AMAR (kanan) ketika dalam latihan teater Perempuan Politikus Melayu di Pusat Kebudayaan Universiti Malaya baru-baru ini. |
Selasa, 23 Disember 2014
[BERITA] Amar bosan dengan watak sama
Sabtu, 20 Disember 2014
[BERITA] Rencah unik Perempuan Politikus Melayu
Sebahagian daripada pelajar Jabatan Drama UM yang membintangi teater PPM semangat untuk pementasan unik tersebut. |
Jumaat, 19 Disember 2014
[BERITA] Jadi penyiasat 'halimunan' dalam 'Perempuan Politikus Melayu'
Kisah Datuk Zuri dalam teater Perempuan Politikus Melayu menjadi tarikan dalam jalan cerita. - Foto Astro AWANI/HAMZAH HAMID |
Lakonan di ruang terbuka: Bantulah watak Irfan (tengah) yang berusaha membuka helaian cerita dalam misi pembongkarannya. - Foto Astro AWANI/HAMZAH HAMID |
Warung Pak Ajis dan Mak Kiah menjadi magnet penduduk Kampung Jentayu berkumpul untuk mendengar gosip. - Foto Astro AWANI/HAMZAH HAMID |
Salah satu adegan penting melibatkan watak Jenny yang berlangsung dalam sebuah kamar di tingkat dua banglo. - Foto Astro AWANI/HAMZAH HAMID |
Dedikasi dan kesungguhan para pelakon serta tenaga produksi teater Perempuan Politikus Melayu ternyata diuji dari pelbagai aspek. - Foto Astro AWANI/HAMZAH HAMID |
Isnin, 15 Disember 2014
[BERITA] Teater Perempuan Politikus Melayu tampil konsep unik
Sabtu, 13 Disember 2014
[BERITA] Teater unik Perempuan Politikus Melayu libatkan penonton dalam adegan
Barisan pelakon yang menjayakan teater Perempuan Politikus Melayu sedang giat menjalani latihan. |
Para pelakon bersama pengarah giat menjalani latihan untuk menjayakan teater Perempuan Politikus Melayu yang bakal dipentaskan pada 19-21 Disember ini. |
Rumah banglo ini bakal menjadi lokasi pementasan teater Perempuan Politikus Melayu. |
Isnin, 27 Oktober 2014
[PUISI] Tak Perlu
Tak
Perlu
Pincang suasana
Susah menyusahkan
Selamat tidak kelihatan
Lebih buruk melihat keadaan
Pusing geliga menjana memikiran
Fikir alasan sebenarnya akibat
Susun acara juga aktiviti
Musnah juga hancur kerana itu
Akibatnya tempias ke semua
Hanya fikir tekak sendiri
Lupa atau sengaja mencari bahana
Banding dibuat dengan tak sekufu
Marah dan hilang sabar
Sengaja mencabar
Melawan tanpa rujuk dasar
Seronok pulang awal sangkut sesak
Tiba destinasi seperti biasa
Bukan mengeluh bukan menyalahkan
Kesal tak patut dilakukan
Kerja lain tidak selesai
Mencari kerja yang tidak relevan
Keluh kesah
Keluhan rasa
Langgar sana langgar sini
Buka jalan mencari salah
Bermula dari api perjuangan peribadi
Akhirnya memakan diri
Adli Shinichi
5:15 petang, 27 Oktober 2014
Owl & Pussycat Cafe, Kompleks
Perdanasiswa, Universiti Malaya.
[PUISI] Perancangan
Perancangan
Rancang
Rencana
Semua perlu teliti
Dalam menjalani hari
Menuju sebuah destinasi
Hidup
Terus mencari
Untuk mengenal erti
Yang tidak pasti
Ilmu
Mencari dalam perlu
Memberi dalam mencari
Tanpanya hanyut
Tersasar
Penting juga perlu dalam kehidupan
Adli Shinichi
2 petang, 27 Oktober 2014
BK1, Pusat Kebudayaan, Universiti
Malaya.
Jumaat, 24 Oktober 2014
Maal Hijrah 1436 H : Perpaduan Nadi Transformasi Negara
Wakil PMUM dituduh cemar imej universiti
Ahad, 19 Oktober 2014
[BERITA] Bengkel Teater MAKUM 2014
Bengkel Festival Teater Majlis Kebudayaan
Universiti-Universiti Malaysia (MAKUM) 2014 telah diadakan pada 11 hingga 15
Ogos 2014 yang lalu. Bengkel ini dianjurkan oleh Seksyen Kesenian & Kreatif
Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) Universiti Malaya dengan kerjasama MAKUM.
