Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Selasa, 31 Disember 2013

Jangan Kau Injak-Injak Agama Kami!


Assalamualaikum, Salam 1 Blogger dan Salam 1 Ummah Islam.

Semalam, saya dikejutkan dengan satu post dari Instagram rakan saya mengenai akaun @porkymuhammad

Pada permulaan saya abaikan saja post itu. Setelah itu saya terus tidur. Pada keesokan hari (hari ini) saya bangun dari tidur, saya pergi la terjah ke akaun palsu itu. Saya lihat post dia, follower dia semakin meningkat. 



Follower dia sekarang ni semakin meningkat secara mendadak.
Jadi, Saya dengan ini ingin meminta anda semua membuat laporan (report user) mengenai akaun ini. Menjadi tanggungjawab kita sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W. #KamiSayangNabiMuhammadSAW #MuhammadRasulKu #KamiSayangRasulullah Kepada yang pandai hack² tu, bolehlah hack dan tutup akaun durjana yang menghina #Rasulullah ni.

Untuk pengguna smartphone.

1. 
Mula-mula pergi ke menu yang terletak di sebelah atas kanan anda. Lihat gambar.
2. 
Selepas itu, klik 'Report Inappropriate'. Lihat gambar.
3. 
Setelah itu, akan keluar ini sebagai tanda anda telah pun melaporkannya. Lihat gambar.
Untuk tahu lebih lanjut mengenai cara untuk buat laporan, bolehlah itu langkah ini.

1. 
Mula-mula pergi akaun palsu ini, @porkymuhammadSelepas itu, klik sebelah nama akaun tu, (lihat gambar) dan klik Report User.
2. 
Selepas itu, akan keluar paparan ini.
3. 
Anda boleh pilih jenis aduan / laporan yang nak dibuat.
4. 
Bila dah pilih. Klik link biru di bawahnya. (lihat gambar)
5. 
Setelah itu, paparan seperti gambar ini akan keluar. Dari situ, anda boleh cari atau lihat bagaimana nak buat aduan mengenai akaun palsu dan sebagainya.
Setakat itu dulu entry kali ini. Setakat itu, saya mampu mengajar anda. Semoga akaun palsu yang menghina Nabi Muhammad SAW ini ditutup dan dihapuskan serta pengguna akaun ini diambil tindakan yang sewajarnya. mungkin usaha ini akan dipertikaikan oleh orang lain. Tetapi, Allah SWT jua yang mengetahui sebesar mana atau sekecil mana tindakan yang diambil oleh kita.

Sekian dahulu dari saya. Wasalam.

p/s : Hari 31 Disember 2013. Ada perhimpunan itu la, ini lah. Admin mohon anda supaya tidak terlibat dalam mana-mana perhimpunan. Baik perhimpunan gulingkan atau konsert. Baik duduk rumah, bilik dan asrama berdoa atau solat hajat mohon tahun depan menjadi lebih baik dan sebagainya. Paling kurang pun ulangkaji pelajaran. Lulz~

Ber - Rojak Cendol ABC bersama Mantan Pemudahcara Mahasiswa KK9 2013/2014


Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger.

Baca tajuk dan tengok gambar di atas sudah tentu anda tahu mengenai apa yang akan di tulis atau di catatkan di sini kan? Hehehe.. Betul lah tu..

Sebenarnya dah buntu nak buat apa sebab tu tulis pasal makanan ni. Kisahnya bermula apa bila seorang rakan Pemudahcara Mahasiswa (PM) yang satu lantai (floor) dengan aku ni panggil aku tolong satu benda kat bilik dia. Ingatkan apa? Rupanya, suruh tengok sebab latak belakang poster yang dia buat tu jadi warna hitam putih saja, tak boleh tukar kepada warna. mudah saja sebabnya, dia setting filter kepad Limousity apa ntah, aku tak ingat. Sepatutnya set kepada 'Normal' saja. Ok lah macam tu.

Mula-mula, aku ingat dia nak buat poster untuk projek ke apa ke.. Sekali tengok bila dia dah siap dia ada post dalam group FB 'PM 9th'. Rupanya poster untuk ajak makan cendol. Hahaha.. Gigih betul. Event manager katakan.. Gelak besar aku. Ha, ni poster yang dia buat.

