Jumaat, 11 November 2011

Ada Apa Dengan 11 November 2011 [11/11/11]?

Salam sejahtera kepada semua pembaca. Hari ini ialah hari Jumaat, 15 Zulhijjah 1432 bersamaan dengan 11 November 2011. Hari ini juga ramai penduduk dunia sedang hangat mengagungkan tarikh ini. Tarikh apa? Tarikh 11 November 2011 la, atau pun disebut begini, 11/11/11. Apa yang ada dengan tarikh ini? adakah ianya membawa kebaikan atau keuntungan? Atau mempunyai keistimewaan?

   Memang benar tarikh ini jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari. Hakikatnya tiada keistimewaan dan kelebihan pada tarikh ini pada pandangan Islam. Janganlah pula disebabkan tarikh ini jatuh pada hari Jumaat, kita menganggap tarikh ini adalah hari istimewa dari hari-hari yang lain.

Boleh saja kita buat pengiraan dari tarikh ini dengan membuat penambahan seperti ini

          11+11+11=33 maka jumlahnya 33

Ini adalah amalan harian kita selepas solat 5 waktu iaitu :-

       bertasbih(Subhanallah) -------> 33 kali
       bertahmid (Alhamdulillah) ----> 33 kali
       bertakbir (Allahuakbar) ------> 33 kali

Tetapi, kalau boleh buat lebih, itu adalah lebih baik.

Sekarang mari kita menambah ilmu tentang apa yang ada lagi dengan tarikh ini dengan mengklik pautan di bawah :-

   Pandangan Lain Tentang 11-11-2011
   11/11/11 – a date with a special meaning?
   11.11.11

p/s : Yang baik datangnya dari Allah yang buruk datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Renung - renungkan dan selamat beramal.
credit to Mencari Sinar Kebahagiaan
 

3 ulasan:

Translate This Page