Bengkel ini diadakan di sekitar Dewan Perdana 1, Gazebo dan sekitar Kompleks
Perdanasiswa Universiti Malaya.
Sebanyak 13 IPTA telah menghantar penyertaan.
Jumlah keseluruhan peserta seramai 36 orang yang terdiri dari UiTM, UUM, USIM,
UPNM, UMK, UTHM, UMT, UPSI, UKM, UMP, UNISZA dan UM. Semasa bengkel ini,
peserta didedahkan dengan Teknik Asas Lakon, Pemilihan Skrip, Olah Tubuh,
Latihan Vokal, Watak & Perwatakan, Psikologi Watak dan pelbagai lagi ilmu
yang berkaitan teater.
Tenaga pengajar yang diundang khas ialah Encik
Ismail Kassan dan Encik Lokman Ghani selain dibantu oleh Encik Mohd Rashid.
Selain itu, bengkel ini turut diuruskan oleh empat orang sekretariat pelajar
yang terdiri daripada tiga orang pelajar Universiti Malaya dan seorang pelajar
praktikal dari UTHM.
Bengkel Festival Teater MAKUM ini ditutup
dengan Majlis Penutup yang dirasmikan oleh TBhg Prof Datuk Dr Rohana Yusof,
Timbalan Naib Canselor HEPA Universiti Malaya. Dalam ucapan perasmiannya,
beliau berharap bengkel ini dapat disemarakkan sebagai satu aktiviti warga kampus agar dapat melahirkan mahasiswa/i
yang celik seni kerana minat dan kecenderungan terhadap kesenian adalah sesuatu
yang naluriah. Sambung beliau lagi, dengan adanya bengkel seperti ini, semua
warga IPT khususnya para peserta dan pihak MAKUM mempunyai kefahaman, tanggapan
dan memberi sambutan positif terhadap kegiatan teater dan drama sebagai satu
kegiatan ilmu dan riadah yang melahirkan budaya dan perdaban bangsa yang bertamadun,
berilmu dan berdaulat.
Disediakan oleh : Muhammad Adli Bin Badrudin
Selasa, 7 Oktober 2014
[PUISI] Ku Akur
Ku
Akur
Hidup itu satu perjalanan
Ditempuh berbeza haluan
Berliku jalan perlu ditahan
Untuk mendapat redha Tuhan
Perjalanan yang kulalui
Peristiwa lama menghantui
Pedoman baru kini ku cari
Peneman duka dikamar hati
Pengubat rindu agar tidak mati
Pengisi sunyi lagi sepi
Kini aku akur dengan ketentuan
Hidup bukan satu mainan
Banyak rintangan juga cabaran
Buatku kembali kepada pegangan
Cabaran dugaan ku tempuhi jua
Ilmu berguna penguat jiwa
Aku akur aku pelakon di pentas dunia
Adli Shinichi
5:06 pm, 7 Oktober 2014
BK2, Pusat Kebudayaan, Universiti
Malaya.
Rabu, 3 September 2014
10 Masjid Tercantik Di Dunia
Ahad, 31 Ogos 2014
[PUISI] #31Ogos2014 - Erti
Erti
(Sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-57)
Lahirmu lebih awal
daripadaku
Hidupmu lebih lama
daripadaku
Jasamu lebih banyak
berbandingku
Pengorbananmu
menandingiku
Ramai yang mengingati
tarikh lahirmu
Ramai juga yang hanya
meningati tarikh
Ramai yang mampu
mengerti
Ramai juga yang tidak
kenal dirimu
Perjuangan demi kamu
terlalu perit
Pengorbanan yang
dibuat terlalu jerih
Penantian demi
penantian
Peperangan demi
peperangan
Kebebasan
Kegembiraan
Kedamaian
Lalui dengan penuh
penghayatan
Terokai dengan penuh
mengertian
Kerana
Di sini lahirnya
sebuah cinta
Adli Shinichi
10:30 pagi, 31 Ogos
2014
Blok Sri Bakawali
Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin, Universiti Malaya
Selasa, 26 Ogos 2014
#BetulKeBohong - 27 Ogos 2014 Fenomena Bulan Jadi Dua?