Ok lah. 30 Disember 2013. Pukul 5:15 petang. Nak dijadikan cerita, pada 29 Disember 2013 (Ahad) tu, aku dah ingat 30 hari bulan. Dalam pukul 4:30 petang tu, rakan sebilik aku ada ajak aku pergi makan. 'Lunch-dinner' la katakan. Aku menolak sebab lagi 45 minit aku nak pergi makan cendol tu dengan PM-PM. Dalam pukul 5 petang tu aku pun WhatApps la "Lagi 15 minit lagi" dalam group WhatApps PM. Diaorang tertanya-tanya, kenapa dengan 15 minit lagi tu. Aku dengan yakinnya menjawab "makan cendol la".Sekali salah tarikh pulak. Berlapar la aku sampai malam. Hmm... 
~~~ *_*~~~
Akhirnya 30 Disember 2013 pun tiba. Jadi juga makan cendol. Mula-mula tu ramai juga tertanya-tanya sebab hujan petang tu. dalam pukul 5:30 petang, mula kami bergerak ke 'Rojak Cendol Seksyen 16' atau 'Mee Rojak Shell' atau 'Rojak KFC'. Kenapa namanya begitu banyak? Hehehehe.. Sebabnya, Kedai Lori tu terletak di hadapan Shell, berhampiran dengan KFC yang terletak di Seksyen 16. Pelajar UM kalau tak tahu, tak tahu lah nak kata apa.

Boleh dikatakan 90% lah kehadirannya. Tu dia, kehadiran sangat. Ingat nak letak gambar-gambar. Tapi bila dapat makanan yang dipesan terlupa pula nak tangkap sekeping dua. maklum la bila orang kelaparan mendapat makanan. Hehehe...
~~~ *_*~~~
Rasanya setakat ni la dulu catatan kali ini. Sekadar wujudkan entry dalam blog ini. maklumlah, dah guna .com, jadi, kenalah gunakan sebaiknya.

Ok. Wasalam. Jumpa lagi.

p/s : Dalam dok tulis ni pon, lapar lagi. Makan maggi sejor la... huhuhuhu

Rabu, 13 November 2013

Kalau Aku Kaya


Assalamualaikum.. Dah lama aku tak update blog ni. Hari ini, aku dah tahan dah nak simpan dalam hati dan otak aku ni. Makin berat pulak rasa dia. Jadi aku tulis la dekat sini.

Tajuk tu sebenarnya tak ada la sangat kaitannya. Saja letak tajuk tu.Aku tahu semua yang bernyawa ada masalahnya yang tersendiri. Kucing ada masalah, jerung ada masalah. Masing-masing ada masalah sendiri, masalah dunia, masalah peribadi.

Masalah yang pertama ada masalah dengan seorang pelajar luar negara ni. Sebenarnya tak da la masalah sangat dengan aku, cuma kekadangan aku panas juga la sebab datang Malaysia dan nak tinggal di Malaysia tapi tak mahu belajar budaya di sini. Kalau di Kuala Lumpur tak mahu ikut budaya Malaysia tak apa, tapi bila dah dalam kampung yang penuh dengan adat resam pun dia tak mahu ikut, apa cerita? Sekurang-kurangnya hormat sikit.. Kan? Sebenarnya ni cerita kawan aku dengan pelajar luar negara itu saja, cuma aku sengaja jadikan ianya pembuka cerita.

Masalah yang kedua, aku cukup pantang bila ada seorang p*&@$#&^h yang berbangsa selain Islam mengeluarkan satu kenyataan seperti ini, "Sekarang ni pun Mak Yong dan Wayang Kulit dah nak terhapus / hilang disebabkan nak jadikan negara Islam". Hey! Kalau ya pon tolong la hormat kepada agama lain. Tak usah la nak main sentimen agama dalam pengajaran yang sepatutnya. Dia hanya fikir orang perlu dan mesti hormat kepada dia. Hormat orang dia tak fikir. Masalah dia saja yang dia tahu, masalah orang dia tak nak ambik tahu. Hmmm..

Ok. Mungkin masalah ini ada kaitannya dengannya tajuk di atas. Ok. Masalahnya bermula begini.

