Khamis, 8 Ogos 2013

Konsert Sanggar Lebaran Dato' Siti Nurhaliza

Assalamualaikum, malam ni saya ingin berkongsi beberapa foto semasa berada dalam Konsert Sanggar Lebaran Dato' Siti Nurhaliza. Apakah? Konsert ini ditayangkan pada pukul 9 malam di TV2, 8 Ogos 2013. Hari ni la. Hahaha...

Haa, sebenarnya, konsert ini telah dirakamkan terlebih dahulu pada 15 Mei 2013 di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur jam 8.30 malam. Cuma ditayangkan pada malam ni. 

Teringat lagi masa rakaman tu. Dato' Siti tidak keseorangan, ada lagi rakan artis yang dijemputnya. Antaranya Nabil Raja Lawak, Bell Ngasri dan lain-lain. Satu lagi yang menarik ialah, Dato' Siti menyanyikan lagu raya bersama kakak-kakaknya, Saida dan Saerah.

Antara babak paling kesian aku tengok masa Dato' Siti nak nyanyi lagu apa ntah, aku tak ingat. Yang aku ingat lagu tu, sampai 3 kali kena record. Semua sebab Nabil. Hahaha. Masa nak masuk chorus ja kena buat lain, sebab Dato' Siti tergelak tengok Nabil. Antara lagu yang dinyanyikan oleh Nabil adalah lagu Yunk dan Cari Jodoh - Wali Band.

Semasa rakaman tak boleh guna kamera, tapi lepas tu boleh la, tapi Dato' Siti dah balik awal. Sempat bergambar dengan Nabil saja.





0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page