Pada 27 Ogos 2014 akan ada dua bulan. Seluruh dunia sedang menunggu untuk itu. Pada hari ini Marikh akan menjadi sangat terang seperti bulan dan semua orang boleh melihatnya dengan mata kasar. Hari ini ia akan menjadi 34.65 M Miles dari bumi. Pada hari ini jangan lupa untuk melihat ini pada jam 12.30 malam. Kerana anda akan melihat dua bulan di langit. Peristiwa ini akan berlaku lagi pada tahun 2287. Sila berkongsi ini dengan semua. Oleh kerana orang-orang yang hidup sekarang tidak boleh melihatnya kali kedua pada tahun 2287.
Kita ambil penyelesaian yang mudah, Hari ini malam 27 Ogos 2014.
26 Ogos 2014 bersamaan 30 Syawal 1435
27 Ogos 2014 bersamaan 1 Zulkaedah 1435
Hari terakhir bulan Syawal. Dan esok hari pertama Zulkaedah. Jadi ketika ini bulan adalah 'anak bulan'. Mana nak datangnya bulan purnama atau bulan penuh di langit.
Jangan hanya ambil tahu bulan-bulan Islam sewaktu bulan Ramadan sebab dan puasa dan bulan Syawal sebab nak raya sahaja. Macam mana nak tengok kononnya pada jam 12:30 malam? Fikir-fikirkan~
Ini merupakan penafian daripada ANGKASA
KUALA LUMPUR - Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) hari ini menafikan dakwaan kononnya planet Marikh akan membesar seperti bulan dan kemunculan bulan berkembar pada Rabu depan (27 Ogos), seperti yang tersebar di laman sosial dan khidmat pesanan ringkas.Menurut kenyataan ANGKASA, jarak planet Marikh adalah stabil pada orbitnya pada malam berkenaan iaitu 201.69 juta kilometer atau 125.28 juta batu dari bumi, dan bukannya 34.65 juta batu seperti yang telah disebarkan itu.Pada jarak itu, planet Marikh hanya akan kelihatan seperti sebuah bintang merah di langit malam dan ia akan terbenam sekitar jam 12 tengah malam, dan oleh yang demikian ia tidak lagi kelihatan selepas daripada waktu itu.Bulan pada malam itu berada pada fasa anak bulan dan bukannya bulan penuh.Bulan juga akan terbenam awal pada hari tersebut iaitu sekitar 8.30 malam dan ia tidak lagi kelihatan pada 12 malam seperti yang digembar-gemburkan. - BERNAMA
SIARAN MEDIAPENAFIAN BERKENAAN MARIKH MENJADI SEBESAR BULAN DAN BULAN BERKEMBARPihak Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan ini menafikan mesej-mesej di laman sosial dan juga pesanan ringkas yang mula tersebar berkenaan dengan kemunculan Bulan Berkembar dan juga Planet Marikh akan membesar seperti Bulan pada 27 Ogos 2014 ini.Ia merupakan mesej lama yang telah tersebar sejak tahun 2003 lagi. Adalah dimaklumkan bahawa jarak planet Marikh adalah stabil pada orbitnya pada malam berkenaan adalah 201.69 juta kilometer atau 125.28 juta batu dari Bumi, dan bukannya 34.65 juta batu seperti yang dikhabarkan. Pada jarak ini, Marikh hanya akan kelihatan seperti sebuah bintang merah di langit malam. Marikh juga akan terbenam sekitar jam 12 tengah malam dan oleh yang demikian ia tidak lagi kelihatan selepas daripada waktu itu.Manakala bagi keterangan berkenaan dengan Bulan berkembar dan juga gambar yang diolah semula itu, adalah jauh dari kebenaran. Seperti yang kita sedia maklum, Bumi hanya mempunyai sebuah satelit semulajadi iaitu Bulan yang sentiasa dapat kita lihat. Untuk makluman juga, Bulan pada malam tersebut berada pada fasa bulan pada hari berkenaan, 27 Ogos 2014 adalah pada fasa anak Bulan dan bukannya Bulan penuh seperti yang dinyatakan dalam mesej-mesej tersebut. Bulan juga akan terbenam awal pada hari tersebut iaitu sekitar 8:30 malam dan ianya tidak lagi kelihatan pada jam 12 tengah malam seperti yang ditulis dalam rantaian mesej berkenaan. Fasa bulan penuh yang terdekat adalah pada 11 Ogos 2014 dan 9 September 2014.Menambah kepada dua fenomena yang palsu ini adalah yang mana ia hanya akan berlaku lagi pada tahun 2287. Fenomena ini adalah tidak benar sama sekali dan tidak akan berlaku, jauh sekali untuk berulang pada masa akan datang. Kelemahan helah ini adalah kepada ketiadaan sumber penulis dan rujukan dari hasil penulisannya. Dan masyarakat Malaysia harus lebih bijak dalam menyampaikan berita dan juga mencari kesahihannya sebelum memanjang-manjangkan berita palsu seperti ini.
