filem berkenaan perlu bertanggungjawab.

"Dengan kelulusan cadangan tersebut, saya harap semua pihak mengambil iktibar dan tidak mengunakan kelonggaran tersebut sebagai batu loncatan untuk memasukkan adegan-adegan yang melampau dalam sesebuah filem demi untuk mengaut keuntungan semata-mata.

"Suka saya tegaskan, mereka perlu bertanggungjawab dengan segala masalah yang timbul ekoran penerbitan filem mereka. Oleh itu mereka sendiri perlu menilai cita rasa penonton di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Hala Tuju Kawalan dan Penapisan Filem di Malaysia anjuran Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan Kementerian Dalam Negeri di sini, hari ini.

Terdahulu Mahmood turut menyampaikan Anugerah Penggiat Filem kepada Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam, Penerbit Metrowealth (MIG), David Teo dan seorang penggiat filem dan penulis, Dr. Asiah Sarji

Menurut Mahmood, kementerian juga akan memainkan peranan untuk memberikan penerangan kepada penonton terhadap sesebuah filem mengikut genre masing-masing.

"Antara langkah yang akan diambil kementerian ialah meletakkan keterangan mengenai sesebuah filem di skrin pawagam sebelum ia ditayangkan.

"Langkah ini juga diambil demi memenuhi kehendak rakyat yang mahukan kebebasan dalam industri perfileman, tetapi rakyat jangan lupa jika ada filem barat yang ditayangkan mengandungi unsur-unsur bertentangan dengan akidah atau agama mereka perlu menilai sendiri untuk menonton atau tidak," katanya.

Sementara itu katanya, mana-mana filem yang telah menjalani proses penapisan LPF sebelum ini boleh memohon semula untuk mendapatkan kelulusan bagi ditayangkan tanpa sebarang tapisan.
"Ini bagi memastikan keadilan kepada semua pihak termasuk penerbit filem terdahulu yang terpaksa menjalani proses tapisan filem ketat sebelum ia dibenarkan untuk tayangan," katanya.

Dalam pada itu katanya, jika terdapat masalah berbangkit mengenai sesebuah filem luar negara yang dibawa untuk ditayangkan di negara ini, kementerian akan memanggil syarikat yang bertanggungjawab membawa masuk filem terbabit untuk mendapat penjelasan.

Lagi informasi => Syoknya Download
 
p/s : Ini satu kemajuan, lepas ni makin laku la filem tempatan sebab tiada jalan cerita yang dipotong. Penonton boleh la faham keseluruhan cerita.

Selasa, 20 Disember 2011

Wang Emas dan Duit Baru



 
 

Dengar tentang duit pasti ramai yang teruja. Ramai yang bekerja siang malam demi duit. Kata orang duit bukan kebahagian, bagi saya untuk mencari kebahagian pasti kena ada duit. Kata orang lagi, duit bukan segala-galanya. Tapi, segala-galanya adalah duit kan? Dah melarut pula. Jom terjah di bawah.

Bank Negara Malaysia menerusi kenyataan rasminya menyatakan akan mengeluarkan siri baru bagi wang kertas dan wang syiling bagi negara Malaysia. Siri baru tersebut akan dimulakan menjelang awal 2012 dengan membawakan ciri keselamatan yang lebih tinggi dan teknologi yang diperbaharu.
5 sen




10 sen

20 sen

50 sen



Syiling lama dan syiling baru



Duit Euro (disamakan)

Gambar-gambar lagi...
 
 

p/s : Teringat masa Tun Dr. M mulakan dinar emas...

TAKUT by Che Det


 
 
Entry kali ni saya nak berkongsi satu catatan yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Marilah kita sama-sama membacanya.

1. Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. Sedikit sebanyak ia menyelamat kita.

2. Tetapi kadang-kadang kita takut kepada yang kita tidak patut takut. Kita takut gelap. Kita takut makhluk yang sebenarnya tidak wujud melainkan dalam fikiran kita atau dari cerita-cerita yang kita dengar, terutama semasa kecil.

3. Ramai kita orang Melayu percaya ada manusia yang mempunyai kelebihan tertentu – mampu meresap, menghilangkan diri. Dan kita takut kepada mereka ini.

4. Semasa saya kecil saya dengar kononnya orang Siam mempunyai “ilmu” tertentu. Mereka bukan sahaja boleh meresap tetapi mereka kebal dan tidak boleh ditikam. Ada yang berkata tembak dengan peluru pun tak tembus. Mereka juga boleh membuat perempuan gila kepada mereka.

5. Di Kedah peperangan sering berlaku dengan Siam (Thai) di zaman dahulu. Tentera Sultan amat takut kepada askar Siam. Mereka yakin mereka tidak boleh kalahkan tentera Siam kerana mereka itu kebal, boleh meresap. Kononnya kadang-kadang mereka boleh terbang dan tiba-tiba berada di belakang.

6. Maka anggota pasukan Melayu pun baca doa macam-macam. Namun mereka tidak dapat mengatasi ketakutan mereka. Belum pun bertempur dengan pasukan perang Siam, mereka sudah yakin mereka akan kalah.

7. Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.

8. Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu.

