- Penggayaan
baharu, sistem infotainmen skrin sesentuh dan transmisi auto 4-kelajuan
-
Harga bawah RM40,000 dan didatangkan dengan pakej bernilai sehingga RM3,700
Kuala
Lumpur, 6 Ogos 2019 -
PROTON melancarkan Saga 2019 di satu majlis yang diadakan di Pusat Pameran dan
Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dan dirasmikan oleh Yang Berhormat
Dato' Darell Leiking, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).
Turut hadir ialah Dato' Mohammad Zainal Shaari, Pengerusi DRB-HICOM, Dato' Sri
Syed Faisal Albar, Pengerusi PROTON, Dr. Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif
PROTON serta Dato' Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.
Harga
bermula RM32,800 (Standard MT), RM35,800 (Standard AT) dan RM39,800 (Premium
AT), versi terbaharu model ikonik dan terlaris PROTON ini dilengkapi dengan
gaya baharu, kotak gear automatik empat kelajuan dan ciri pintar pertama di
dalam kelasnya yang bukan sahaja membezakannya daripada pesaing tetapi turut
meningkatkan nilainya. Syarikat juga mengenal pasti proposisi penjualan unik
atau Unique Selling Propositions (USP) model ini iaitu apabila digabungkan,
menghasilkan slogan Pilihan Yang Pintar atau An Intelligent Proposition. Tiga
USP yang dinyatakan adalah Gaya Mengujakan, Penjimatan Bijak dan Kestabilan
Mantap.
Penggayaan
sepenuhnya pada dalaman dan luaran kereta
Kisah
mengenai Proton Saga adalah sinonim dengan PROTON, mengimbau kembali 34 tahun
lalu dan tiga perubahan sepenuhnya dilakukan pada model tersebut. Saga 2019
telah diberikan rekaan terkini yang masih mengekalkan identitinya tetapi pada masa
yang sama meletakkannya ke barisan model Proton yang lain.
Pada
bahagian luar, Saga 2019 dipasangkan dengan bampar hadapan baharu dan lebih
agresif bersepadu dengan lampu nyalaan siang. Pada bahagian gril turut
mempunyai corak infinite weave yang mula diperkenalkan melalui model Proton X70
serta Iriz dan Persona 2019. Bampar belakang yang sama menonjol sepadan dengan
bahagian hadapan dan rekaan di belakang dilengkapi dengan spoiler belakang
bersepadu baharu dan nama PROTON terletak pada bahagian penutup but. Satu set
roda aloi bersaiz 15 inci yang menampilkan rekaan baharu menyerikan lagi sentuhan
akhir pada varian premium.
Pada
bahagian dalam pula, perubahan paling ketara dilakukan adalah pada monitor
skrin sesentuh 7-Inci terapung atau floating touchscreen pada model premium.
Digunakan untuk mengawal sistem infotainmen, kemudahan ini mempunyai sambungan
Bluetooth, kapasiti penyimpanan dalaman 16GB dan sambungan telefon pintar untuk
Android. Perubahan lain termasuklah upholsteri tempat duduk baharu, panel
tengah baharu, paparan kombinasi meter baharu dengan Bantuan Pemanduan Eco dan
turut dilengkapi sehingga 3 tempat cucuk USB.
Kestabilan
mantap dengan keselamatan tanpa kompromi
Secara
mekanikal, perubahan yang paling besar adalah transmisi automatik empat
kelajuan baharu menggantikan CVT yang digunakan sebelum ini. Barisan Jurutera
PROTON kemudiannya membuat peningkatan pada prestasi brek, tahap kebisingan,
getaran dan kekasaran (NVH) serta keseimbangan pemanduan dan pengendalian
disamping menambah tahap keselamatan yang berkelas dunia.
Sebagai
contoh brek yang dilengkapkan pada model ini adalah sama seperti yang
dipasangkan pada Proton Iriz dan Persona yang lebih besar manakala penggunaan
kotak gear automatik empat kelajuan baharu memberikan pemandu kawalan manual
yang lebih baik semasa memandu dengan penuh tenaga.
