Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Khamis, 2 April 2009

Molekul Air Zam-Zam


Kata-kata yg baik... juga insya-Allah membentuk peribadi yang baik.
Semoga
makanan dan minuman yg disediakan oleh isteri-isteri solehah dapat

disediakan bersulaman dengan zikir dan selawat serta kasih sayang yang

penuh dengan keikhlasan.



Now  I  know  why  most  ustaz2 kalu nak berubat kena bawak air &

dibacakan ayat2 suci Al-Quran kepadanya untuk kita minum...

============ ========= ========= ========= ========= ========= ========

Assalamualaikum

Penemuan  ini  sungguh  menakjubkan  dan wajib dikongsi bersama,

kenapa dgn keizinanNYA  air  penawar  blh  menyembuhkan  penyakit,
baca 
dan

hayatilah petikan dibawah:

Pada  (Khamis) yang lalu, Pihak Surau Wisma Telekom Semarak

telah menjemput  Ustaz  Abdullah  Mahmud  untuk  menyampaikan

ceramah beliau.



Diantaranya :



Air  merupakan  salah satu rahmat Allah kepada manusia, Manusia tidak

boleh hidup tanpa air, dan manusia tidak boleh hidup tanpa rahmat dari

Allah.



Ustaz  kemudian  bercerita  bahawa  dia telah berkesempatan menghadiri

satu seminar  mengenai  AIR  yang berlangsung di Hotel Istana

baru-baru ini yang mana  kebanyakan  participant yang hadir terdiri

daripada

orang bukan Islam kecuali 2 orang (Ustaz Abdullah dan seorang Pensyarah

dari

UM).

Penceramahnya  seorang  Profesor  yg  pakar  tentang  air  dari Jepun.

Beliau menunjukkan  hasil  kajiannya  mengenai air, beberapa slide

ditunjukkan dan dipancarkan  dilayar  putih kepada hadirin sekelian.

Sampel-sampel air yang diambil  dari berbagai sumber air (sungai,

laut, perigi dan bermacam lagi).

Maka  terpancarlah  berbagai-bagai  rupa bentuk susunan

molekul-molekul air tersebut. Ada yang berupa seolah-olah seperti jin

tetapi

samar-samar, tidak begitu  jelas  (dengan  telinga  yang besar,
bertanduk 
dan

sebagainya)rupa yang  menggerunkan  dan  menakutkan. Lalu Profesor itu

berkata "banyak lagi sampel-sampel  air  yang  lain  tetapi rupa

molekul-molekulnya hampir sama, sekarang  saya  nak  tunjukkan sampel

air yang berlainan dari sampel-sampel air yang saya tunjukkan tadi"



Profesor  itu pun tunjukkan, maka terpancarkan satu rupa bentuk molekul

air yang  tersusun  cantik  berupa  seolah-olah seperti  berlian

(bersegi-segi) ,bersinar- sinar  dan  sinarannya  mengeluarkan

warna-warna yang menarik melebihi  12 warna. MasyaAllah, cantik. Lalu

profesor bertanya "Siapakah di antara  kamu  semua yang tahu sampel air

apakah

ini". Hadirin semua senyap, dan  kemudian,  Pensyarah dari UM
mengangkat 
tangan dan menjawab "saya rasa itu adalah sampel air zam-zam".

Profesor  berkenaan  memanggil Pensyarah tersebut naik ke atas dan

bertanya "Berikan saya sebab kenapa awak berkata air itu adalah air

zam-zam.



"Kerana air zam-zam adalah air yang termulia didunia ini" Jawab

Pensyarah. Profesor  berkata  "Saya  tak  tahu samada betul atau tidak

air zam-zam itu mulia tetapi memang betul ini adalah sampel air

zam-zam."



Kemudian  Professor  mengatakan  bahawa,  kata-kata juga dapat

mempengaruhi rupa  bentuk  molekul-molekul  air.  Lalu  didalam dewan

itu mereka membuat experiment  bagaimanakah  yang  dikatakan kata-kata

dapat menpengaruhi rupa bentuk  molikul-molikul  air.  Semua  hadirin

dikehendaki  membaca sesuatu kepada  air  mineral  masing-masing.

Lalu seorang  volunteer bangun untuk menguji  bagaimana  rupa  air
yang 
telah dibaca. Bila ditunjukkan diskrin, nampak  molikul  air membentuk

seolah-olah  seperti  tokong  cina (dengan janggut yg panjang dan perut

yg buncit).

