Home »
ARKIB
» Ber - Rojak Cendol ABC bersama Mantan Pemudahcara Mahasiswa KK9 2013/2014
Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger.
Baca tajuk dan tengok gambar di atas sudah tentu anda tahu mengenai apa yang akan di tulis atau di catatkan di sini kan? Hehehe.. Betul lah tu..
Sebenarnya dah buntu nak buat apa sebab tu tulis pasal makanan ni. Kisahnya bermula apa bila seorang rakan Pemudahcara Mahasiswa (PM) yang satu lantai (floor) dengan aku ni panggil aku tolong satu benda kat bilik dia. Ingatkan apa? Rupanya, suruh tengok sebab latak belakang poster yang dia buat tu jadi warna hitam putih saja, tak boleh tukar kepada warna. mudah saja sebabnya, dia setting filter kepad Limousity apa ntah, aku tak ingat. Sepatutnya set kepada 'Normal' saja. Ok lah macam tu.
Mula-mula, aku ingat dia nak buat poster untuk projek ke apa ke.. Sekali tengok bila dia dah siap dia ada post dalam group FB 'PM 9th'. Rupanya poster untuk ajak makan cendol. Hahaha.. Gigih betul. Event manager katakan.. Gelak besar aku. Ha, ni poster yang dia buat.
Ok lah. 30 Disember 2013. Pukul 5:15 petang. Nak dijadikan cerita, pada 29 Disember 2013 (Ahad) tu, aku dah ingat 30 hari bulan. Dalam pukul 4:30 petang tu, rakan sebilik aku ada ajak aku pergi makan. 'Lunch-dinner' la katakan. Aku menolak sebab lagi 45 minit aku nak pergi makan cendol tu dengan PM-PM. Dalam pukul 5 petang tu aku pun WhatApps la "Lagi 15 minit lagi" dalam group WhatApps PM. Diaorang tertanya-tanya, kenapa dengan 15 minit lagi tu. Aku dengan yakinnya menjawab "makan cendol la".Sekali salah tarikh pulak. Berlapar la aku sampai malam. Hmm...
~~~ *_*~~~
Akhirnya 30 Disember 2013 pun tiba. Jadi juga makan cendol. Mula-mula tu ramai juga tertanya-tanya sebab hujan petang tu. dalam pukul 5:30 petang, mula kami bergerak ke 'Rojak Cendol Seksyen 16' atau 'Mee Rojak Shell' atau 'Rojak KFC'. Kenapa namanya begitu banyak? Hehehehe.. Sebabnya, Kedai Lori tu terletak di hadapan Shell, berhampiran dengan KFC yang terletak di Seksyen 16. Pelajar UM kalau tak tahu, tak tahu lah nak kata apa.
Boleh dikatakan 90% lah kehadirannya. Tu dia, kehadiran sangat. Ingat nak letak gambar-gambar. Tapi bila dapat makanan yang dipesan terlupa pula nak tangkap sekeping dua. maklum la bila orang kelaparan mendapat makanan. Hehehe...
~~~ *_*~~~
Rasanya setakat ni la dulu catatan kali ini. Sekadar wujudkan entry dalam blog ini. maklumlah, dah guna .com, jadi, kenalah gunakan sebaiknya.
Ok. Wasalam. Jumpa lagi.
p/s : Dalam dok tulis ni pon, lapar lagi. Makan maggi sejor la... huhuhuhu
0 analysis:
Catat Ulasan