Ciri-ciri
keselamatan pada model ini terdiri daripada Brek Anti Kekunci (ABS) dengan
Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA) untuk ketiga-tiga varian
yang turut dilengkapi dengan beg udara depan, sensor tempat letak kereta
belakang dan titik penahan ISOFIX dengan top tethers. Tambahan pada varian
Premium adalah Bantuan Kawalan Cerun, sensor tempat letak kereta hadapan,
kamera undur dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dengan Sistem Kawalan
Cengkaman (TCS). Dengan pertambahan ciri-ciri keselamatan ini, Saga 2019
menjadi satu-satunya kereta yang berharga kurang daripada RM40,000 dilengkapi
ESC dan TCS.
Pakej
yang memberikan nilai tambahan kepada pembeli Saga
Sama
seperti Proton X70, Iriz, Persona dan Exora 2019, Saga baharu ini menawarkan
pakej Nilai Tambahan atau Extra Value. Terdapat tiga pakej Nilai Tambahan
standard yang bermula dengan pakej servis yang menawarkan kos pekerja percuma
sebanyak tiga kali atau selama satu tahun. Seterusnya adalah pakej kadar faedah
dengan kadar pembiayaan serendah 2.9896 setahun. Akhir sekali ialah pakej
insurans yang menawarkan pelbagai manfaat kepada pelanggan yang menginsuranskan
pembelian baharu mereka dengan panel PROTON.
Mengenai
PROTON
PROTON
Holdings Berhad adalah 50.1% milik DRB-HICOM Berhad dan 49.9% oleh Zhejiang
Geely Holding Group Co. Ltd. Ditubuhkan pada tahun 1983, ia adalah satu-satunya
pengeluar kereta OEM sepenuhnya yang lengkap dengan kemudahan penyelidikan dan
pembangunan (R&D) di Asia Tenggara dan telah ditubuhkan dengan tiga
objektif dasar kebangsaan utama, iaitu untuk menerajui pembangunan industri
pembuatan komponen, untuk memperoleh dan meningkatkan kemahiran teknologi dan
perindustrian dalam industri pembuatan otomotif dan untuk mengukuhkan daya
saing antarabangsa dalam keupayaan industri Malaysia.
1985
menandakan satu tahun yang hebat dalam sejarah Malaysia apabila kereta nasional
pertama negara, Proton Saga, dilancarkan untuk rakyat. Sejak itu, ianya
menawarkan ciri yang termasuk kenderaan keluarga empat pintu yang serba boleh dan
boleh dipercayai seperti Saga dan Persona, kereta eksekutif bergaya seperti
Preve, eksekutif elegan D-segmen Perdana serta kenderaan pelbagai guna yang
luas dan berpatutan seperti Exora dan Ertiga . Terdapat juga Suprima S yang
sporty anggun yang penuh dengan prestasi dan Iriz yang berani dan bergaya
daripada menekankan keselamatan dan merupakan kereta kebangsaan ASEAN 5-Bintang
yang paling berpatutan.
PROTON
adalah lebih daripada sekadar sebuah syarikat kereta sebagai permulaannya
sebagai pemacu utama pembangunan negara telah melihat jenama mempercepatkan
proses pembelajaran menerusi pemindahan teknologi dengan perkongsian strategik
dan kerjasama teknikal. Tidak syak lagi bahawa ia telah membantu mengembangkan
ekonomi Malaysia melalui kemajuan dan kejayaan dalam industri automobil.
Dengan
mendengarkan keperluan pelanggan, kereta PROTON kini berada di landasan
mencapai misi untuk masa depan, dengan PROTON ditetapkan untuk menjadi sebuah
marque yang membina kereta berkualiti dan selamat dengan semangat dan jiwa;
kereta yang menyeronokkan untuk pemanduan - dan keselesaan untuk dimiliki.
Untuk maklumat lanjut, layari
http://www.proton.com
Untuk
sebarang pertanyaan sila hubungi:
Bahagian
Kumpulan Komunikasi Koporat, PROTON
- Faisal Shah di hp: 019-321 8897 / tel: 03-8026 9389 / faisalshah@proton.com
- Lim Ai Meedihp: 012-698 9189 / tel: 03-8026 9670 / aimee@proton.com
- Julaiha Jamaldin di hp 011-2885 4300/ tel: 03-8026 9697 / julaiha@proton.com
0 analysis:
Catat Ulasan