Rabu, 13 November 2013

Kalau Aku Kaya


Assalamualaikum.. Dah lama aku tak update blog ni. Hari ini, aku dah tahan dah nak simpan dalam hati dan otak aku ni. Makin berat pulak rasa dia. Jadi aku tulis la dekat sini.

Tajuk tu sebenarnya tak ada la sangat kaitannya. Saja letak tajuk tu.Aku tahu semua yang bernyawa ada masalahnya yang tersendiri. Kucing ada masalah, jerung ada masalah. Masing-masing ada masalah sendiri, masalah dunia, masalah peribadi.

Masalah yang pertama ada masalah dengan seorang pelajar luar negara ni. Sebenarnya tak da la masalah sangat dengan aku, cuma kekadangan aku panas juga la sebab datang Malaysia dan nak tinggal di Malaysia tapi tak mahu belajar budaya di sini. Kalau di Kuala Lumpur tak mahu ikut budaya Malaysia tak apa, tapi bila dah dalam kampung yang penuh dengan adat resam pun dia tak mahu ikut, apa cerita? Sekurang-kurangnya hormat sikit.. Kan? Sebenarnya ni cerita kawan aku dengan pelajar luar negara itu saja, cuma aku sengaja jadikan ianya pembuka cerita.

Masalah yang kedua, aku cukup pantang bila ada seorang p*&@$#&^h yang berbangsa selain Islam mengeluarkan satu kenyataan seperti ini, "Sekarang ni pun Mak Yong dan Wayang Kulit dah nak terhapus / hilang disebabkan nak jadikan negara Islam". Hey! Kalau ya pon tolong la hormat kepada agama lain. Tak usah la nak main sentimen agama dalam pengajaran yang sepatutnya. Dia hanya fikir orang perlu dan mesti hormat kepada dia. Hormat orang dia tak fikir. Masalah dia saja yang dia tahu, masalah orang dia tak nak ambik tahu. Hmmm..

Ok. Mungkin masalah ini ada kaitannya dengannya tajuk di atas. Ok. Masalahnya bermula begini.

"Saya nak minggu lagi satu kamu semua dah ada k&^$%m yang akan digunakan semasa p@^%$#!*&n itu nanti. Saya tak mahu tahu apa cara kamu nak dapatkan, apa masalahnya. Yang saya nak tahu adalah ada."

Memang aku sedar dunia ini tak seperti apa yang kita nak, tak seperti apa yang kita harapkan. Kalau masa yang diberi itu cukup untuk aku kumpulkan duit tak apa, ini hanya dalam masa seminggu lebih sikit sahaja aku perlu carai bendaalah tu, memang tak la jawabnya. 

Nak minta duit daripada mak & abah? Ha memang lagi la tidak! Sebab bukan sebab mereka tak akan bagi, tapi aku dah lama tak minta duit daripada mereka. Bukan nak tunjuk baik ka apa. Cuma aku sedar yang aku ini seorang anak sulung. Sekarang umur aku dah 21 tahun. Aku dah boleh berfikir, apa nilai aku sebagai seorang anak dah berumur 21 tahun tapi masih lagi tak dapat bagi apa2 kpd mereka. sekurang-kurangnya kita dah berhenti meminta drpd mereka pun cukup lah. Aku minta maaf kalau ayat-ayat aku kat sini buat anda semua terasa. Aku cuma sedar yang aku bukanlah anak orang kaya dan kalau anak orang kaya sekali pun, itu kekayaan mereka, bukan kekayaan kita. 

p/s : Apa yang aku tulis kat atas hanyalah sekarang luahan hati yang tiada tempat untuk diluahkan.

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page