Marilah mari, pergi mengundi... Pilihan Raya Umum dah nak dekat... Mari kita baca artikel ni...
PUTRAJAYA, 12 Dis – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad
pada Isnin berkata Barisan Nasional (BN) berada dalam kedudukan yang
baik untuk memenangi pilihan raya umum akan datang, yang mungkin
diadakan awal tahun depan.
Bagaimanapun, beliau berkata persoalannya ialah sama ada BN akan
memperoleh majoriti, memandangkan sebuah kerajaan yang lemah akan
diserang oleh pembangkang, yang akan mewujudkan isu untuk melemahkannya.
“Saya fikir mereka kini sibuk berkempen untuk memastikan mereka boleh
menang. Perhimpunan Agung Umno agak baik, sambutannya agak bagus.
Nampaknya seperti Umno kini kembali semula menjadi popular kepada
rakyat,” katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.
Dipetik Bernama Online, Dr Mahathir (gambar) berkata, pilihan raya mungkin diadakan tahun depan, sungguhpun tempoh penggal Parlimen sekarang hanya akan berakhir pada 2013.
“Jika pilihan raya diadakan terlalu awal, negeri-negeri yang dikuasai
pembangkang mungkin tidak mahu mengadakannya kerana mereka ingin
mengekalkan negeri-negeri berkenaan dan cuba memenangi negeri lain pula.
Mungkin itu yang akan menjadi strategi mereka.
“Bagaimanapun jika pilihan raya diadakan terlalu hampir dengan tempoh
berakhirnya penggal, tiada sebarang manfaat bagi mereka. Jadi mereka
terpaksa bersatu, mengharungi pilihan raya bersama-sama. Terpulanglah
kepada kerajaan untuk menimbangkan perkara ini,” katanya.
Ditanya sama ada kes mahkamah membabitkan Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim akan berperanan dalam pilihan raya akan datang, Dr
Mahathir berkata: “Dalam apa cara sekalipun, beliau akan menjalankan
peranannya.”
Mengimbas semula pilihan raya umum 1999, beliau berkata ketika Anwar
didapati bersalah dalam kes mahkamah ketika itu, beliau menggunakan
insiden mata lebam dan BN kehilangan kira-kira 300,000 undi daripada
kaum Melayu.
“Kaum Cina mengundi BN. Kaum Cina merupakan penyokong BN yang sangat
kuat kerana kami berjaya menangani krisis kewangan dan ramai di antara
mereka yang terselamat daripada menjadi muflis. Sebab itulah kami
mengekalkan majoriti dua pertiga, sungguhpun Umno kalah bannyak kerusi,”
katanya.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata ramai daripada penyokong kuat Anwar
dan kalangan yang menaruh kepercayaan kepadanya yang meninggalkannya,
termasuk Dr Chandra Muzaffar dan peguam Zainur Zakaria, yang tidak lagi
percaya dengan apa yang diperkatakannya.
Mereka yang meninggalkan Anwar kini menyerangnya kembali dan mengutuknya.
“Pada 1999, dia sangat kuat kerana dia berada dalam penjara dan mempunyai mata yang lebam dan berkata saya melakukan konspirasi untuk menyingkirkannya. Untuk apa saya berkonspirasi? Lagipun, saya mahu meletak jawatan,” katanya.
sumber :
p/s : Yang dah layak mengundi tu jangan la lupa mendaftar ya...
“Pada 1999, dia sangat kuat kerana dia berada dalam penjara dan mempunyai mata yang lebam dan berkata saya melakukan konspirasi untuk menyingkirkannya. Untuk apa saya berkonspirasi? Lagipun, saya mahu meletak jawatan,” katanya.
sumber :
p/s : Yang dah layak mengundi tu jangan la lupa mendaftar ya...
0 analysis:
Catat Ulasan