Sabtu, 31 Ogos 2013

Mesti Tonton KL Gangster 2 di pawagam!!!


Memang cerita ini dah sehari keluar tapi rasanya tak basi lagi kot. Aku pun terkejut bila ada berita filem ni (KL Gangster 2) ni dah keluar. Aku ingatkan troll je, rupanya betul. Kesian Syamsul Yusof, dia mesti sedih dan marah. Mana tidaknya, filem KL Gangster 2 yang dibikin dengan kos RM4.5 juta tersebar di internet untuk dimuat turun sebelum waktu tayangan. Agak pelik kan, bagaimana perkara ini boleh terjadi. Ini ternyata membuatkan Syamsul Yusof mengamuk
Daripada maklumbalas di Twitter, memang filem yang dimuat turut adalah filem KL Gangster 2, bukannya tipu. Ini bermakna ada leak yang telah terjadi di kalangan orang-orang yang terlibat dengan filem ini. Hanya mereka sahaja yang ada akses kepada filem KL Gangster 2 buat masa sekarang.


Diharap Syamsul Yusof dan mereka yang terbabit akan segera mengambil tindakan. Takut-takut kerana leak ini, kutipan filem KL Gangster 2 tidak akan sehebat yang dijangkakan. Kena cepat sebelum ia tersebar lebih teruk. Cegah sebelum parah. Semoga jalan penyelesaian dapat dicari.

p/s : Tak gangster la tengok sebelum tarikh tayangan ni. #SokongFilemBagusMalaysia

Sumber : Beautiful Nara

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page