"Saya nak minggu lagi satu kamu semua dah ada k&^$%m yang akan digunakan semasa p@^%$#!*&n itu nanti. Saya tak mahu tahu apa cara kamu nak dapatkan, apa masalahnya. Yang saya nak tahu adalah ada."

Memang aku sedar dunia ini tak seperti apa yang kita nak, tak seperti apa yang kita harapkan. Kalau masa yang diberi itu cukup untuk aku kumpulkan duit tak apa, ini hanya dalam masa seminggu lebih sikit sahaja aku perlu carai bendaalah tu, memang tak la jawabnya. 

Nak minta duit daripada mak & abah? Ha memang lagi la tidak! Sebab bukan sebab mereka tak akan bagi, tapi aku dah lama tak minta duit daripada mereka. Bukan nak tunjuk baik ka apa. Cuma aku sedar yang aku ini seorang anak sulung. Sekarang umur aku dah 21 tahun. Aku dah boleh berfikir, apa nilai aku sebagai seorang anak dah berumur 21 tahun tapi masih lagi tak dapat bagi apa2 kpd mereka. sekurang-kurangnya kita dah berhenti meminta drpd mereka pun cukup lah. Aku minta maaf kalau ayat-ayat aku kat sini buat anda semua terasa. Aku cuma sedar yang aku bukanlah anak orang kaya dan kalau anak orang kaya sekali pun, itu kekayaan mereka, bukan kekayaan kita. 

p/s : Apa yang aku tulis kat atas hanyalah sekarang luahan hati yang tiada tempat untuk diluahkan.

Isnin, 21 Oktober 2013

Beberapa Fungsi Facebook Bermasalah Hari Ini.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Malam ni aku alami beberapa masalah untuk kemaskini status, muat naik gambar, komen, like dan sebagainya. Sebenarnya boleh dikatakan semua fungsi kecuali log masuk.
Semua ini berlaku di Facebook. Mula-mula ingatkan talian yang perlahan tapi rupanya pengguna Facebook yang lain juga mengalami perkara yang sama. Nah. Tengok ini.



Sebenarnya aku tak kisah pun sama ada boleh atau tak. Sebab aku pun bukannya aktif sangat di Facebook ni.
p/s : Hal ini menunjukkan pengguna Facebook berhenti sebentar supaya berinteraksi dengan dunia luar pula. Realiti. Twitter aje la...

Isnin, 14 Oktober 2013

Kisah Takbir Raya


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sempena Hari Raya Idul Adha ni, sy nk kongsi sikit secebis perasaan.

Kadang kala saya terfikir tentang cara kita bertakbir raya. Di Malaysia, bila saja takbir raya, pasti mendayu-dayu. Sepatutnya, kita perlu bersemangat dalam bertakbir raya ini. Sebelum kita pergi lebih lanjut, mari kita teropong sejarah takbir raya ni di SINI


Kalau kita boleh bertakbir seperti ini pon ok juga.



