Ahad, 27 November 2011

KISAH REMY ISHAK bersama FERROMED, FOLIC ACID dan VITAMIN B COMPLEX

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger. Kelmarin 26 November 2011. Bertempat di Aneka, Jitra Mall, Jitra, Kedah D.A. Telah diadakan satu acara yang agak besar, iaitu acara promosi barangan Dashing. Berpusu-pusu peminat duta Dashing datang. Siapa dutanya? Oh, Remy Ishak rupanya. Patut la ramai pun. Selama dua jam dia berada di situ untuk melayan peminatnya. Hari tu, permintaan Dashing meningkat la ye... Keluk DD Dashing beralih ke kanan. Aku pun ada la pergi juga, tapi bukan minat sangat pun. Dah kawan ajak, pergi je la. Boleh juga tengok orangnye secara live. Sebelum ni dok tgk kt tv je.





Lepas tengok sebentar, kawan beritahu kata di tingkat 2 Aneka ada Derma Darah. Jadi apa lagi cepat-cepat pecut moto balik ambik buku derma. Ye la, sebelum ni kalau anda pernah terbaca entry sebelum ni tentang kecewa dengan darah pasti anda tahu kenapa entry ini ditulis. Saya sangat gembira kerana pada hari terakhir tahun lepas yg baru saja berlalu tak sampai sehari lg, sy dapat derma buat kali terakhir utk tahun itu. Alhamdulillah sebab Allah dah makmulkan doa sy kelmarin. Sebenarnya, saya buka nak serita sgt tentang derma darah ni. Kumpulan darah yang saya miliki ialah O+.

Saya sertakan beberapa pautan di sini mengenai darah:-
  1. Rahsia DiSebalik Jenis Darah
  2. Diet: Apa Jenis Darah Anda?
  3. Jenis Makanan Mengikut Kumpulan Darah
  4. Mengetahui Sifat Anda Melalui Jenis Darah
  5. Jenis darah pengaruhi perangai korang?
  6. Rahsia Diet Menguruskan Berat Badan Mengikut Jenis Darah
Saya nak kongsi dengan anda kebaikan-kebaikan ubat yang diberi kepada saya selesai menderma darah semalam. Ubat-ubat itu ialah Ferromed, Folic Acid dan Vitamin B Complex. Doktor pesan 1 biji sehari. Sekali makan selepas makan. Nak tahu kebaikannya? Baca le lagi ye...

FERROMED
Kegunaan Ferromed adalah untuk menambahkan darah dalam badan kita. Ubat ini perlulah diambil seelok-elokya sebelum makan. Jika memakan ubat ini najis akan bertukar warna menjadi hitam. Selain itu sumber makanan lain seperti hati, pedal juga dapat menambah darah semulajadi. Makanan berwarna merah juga boleh dimakan untuk menambah darah.

FOLIC ACID
Folic Asid adalah sejenis Vitamin B iaitu Vitamin B9 ia membantu tubuh anda membentuk sel-sel baru seperti DNA. Sumber makanan yang kaya dengan Asid Folic ialah sayuran hijau, kacang pea dan bijiran. Terdapat juga dipasaran roti yang diperkaya dengan Asid Folic. Pil ini agak meloyakan disebabkan baunya  yang agak kuat. Jika anda mempunyai masaalah ini, ambilah pil ini pada waktu malam sebelum tidur. Kesan sampingan loya tidak akan rasai kerana anda berada dalam fasa tidur selepas mengambil pil Asid Folik ini.

VITAMIN B COMPLEX
Vitamin B Complex ialah menukarkan gula (makanan) menjadi tenaga (energy) selain itu ia juga melancarkan pengedaran oksigen ke seluruh tubuh, lalu menstabilkan hormon, sekaligus membaik pulih sistem pencernaan kita. Bila sistem pencernaan kita lancar, kita akan cepat rasa lapar. Sumber semulajadi Vitamin B Complex ialah sayuran hijau dan kekacang. Ia juga diperlukan untuk penghasilan Hemoglobin (sel darah merah) dan penting untuk metabolisme lemak, protien dan karbohidrat.

Sumber : Google dan 4 jenis ubat yang amat diperlukan oleh aku

p/s : informasi di atas dirujuk daripada sumber di atas. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk doktor-doktor di hospital-hospital berdekatan tempat anda untuk kepastian.

Translate This Page