Di sini admin pautkan juga informasi yang boleh kita baca dan berfikir.
AL-HUJURAAT: Ayat : 6 |
Isnin, 25 Ogos 2014
Whatsapp+ PLUS + MOD Hide Online Status
- Muat turun dulu sini Whatsapp+MOD (sehingga selesai)
- Pergi ke setting Whatsapp yang lama, cari Chat setting ambil tekan backup 2 hingga 3 kali.
- Selepas itu, uninstall Whatsapp lama.
- Pergi ke Whatsapp yang dimuat turun tadi dan install .apk tersebut.
- Ikut arahan selepas install.
- Whatsapp anda akan bertukar menjadi Whatsapp+ berwarna biru daripada warna hijau.
- Banyak emoticon baru.
- Boleh hantar muzik.
- Boleh tukar layout WhatsApp (unique) berbanding WhatsApp biasa.
- Hantar fail saiz lebih besar sehingga 50MB.
- Chat lama boleh restore balik, jadi tak ada isu kata rekod chat lama hilang.
Tema : GreenYellow --> Download
----------------------------------------------------
HOW TO INSTALL WHATSAPP PLUS
- Go to Option Settings > Chat Settings > Backup conversations
- Remove any WhatsApp on your Phone
- Download and install the New Version WhatsApp Plus with emphasis on activating the restore option during the installation process
Advantages: -
- Many new emoticons.
- Can send music.
- Can change the layout of WhatsApp (unique) than normal WhatsApp.
- Send larger files sizes up to 50MB.
- Can restore old chat back, so there is no issue of said old chat record gone.
Isnin, 4 Ogos 2014
[PUISI] #4Ogos - Angka Bermaksud
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih dikurniakan umur yang panjang. Semoga melangkah ke usia ini membuat aku menjadi lebih matang dari segi mental, emosi dan minda. Biarlah fizikal nampak tidak matang, tetapi yang lainnya matang. Aamiin~
Oleh itu, ku karang sebuah sajak buat tatapan semua sempena hari ulangtahun kelahiranku yang ke-22. Sengaja aku sembunyikan tarikh ini daripada khalayak ramai kerana aku ingin lihat siapa yang ingat. Hehehe~
Angka Bermaksud
Oleh itu, ku karang sebuah sajak buat tatapan semua sempena hari ulangtahun kelahiranku yang ke-22. Sengaja aku sembunyikan tarikh ini daripada khalayak ramai kerana aku ingin lihat siapa yang ingat. Hehehe~
Angka Bermaksud
(Sempena
Ulangtahun Kelahiranku yang ke-22 pada 4 Ogos)
Dia amat rapat dengan kita
Dia amat rapat dengan kita
Dia sentiasa ada bersama kita
Dia bergerak seiring dengan kita
Dia hidup sejak lahirnya kita
Dahulu kita sering melupakannya
Dahulu kita sering melupakannya
Kita tidak pernah peduli tentangnya
Biarpun terlalu rapat kita tidak
mengendahkannya
Kita mudah alpa tanpa mengingatinya
Selalu menjadi ingatan
Selalu menjadi ingatan
Kerap kali lahir rasa gembira
Jarang sekali terlupa jika bermakna
Kadang kala mengukir duka lara
Begitu...
Begitu...
Pentingnya dia kepada kita
Berharganya dia kepada kita
Gunalah dia sebaiknya
Kerana dialah Sang Usia
Adli Shinichi
Adli Shinichi
2:46 petang, 4 Ogos 2014 bersamaan 8 Syawal
1435
Pusat Budaya dan Seni, Universiti Utara
Malaysia