Ahad, 13 Oktober 2013

Kekadang Aku Rasa Terkilan

Hmmm... Dengar tentang tajuk tu, pasti korang semua akan tetanya apa yg membuat aku terkilan. Tapi sebelum aku ceritakan tntng apa hal nya, aku terangkn dulu maksud 'Terkilan'. Mksudnya ini.
Terkilan adalah :
"Berasa kesal atau berasa tidak senang hati kerana hajat (keinginan dsb) tidak tercapai." (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
"1. terasa tidak senang hati, tersinggung perasaan: sahabat-sahabatnya ~ dgn kelakuannya yg bongkak sekarang; 2. berasa agak kesal atau tidak senang (kerana belum tercapai hajat, keinginan, dsb), terke­lindan, terbuku: aku makan di kedai terasa ~ kalau barang makanan itu tidak dibawa pulang; dia tidak puas dgn nama Ahmad, dia sudah ~ hendak menjadi Haji Ahmad." (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Ok. dh fahamkan apa itu terkilan. Skrg meh kita baca apa yg mmbuat aq terkilan.
  1. Aku minat sangat dengan multimedia, tapi aku hanya dapat kos "Seni Persembahan (Drama)" walaupun x belajar drama. *aku rasa kena tukar jd mcm ni 'Seni Persembahan (Teater)'.
  2. Duit yg dikumpul utk beli laptop semula pasti akan digunakan utk bayar keberengsetan yg menimpa. Cth : Bil telekomunikasi yg xpernah aku guna. Bayar kos2 lain.
  3. Bila aku dah rancang nak pergi mana2 tempat dan aku dah kata dan beritahu nak guna kenderaan tu, tapi ada sj yg guna kenderaan tersebut sehingga perancangan aku itu hancur.
  4. Aku terpaksa pergi ke sesuatu kursus atau majlis yg sia2 atau tak memberi faedah langsung kepada aku tp hanya memberi faedah kepada pihak lain. *Pengajar perlu dengar juga rintihan pelajar, bukan ikut apa saja kemahuannya.
  5. Byk lg lah!!!
Ye! Mmg aku tahu 'Kita hanya merancang, tapi DIA yg tentukan'. 'Kita perlu bersyukur dengan apa yang ita ada sebab ada lagi orang yg kurang bernasib baik seperti kita'. 'Setiap yang berlaku ada hikmahnya'.
Tapi sampai bila? Dah saban tahun aku bersabar. Aku hanya menurut apa yg ditakdirkn. Aku dh tak ada tempat nk mengadu. No body want to here it. No one. But only DIA.

Aku dah penat dengan semua ni. Aku dah tak larat untuk harungi semua ini. Andai takdirku seperti ini selamanya, biarlah aku menjadi gila selamanya.

Sabtu, 31 Ogos 2013

Universiti Malaya (UM) Gabungkan 16 Fakulti Menjadi 6

KUALA LUMPUR : Semua 16 fakulti di Universiti Malaya (UM) akan digabungkan menjadi enam dalam penstrukturan semula besar-besaran yang bakal dilaksanakan, tidak lama lagi.
Naib Canselor UM, Prof Tan Sri Dr Ghauth Jasmon, berkata cadangan penggabungan fakulti itu berdasarkan pengalaman lawatannya ke beberapa universiti dalam kelompok 100 terbaik dunia.

Sumber : Berita Harian, 30 Ogos 2013

Mesti Tonton KL Gangster 2 di pawagam!!!


Memang cerita ini dah sehari keluar tapi rasanya tak basi lagi kot. Aku pun terkejut bila ada berita filem ni (KL Gangster 2) ni dah keluar. Aku ingatkan troll je, rupanya betul. Kesian Syamsul Yusof, dia mesti sedih dan marah. Mana tidaknya, filem KL Gangster 2 yang dibikin dengan kos RM4.5 juta tersebar di internet untuk dimuat turun sebelum waktu tayangan. Agak pelik kan, bagaimana perkara ini boleh terjadi. Ini ternyata membuatkan Syamsul Yusof mengamuk
Daripada maklumbalas di Twitter, memang filem yang dimuat turut adalah filem KL Gangster 2, bukannya tipu. Ini bermakna ada leak yang telah terjadi di kalangan orang-orang yang terlibat dengan filem ini. Hanya mereka sahaja yang ada akses kepada filem KL Gangster 2 buat masa sekarang.


Diharap Syamsul Yusof dan mereka yang terbabit akan segera mengambil tindakan. Takut-takut kerana leak ini, kutipan filem KL Gangster 2 tidak akan sehebat yang dijangkakan. Kena cepat sebelum ia tersebar lebih teruk. Cegah sebelum parah. Semoga jalan penyelesaian dapat dicari.

p/s : Tak gangster la tengok sebelum tarikh tayangan ni. #SokongFilemBagusMalaysia

Sumber : Beautiful Nara

Khamis, 8 Ogos 2013

Konsert Sanggar Lebaran Dato' Siti Nurhaliza

Assalamualaikum, malam ni saya ingin berkongsi beberapa foto semasa berada dalam Konsert Sanggar Lebaran Dato' Siti Nurhaliza. Apakah? Konsert ini ditayangkan pada pukul 9 malam di TV2, 8 Ogos 2013. Hari ni la. Hahaha...

Haa, sebenarnya, konsert ini telah dirakamkan terlebih dahulu pada 15 Mei 2013 di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur jam 8.30 malam. Cuma ditayangkan pada malam ni. 