9. Demikian apabila kita takut dengan “bayang-bayang” kepercayaan kita sendiri. Adalah mustahil sesiapa boleh kebal, atau meresap (menghilangkan diri). Sedangkan Nabi tidak kebal dan luka dalam peperangan Jabal Uhud, apakah Tuhan memberi kelebihan kepada musuh orang Melayu dan orang Islam.


10. Mungkinkah ada makhluk yang berkuasa seperti Allah s.w.t. Sekarang ada orang kebal apabila memakai baju kalis peluru. Tetapi askar Siam di zaman dahulu tidak pakai baju kalis peluru. Jika mereka ditikam atau ditembak mereka akan cedera dan akan mati. Tetapi mereka kebal kerana dengan ketakutan kita, kita tidak terdaya menikam atau menembak mereka. Kalau tembak pun, kerana gigil dalam ketakutan, peluru tidak kena sasaran. Ini kononnya bukti mereka kebal.

11. Tetapi ini cerita lama. Apa guna saya bangkit perkara ini. Sebabnya saya masih dengar askar kita ada menghadapi orang yang berpakaian serba putih yang boleh terbang. Dan mereka jadi takut. Apabila askar diserang ketakutan, mereka tidak lagi dapat menjalankan tugas mereka.

12. Kita juga kerap mendengar cerita orang halus, toyol, hantu, pelesit dan berbagai lagi. Kes hilang akal (hysteria) kerap berlaku di kalangan murid perempuan Melayu di asrama.

13. Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.

14. Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa.

15. Saya malu kenapa hysteria terjadi kepada anak Melayu yang semuanya beragama Islam. Agama kita menegah kepercayaan kepada makhluk yang mempunyai kuasa yang hampir dengan Allah s.w.t.

16. Diwaktu rusuhan kaum 13 Mei 1969, rami orang Melayu yang mencari ubat kebal. Di Alor Star terdapat seorang bomoh Indonesia yang kononnya boleh memberi kekebalan kepada sesiapa hanya dengan memasukan jarun “emas” ke dalam badan.

17. Saya pergi untuk melihat bagaimana bomoh ini dapat melakukan sesuatu yang ajaib. Seorang yang dikenali oleh saya telah “dirawat” dengan memasuk jarum “emas” kepada badannya.

18. Selepas ini dia diuji dengan ditetak oleh bomoh dengan pedang di belakangnya. Terlihat luka yang cetek yang berdarah sedikit sahaja walaupun ditetak dengan amat kuat.

19. Kemudian dia ditetak dibahagian perutnya. Luka yang sama di lihat. Dia kemudian memepak kaca lampu elektrik tanpa mulutnya berdarah.

20. Mereka yang lihat dan saya juga kagum dengan kekebalan beliau. Saya jemput supaya beliau datang ke klinik saya keesokan hari.

21. Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum kedalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya.

22. Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal.

23. Tidak ada orang yang kebal. Mereka yang berjalan atas bara api dan dicucuk dengan besi tajam pun tidak kebal.

24. Dalam Islam ada jin dan iblis. Mereka merasuk fikiran kita supaya membuat apa yang dilarang. Dalam Islam tidak disebut tentang hantu, pelesit, toyol dan sebagainya. Semua ini berasas kepada kepercayaan di zaman pra-Islam.

25. Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.

26. Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.

27. Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani. Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan.

28. Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.

Sumber : Dr. Mahathir bin Mohamad

Facebook : Adlin MLM vs Chef Wan





 
 

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya kongsikan cerita ini. Saya kongsikan juga sebab ianya agak menarik. Jom baca.

Terasa macam budak kecik pula bila Abang Nara membaca luahan-luahan hati Adlin Aman Ramlie selepas dia dikritik teruk dan seterusnya tersingkir dalam Maharaja Lawak Mega minggu lepas. Nampaknya Adlin memang benar-benar tidak puas hati dengan apa yang ditulis oleh Chef Wan melalui Facebooknya. Berikut ialah luahan pertama Adlin yang Abang Nara rasa ditulis selepas membaca tulisan di Facebook Chef Wan.
adlin bengang chef wan
Dan kemungkinan besar penulisan Chef Wan di bawah inilah yang menyebabkan Adlin sentap tak ingat.
adlin perang chef wan
Apa yang menariknya, ada beberapa komen daripada mereka yang membaca status Adlin menyatakan “You’re not funny” di status tersebut. Hmmmm. Abang Nara tak tahu nak cakap apa, tapi sekali sekala belajar terima kritikan apa salahnya kan? Dengar cerita memang lawak Adlin agak tidak menjadi sejak beberapa minggu yang lepas. Betul ke?
Lagi beberapa luahan hati Adlin Aman Ramli di Facebook dengan membaca entri ini sepenuhnya.

adlin bengang chef wan
adlin bengang chef wan
adlin bengang chef wan
adlin bengang chef wan


adlin bengang chef wan

Credit to : beautifulnara.com

Nak baca lagi? Singgah di Syoknya Download
Berperang lagi? Baca di sini

p/s : Biasa la manusia, kadang kita di atas kadang kita di bawah, hidup ibarat roda. Dulu kita mengata orang sekarang orang mengata kita. Dulu kita mengkritik orang, sekarang kita mengkritik orang.

Translate This Page