Khamis, 8 Ogos 2013

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin


Assalamualaikum...


Sempena Hari Raya Aidilfitri, ingin ku kirimkan ucapan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN". Ku pinta kerana ku akui ada kalanya tersalah kata atau berlaku sengketa. Janganlah disimpan dalam hati. Kemaafan kadang kalanya sukar dilafazkan, namun ada makna dan nilainya dalam liputan satu persahabatan ikhlas.

Insan yang hebat ialah mereka yang mampu memaafkan ketika berkuasa untuk mengalahkan. Taqabbalallahu minna wa minkum. Semoga amalan kita diterima. Kullu 'amen wa antum bi khair. Semoga berada di dalam kebaikan sepanjang tahun. Maaf atas segala kesalahan, kesilapan atau ketelanjuran sama ada yang dizahirkan atau yang disembunyikan.

Biar renggang di fana dunia, biar hina di mata manusia, biar semangat semakin tua, biar harta semakin tiada, biar akal semakin berusia, biar jauh kedudukan kita, biar jurang pangkat kita. Jangan tergadai silaturrahim antara kita.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
DI SINI SAYA INGIN MEMOHON AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI andai kata...

TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak kena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yang kena mengena

SEMOGA DIMAAFKAN.

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page