Teringat lagi masa rakaman tu. Dato' Siti tidak keseorangan, ada lagi rakan artis yang dijemputnya. Antaranya Nabil Raja Lawak, Bell Ngasri dan lain-lain. Satu lagi yang menarik ialah, Dato' Siti menyanyikan lagu raya bersama kakak-kakaknya, Saida dan Saerah.

Antara babak paling kesian aku tengok masa Dato' Siti nak nyanyi lagu apa ntah, aku tak ingat. Yang aku ingat lagu tu, sampai 3 kali kena record. Semua sebab Nabil. Hahaha. Masa nak masuk chorus ja kena buat lain, sebab Dato' Siti tergelak tengok Nabil. Antara lagu yang dinyanyikan oleh Nabil adalah lagu Yunk dan Cari Jodoh - Wali Band.

Semasa rakaman tak boleh guna kamera, tapi lepas tu boleh la, tapi Dato' Siti dah balik awal. Sempat bergambar dengan Nabil saja.





Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


Assalamualaikum...


Sempena Hari Raya Aidilfitri, ingin ku kirimkan ucapan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN". Ku pinta kerana ku akui ada kalanya tersalah kata atau berlaku sengketa. Janganlah disimpan dalam hati. Kemaafan kadang kalanya sukar dilafazkan, namun ada makna dan nilainya dalam liputan satu persahabatan ikhlas.

Insan yang hebat ialah mereka yang mampu memaafkan ketika berkuasa untuk mengalahkan. Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga amalan kita diterima. Kullu 'amen wa antum bi khair. Semoga berada di dalam kebaikan sepanjang tahun. Maaf atas segala kesalahan, kesilapan atau ketelanjuran sama ada yang dizahirkan atau yang disembunyikan.

Biar renggang di fana dunia, biar hina di mata manusia, biar semangat semakin tua, biar harta semakin tiada, biar akal semakin berusia, biar jauh kedudukan kita, biar jurang pangkat kita. Jangan tergadai silaturrahim antara kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DI SINI SAYA INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI andai kata...

TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yang kena mengena

SEMOGA DIMAAFKAN.

Jumaat, 26 Julai 2013

Kembalikan IDM Extension yang tiba-tiba hilang daripada Chrome

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Baru-baru ni ramai yang gelisah sebab Google telah membuang IDM Extension secara automatik dan menghalang kita daripada memasukkan kembali ke dalam Google Chrome. Mesej tersebut akan keluar seperti ini "Google has flagged "IDM Intergration" as malicious and installation has been prevented."
Buka aku saja yang mengalaminya, tetapi ramai pengguna IDM mengalami perkara tersebut. Oleh itu, aku akan ajar macam mana nak kembalikan 'IDM Extension' ke Chrome semula.
Ada cara nak memintas sekatan ini. Caranya mudah sahaja.
  1. Pergi ke folder 'Internet Download Manager' dalam 'Program Files'.
  2. Cari fail 'IDMGCExt.crx' (Ini adalah IDM integration extension untuk Chrome) dan tukarkan .CRX extension kepada .ZIP extension.
  3. Extract kandungan fail tersebut ke dalam satu folder pada desktop (atau di mana saja anda boleh menulis data kerana dalam 'Program Files' anda perlukan keizinan untuk menulisnya) dengan menggunakan WinRar atau 7Zip atau WinZip.
  4. Copy folder yang telah di extract tadi ke dalam folder 'Internet Download Manager' dalam 'Program Files'.
  5. Buka 'page extension' di Google Chrome dan enable kan 'developer mode'.
  6. Klik pada butang 'Load unpacked extension' (atau sesuatu seperti itu), navigasikan ke folder di mana anda telah ekstrak fail 'IDMGCExt' tadi
Untuk lebih faham, tonton video ini. Terima kasih. Selamat mencuba.

Ahad, 21 Julai 2013

Permainan Tahap Serabut

Salam. Tak tahu nak post apa. Jadi post game je la. Sebenarnya, ni game pertama saya buat guna Platformer Game Maker di web Sploder. Nak buat yang lebih expert, tak belajar. Jadi cuba je la ye. Terimas.

Translate This Page