Hari ini bertarikh 25 Disember 2011. Pasti ramai yang tahu hari ini adalah Hari Natal. Sebelum bermula, mari kita cari tahu dulu apa itu krismas.
Definasi Krismas dari Wikipedia adalah:
Bagi ummat Islam kita mempunyai hukum menyambutnya. Mari terjah di bawah.
“Christmas or Christmas Day is an annual holiday celebrated on December 25 that commemorates the birth of Jesus of Nazareth.”Jika dirujuk perkataan “Christmas” dalam buku Istilah Agama Kristian, Bahasa Inggeris – Bahasa Malaysia, ia mengatakan:
“- Krismas, Hari Natal, Pesta Kelahiran Tuhan Yesus“
Skop perbincangan ini hanya akan memfokuskan kepada sambutan Krismas sahaja dan tidak pada doktrin ketuhanan nabi Isa a.s.Jadi jelaslah yang Krismas ini adalah hari sambutan kelahiran Nabi Isa (Yesus) bagi penganut agama Kristian (yang menganggapnya sebagai Tuhan) dilakukan setiap tahun pada 25 Disember. Skop perbincangan ini hanya akan memfokuskan kepada sambutan Krismas sahaja dan tidak pada doktrin ketuhanan nabi Isa a.s. Walau bagaimanapun, perlu ditegaskan di sini yang Islam amat menentang doktrin syirik itu (Qur’an 5:76).
Bagi ummat Islam kita mempunyai hukum menyambutnya. Mari terjah di bawah.
Berdasarkan buku Hukum Merayakan Perayaan Kaum-kaum Bukan Islam,
tulisan Dr Abdul Hayei Syukor, ada dua pandangan berbeza dari sudut
hukum mengenai orang Islam turut merayakan hari perayaan bukan Islam.
Kekeliruan dari sudut hukum merayakan hari perayaan agama lain atau dalam konteks ‘rumah terbuka nasional’ berpunca daripada fahaman kurang jelas terhadap maksud merayakan atau mengucapkan ucapan selamat hari kebesaran kaum lain itu.
Jika maksud merayakan itu adalah ikut serta berhari raya, mereka merelakan kekufuran orang bukan Islam dan bermuamalah atas nama agama mereka, ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam.
Sebaliknya, jika merayakan hari perayaan kaum lain sekadar hanya ikut bercuti pada hari itu atau menyertai perayaan mereka untuk merapatkan perhubungan sesama manusia, maka ia adalah di luar daripada konteks meraikan akidah atau merelakan agama mereka.
Menurut Fatwa Lajnah Daaimah, kunjungan terhadap perayaan bukan Islam tidak boleh dilakukan kerana akan menyebabkan orang yang melakukannya berdosa.
Ingin tahu lebih lanjut? Jom kita baca di pautan-pautan dibawah :
- Islam dan Hari Krismas
- Hukum Menyambut Krismas oleh Ummat Islam
- Hukum Menyambut Hari Perayaan Agama Lain
- Hukum Melibatkan Diri dalam Perayaan Krismas dan Perayaan Agama Lainnya
- Islam Melayu Paling Tidak Sensitif Perayaan Agama Lain
- Hukum Merayakan Perayaan Bukan Islam
- Larangan Mengucapkan Merry Christmas Kepada Kristian
- Hukum Melibatkan Diri dalam Perayaan Krismas dan Perayaan Agama Lainnya
- Sambut perayaan Kristian perlekeh akidah, pegangan Muslim
- Politik murahan yang memualkan
0 analysis:
Catat Ulasan