Jumaat, 4 Disember 2015
[BERITA] Tambo Keramat: Angkat superhero Melayu
Sabtu, 14 November 2015
Anugerah Yang Diamanahkan
Nama Penuh : Muhammad Adli Bin Badrudin
Umur : 23 tahun
Nama Samaran : Adli Shinichi
Jurusan Dan Fakulti : Seni Persembahan (Drama) Pusat Kebudayaan
Motto Hidup : Rezeki datang dari tempat yang tak
disangka-sangka
Faktor Kejayaan : Mak Abah
Kenangan Manis Sepanjang
Berada Di KK9 :
Mempunyai banyak keluarga
dari pelbagai latar belakang
Ucapan / Harapan Kpd Kolej
:
Saya ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pengurusan KK9 kerana sudi menerima saya dalam
keluarga besar KK9. Sepanjang saya di KK9, saya berasa sangat beruntung dengan
kerjasama yang diberikan oleh semua ahli keluarga ini. Saya harap, KK9 akan
melahirkan lebih ramai lagi insan yang berguna pada masa akan datang. Semoga
KK9 menjadi sebuah rumah yang disayangi.
Cerita Sedikit Tentang
Perasaan Apabila Memenangi Anugerah Tersebut :
Pertamanya,
bersyukur kepada Allah atas pemberian ini. Saya sendiri tidak pasti sama ada
untuk gembira atau sedih dengan anugerah yang diterima ini kerana setiap
anugerah yang diterima itu ialah satu amanah yang dipertanggungjawabkan. Pada
saya masih ramai yang layak untuk menerima anugerah ini berbanding saya. Tetapi
saya berpegang kepada motto hidup saya, rezeki datang dari tempat yang tidak
disangka-sangka. Berkat doa mak abah, keluarga, sahabat handai dan kenalan yang
membawa saya ke tempat saya berapa sekarang. Saya dedikasikan anugerah ini
kepada keluarga Boria Sri 9, TITIAN 9 (Teater & Puisi), Nasyid Suara
Gemilang dan beberapa lagi keluarga di KK9. Tanpa mereka saya tidak kemana.
Terima kasih kepada pihak pengurusan yang memberi anugerah ini kepada saya.
Dengan rendah hati saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang
terlibat dalam kejayaan saya sepanjang saya berada di KK9 secara langsung
mahupun tidak langsung. 9th College!!! Power!!! Yeah!!!
PENCAPAIAN FESENI
1. 2012/2013
KARVITER
-
Anugerah Khas Juri
NASYID
-
Tempat Ke-4
MANIFESTASI PUISI
-
Tempat Ke-3
2. 2013/2014
KARVITER
-
Pelakon Lelaki Terbaik
-
Johan
NASYID
-
Akhir
MANIFESTASI PUISI
-
Tempat Ke-5
NYANYIAN SOLO BM (Penari Latar)
-
Tempat Ke-3
BORIA
-
Tempat Ke-4
3. 2014/2015
KARVITER
-
Naib Johan
BORIA
-
Johan
-
Sketsa Terbaik
MANIFESTASI PUISI
-
Akhir
NASYID (Unit Lighting)
-
ANUGERAH PERNAH DITERIMA
1.
2012/2013
-
Anugerah Kesenian Harapan,
Malam Perdana Sembilan (MPS) Fasa 1
2.
2013/2014
-
Anugerah Kesenian, Malam
Perdana Sembilan (MPS) Fasa 1
3.
2014/2015
-
PENGLIBATAN PROJEK KOLEJ
1.
2012/2013
-
Jawatankuasa Biro Makanan
Projek Sri Tanjung D’Lite 9 (STD9)
-
Jawatankuasa Projek Khidmat
Siswa 9 (Anak Angkat 9)
-
Pengacara Majlis Perasmian
Projek Masih Ada Yang Sayang (MAYS)
-
Pengacara Majlis Penutup
Projek Pesta Hari Terbuka 9 (PHT)
-
Pengacara Majlis Penutup
Projek Family Day 9
-
Pelakon Gimik Perasmian
Malam Perdana Sembilan (MPS) Fasa 2
2.