Bila  tiba  giliran  Ustaz,  air yang dibaca dengan Al-Fatihah, Selawat

dan Ayat  Kursi  maka  nampaklah  rupa  molikul  air  seperti
berlian 
dan berkilau-kilau. ...  Subhanallah.  Lalu  Ustaz disuruh oleh
Profesor 
menbaca sebarang  ayat/kata-kata  yang  tidak baik...maka nampaklah

diskrin molikul air berupa seperti sel-sel barah.



Subhanallah. ....  daripada  ceramah  yang  Ustaz sampaikan ini marilah

kita sama-sama mengambil iktibar daripadanya.

Ini  adalah  kata-kata  dari  Ustaz  Abdullah : "Jika hendak air itu

merasa manis  maka masukkanlah gula, jika hendak air itu berwarna maka

masukkanlah pewarna  dan jika hendak air itu mulia maka masukanlah

ayat-ayat yang mulia kepadanya".

Tabiat Bawa ke neraka

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Assalamu'alaikum wr wb ..

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk
kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun
Nisaa '. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah
SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:


" Assalamu'alaikum , wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".


Seorang wanita lalu bangun bertanya, "A! pakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.

Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah
ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat
geram dan marah kita mungkin berkata,
" Driver bas ni dah mampus agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah,
hatta suami pun kena sumpah. !


Contoh 2

Tengah memasak gas habis. Kita mungkin berkata
"Celaka punya gas. Mas a ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak
mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang
kurang faham
apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan
suami'.
Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata
,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak"
(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita! kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan
perkataan seperti berikut:

"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']


Rasulullah SAW sambung lagi
,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya
tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur
pahala-pahala amalannya.'
Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah
menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat
menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.


Fadhilat beristighfar:


a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X
sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW
menganjurkan kita beri! stighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri
melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan
dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti
berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam
bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulul! lah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati
Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda
dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala
hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum
meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah
SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya
perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam .

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda,
"Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka
setelah diberi peringatan oleh Rasulu! llah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat
buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

"
SAMPAIKANLAH WALAU SEPOTONG AYAT - Sabda Rasulullah SAW"

Pesan Roh Kepada Manusia

p/s: Rajin2 lah membaca

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di
langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat
dimandikan, lalu roh berkata :

Wahai orang yang memandikan, aku
minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan
sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu :

Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas.
Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar
apabila terlepasnya roh dari tubuh.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu;

Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku
luka-luka dengan keluarnya roh.Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi
supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin
melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir
kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan :

Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu
menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian Menyakiti
mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku
tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya.


Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah
supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara
anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula
berpesan:

Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku,
jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah
kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku. Sesungguhnya
aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun
mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun didunia, Allah
menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka
juga tidak mahu mendoakan aku.

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur
pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing.
Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka
mereka. Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam
keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan
nur itu. Maka mayat itu menjawab: Sesungguhnya bagi mereka yang
memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman.
Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan
aku. Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam
itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya
dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran
itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.
Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat
jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan
lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah S.A.W berkata:

Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan
malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik
rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah
itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut
hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu
kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga
sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.Dan akhir sekali datang lagi
satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai
ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman
itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya.
Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya
kepada sayap Jibrail A.S. Kalau orang yang nazak itu orang munafik,
maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap di sebelahkiri. Maka orang yang
nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang
itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu
takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin
itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut
hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir
dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: Tidak ada jalan bagimu
mencabut rohorang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan
lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T. Setelah malaikat maut mendengar
penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada AllahS.W.T.dan menjelaskan
apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: Wahai malaikat maut,
kamu cabutlah ruhnya dari arah lain. Sebaik saja malaikat maut mendapat
perintah Allah S.W.T . maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin
dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin
itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.
Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin
dariarah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah,tangan ini mengusap
kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan
maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga
gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini
Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan
berjemaah dan kaki ini juga berjalan enghadiri majlis-majlis ilmu.

Apabila gagal malaikat maut,mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka
malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri
telinga maka telinga pun berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah
ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi
baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: Tidak ada jalan
bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian AllahS.W.T.
berfirman yang bermaksud. Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak
tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. Sebaik
saja mendapat perintah AllahS.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang
itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma Allah dan
cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarl! ah roh tersebut dari arah mulut
dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar
dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak
mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan
tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin,mereka diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat
tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang
mengajarnya meskipun dia sudah mati.

Sila panjangkan kisah ini kepada semua saudara islam kita. 

Translate This Page