Hari ini merupakan hari terakhir STPM 2011. Tapi aku habis sejak pukul 4 petang kelmarin lagi. "Kisah lucu di Superior Lane, Jitra Mall, Jitra, Kedah Darul Aman"... Tajuk macam best kan? Tapi kat sini saya nak kongsi satu cerita.
Pada suatu petang, 15 Disember 2011, lebih kurang pukul 5.30 petang. Saya dan beberapa orang rakan pergi ke Superior Lane. Kat mana? Kat Jitra Mall. Kami pi main bowling kat sana. Harga RM4.50 + kasut RM1.50 = RM6... Tapi dah ada kad metrik, guna je la... Dapat la murah cikit. +- = RM5...
Lane 4 = Aku, Hanif dan Danial
Lane 3 = Fauzan, Faizal dan Faiz. Geng 3F la pulak.
Aku dengan semangatnya pergi la mulakan game untuk lane 4... Tiba-tiba, angin tak ada, ribut tak ada.. Aku boleh tergelincir atas lane tu... Bengkak lutup aku dibuatnya. Dah la first person play... Dah buat lawak.. Malu tu ada la juga. Nasib baik orang tak ramai... Dah jatuh tu, bola bowling ke mana pin pon ke mana.. Sakit Ddooo... Kena pulak kalau gegurl yang aku kenal ada sebelah tu... lagi malu... tp nasib baek gegurl yg lane sebelah tu mai selepas aku dah bangun dah... Kalau tak, aku balik terus la... Gegurl yang duk kat lane sebelah tu pulak classmate aku dulu... Sakit boleh, malu pon boleh...
Ha... tu je la... yang aku nak cite malam nie... Awasilah keselamatan anda ketika membaling bola bowling agar anda dapat strike... Mesti tak lawak kan? Kan?
: haha , bezz an . :)
BalasPadam