Ungkapan Berat
Kala langit mengejar terang pancaran mentari
Aku masih melihat gelap mencari satu cahaya
Tika aku mulakan langkah menuju bahagia
Diri menolak hajat hati yang meronta untuk berbicara
Dia hadirkan kamu yang tidak pernah aku kenal dan aku sangka
Lalu aku mula menghampiri kamu untuk mengenali sama kamu
Namun hanya seketika aku menyimpan rasa terhadap kamu
Kerana aku berundur setelah aku tahu kamu sudah berpunya
Aku teruskan melangkah tanpa sedikit kesal
Kerana aku tahu rasa yang aku alami tidak kuat buat kamu
Namun kamu tidak perlu risau dengan aku
Pengunduran aku tiada siapa yang harus disalahkan
Kala itu langit terus membisu tiada sepatah kata
Dia buka kembali hati aku untuk mencintai lagi
Kamu yang selalu membangkitkan kembali rindu dan resah hati
aku
Aku kembali bisa tertawa melupakan cerita lama
Kamu punya sesuatu yang tidak pernah aku jumpa sebelum ini
Mungkin kamu adalah jawapan kepada pintaku terhadap Dia
Aku tidak pernah menyatakan bahawa aku jatuh cinta kepada
kamu
Namun aku selalu menyatakan kepada Dia bahawa aku ingin kamu
Dalam langkah aku menuju ke arah kamu
Dia tunjukkan aku bahawa kamu juga kepunyaan orang lain
Aku bertanya lagi kepada Dia kenapa aku diuji dengan cara
begini
Dengan luka aku mula enggan melangkah lagi
Ketika hati aku sedang sepi memerlukan seseorang
Dia hadirkan kamu pula mengisi ruang kesepian ini
Di hadapan kamu aku takut mengungkap rasa cinta buat kamu
Sebaliknya aku meminta kamu dalam setiap sujudku
Kamu hadir membawa satu nama
Nama yang selalu aku menyebutnya dalam setiap doa aku
Kamu membawa setiap rasa sehingga ke nadi aku
Rasa yang bisa aku kembali tersenyum riang
Aku ingin memindahkan langkah aku ke dalam kamu
Dia memberi jawapan dalam usaha aku memindahkan langkah
Jawapan yang mengembalikan langkah aku kepada langkah
sebelumnya
Kamu juga bukan kepunyaan aku untuk aku bahagia bersama kamu
Adli Shinichi
9:45 malam, 2 Oktober 2016
Kuala Lumpur
0 analysis:
Catat Ulasan