Sabtu, 10 Disember 2011

15 Muharram 1433 = 10 Disember 2011 | Gerhana Bulan



 
 
Dah 15 hari kita melangkah di tahun baru... Adakah kita masih berada di tahap yang lama? Atau kita telah jauh lebih baik daripada tahun lepas. Sempena peristiwa malam ini, saya ingin berkongsi sedikit dan sebanyak ilmu yang saya dapat tentang malam ini. Marilah kita sama-sama menerokanya...

Hari ini 10.12.2011, akan berlaku untuk kali keduanya kejadian Fenomena Gerhana Bulan Penuh pada sekitar pukul 10.05 malam sehingga 10.57 malam, ianya berlangsung lebih kurang selama 48 minit. terdahulu pada pertama kali fenomena ini pada tahun ini berlaku iaitu pada 16.6.2011 pada pukul 1.25 pagi sehingga pukul 6.59 pagi.
 
Lebih kurang 5 minit lagi [semasa enrty ini ditaip] fenomena ini akan berlaku. Saya tidak akan melepaskan peluang ini untuk menyaksikan sendiri fenomena kejadian alam ciptaan Yang Maha Esa.
 
Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011 {Dipetik drpd Harian-Metro-Online}
Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.
Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.
Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8) :
Moon enters penumbra: 2011 Dec 10 19:31:37
Moon enters umbra: 2011 Dec 10 20:45:11
Start of totality: 2011 Dec 10 22:05:29
Maximum eclipse: 2011 Dec 10 22:31:36
End of totality: 2011 Dec 10 22:57:45
Moon leaves umbra: 2011 Dec 11 00:18:04
Moon leaves penumbra: 2011 Dec 11 01:31:30
Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat.
Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.


Pautan-pautan yang berkaitan :-
  1. Tatacara Solat Gerhana Cara Nabi
  2. Gerhana Bulan Penuh dan Solat Sunat Kusuf 
  3. Gerhana Bulan, Matahari dan Solat Kusuf 
p/s : Masya Allah... Indahnya ciptaan Allah... Tengah tengok dengan mata sendiri...

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page