Selasa, 4 Oktober 2016

[BERITA] Ainan Tasneem Berhenti Menyanyi Selepas Nikah Tahun Depan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Dah lama admin tak post pasal berita kat sini. Ok, kali ni Admin nak share satu berita tentang salah seorang penyanyi yang Admin kipas susah mati sejak lagu pertamanya. Ini dia. Ainan Tasneem Ridzuan. Dah nak kahwin dah. Admin tahu sejak dari gambar instagram yang dimuat naik pada 30 September 2016. Ini dia.

Dengan hashtag nya #ainanxariff . Ini lagi satu gambar kek pertunangan Ainan.

Jadi, pada hari ni berita ini mula disiarkan di mStar Online. Berita tersebut bolehlah dibaca di bawah ini.

---
PETALING JAYA: Penyanyi lagu 150 Juta, Ainan Tasneem bakal berkahwin dengan seorang jurutera yang dikenali sebagai Ariff pada 7 Januari depan.

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan, 24, berkata, dia menerima lamaran selepas dua bulan mengenali pemuda berkenaan menerusi seorang rakan.

Saya buat keputusan untuk menerima lamaran dia (Ariff), walaupun kami baharu sahaja berkawan sejak dua bulan lalu.

"Saya buat solat ikhtiharah setiap hari dan yakin dengan keputusan ini. Lagi pula kami memilih untuk mengenali lebih dekat selepas berkahwin nanti," ujarnya kepada mStar Online.

Majlis pernikahan akan diadakan sebelah pagi pada 7 Januari 2017 di Hotel Blue Wafe Shah Alam, manakala majlis resepsi di lokasi yang sama pada sebelah petang.

Ainan berkata, urusan untuk berumah tangga berjalan lancar dan dipermudahkan selepas kedua-dua pihak keluarga memberi restu untuk berkahwin.

Dia juga yakin dengan keikhlasan dan tanggungjawab yang ditunjukkan lelaki tersebut dalam menjaga ibu dan ahli keluarga yang lain.

"Semuanya berjalan dengan pantas dan Allah telah dipermudahkan urusan kami, keluarga kedua-dua belah pihak juga setuju dan mahu ia dilangsungkan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang.

"Saya juga sudah bersedia untuk berkahwin kerana sebelum ini saya banyak kali bercinta dan gagal dalam percintaan," ujarnya.

Sementara itu, Ainan berkata, dia juga mengambil keputusan untuk berhenti menjadi seorang penyanyi selepas bergelar isteri.

Katanya, keputusan tersebut juga sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusannya MVM Music walaupun masih lagi mempunyai empat bulan kontrak bersama syarikat berkenaan.

"Saya yang buat keputusan untuk berhenti menyanyi selepas berkahwin dan saya sudah maklumkan hal ini kepada syarikat rakaman.

"Kontrak saya dengan MVM hingga April tahun depan dan rasanya mereka juga tidak menghalang pendirian saya ini," ujarnya.

Ainan berkata, dia akan menyambung pelajaran ke peringkat doktor falasafah (PhD) dan mengejar cita-cita sebagai seorang pensyarah.
---

Jadi, tahniah Admin ucapkan buat Ainan dan pasangan. Semoga bahagia sampai ke Syurga hendaknya. Barakallah. #TillJannah gitu.

P/s : Ainan dan nak berhenti nyanyi. Huhuhu. Tapi, Ainan pun nak jadi pensyarah. Semoga berjaya!!!

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page