2013/2014
-
Pemudahcara Mahasiswa
Minggu Haluan Siswa (MHS) 2013/2014
-
Pelakon Gimik Perasmian
Malam Perdana Sembilan Fasa 2
-
Biro Publisiti Projek Sri
Tanjung D’Lite 9 (STD9)
-
Biro Publisiti Projek
Inspirasi Cahaya Islam (ICI)
-
Biro Publisiti Projek
Khidmat Siswa 9 (KSis9)
-
Mewakili kolej dalam acara
5000 meter Berjalan Kaki Lelaki Akhir Sukan Mahasiswa Universiti Malaya
(SUKMUM) 2014
3.
2014/2015
-
Jurulatih Puisi sempena
Pertandingan Manifestasi Puisi Minggu Haluan Siswa Sesi 2014/2015
-
Biro Protokol Projek Minggu
Mesra Pelajar (MMP)
-
Biro Publisiti Projek Sri
Tanjung D’Lite 9 (STD9)
-
Penolong Pengarah Publisiti
Projek 9th Open Paintball Challenge
-
Penolong Pengarah Publisiti
Projek Inspirasi Cahaya Islam (ICI)
Ahad, 25 Oktober 2015
[BERITA] GUGURNYA KOPIAH PUTIH – TEATER ALTERNATIF DAN PEMBAWAAN TEMA BESAR
Sumber : Daily Seni
by ANAK DAGANG
OCTOBER 24, 2015
Teater yang diberi nama Gugurnya Kopiah Putih bakal dipersembahkan pada 30hb Oktober akan datang di Panggung Eksperimen yang terletak di Universiti Malaya. Teater ini merupakan hasil pemahaman sang pengarah, Syahrul Fithri Musa mengenai apa itu teater alternatif.
Alternatif tidak akan terhasil tanpa kewujudan suatu keadaan atau definisi yang telah diterima pakai oleh kebanyakan orang. Jadi kesinambungan pergelutan di antara keadaan arus perdana dan alternatif itu bakal berlangsung dan terus terhasil tanpa henti. Di waktu ini, teater Gugurnya Kopiah Putih ini adalah sabda para penggiat teater yang membawa citra alternatif.
Jadi apa yang sebenarnya membezakan teater yang dipanggil alternatif ini jika dibandingkan dengan kewujudan teater selama ini? Pertama, dari segi penggunaan prop dan juga para pelakon yang minimal.
Kedua, dari segi penggunaan ruang yang terbatas. Kebanyakan teater alternatif yang telah berlangsung (sebelum ini selalunya diadakan di Stor DBP sebelum tutup untuk di baik pulih) berjaya menggunakan ruang yang terbatas ini dengan sebaik mungkin. Ada sahaja yang tetap menggunakan landasan teater alternatif atas nama prinsip, menjaga kreativiti dan keaslian tema tanpa dicabuli oleh mana-mana pihak yang ingin menggunakannya demi kebaikan yang jarang dipersetujui oleh penggiat teater itu sendiri.
Ketiga, cabaran dan kebebasan untuk membawa tema yang besar. Menariknya di sini adalah bagaimana dengan kurangnya penggunaan prop dan para pelakon, sesuatu tema atau falsafah di sebalik persembahan itu mampu menjangkaui batas-batas yang ada.
Gugurnya Kopiah Putih melibatkan empat pelakon, Anas Ridzuan, Fathi Shafie, Qawiem Hamizan, Aliah Hisamudin, Fazira Malik dan turut juga menampilkan Fazleena & The Lasykar. Persembahan ini mengisahkan tentang Hamas, watak utama yang bergelut dengan emosi baru yang mulai membuak, sebagai anak muda yang membesar di sekolah agama dan berhadapan dengan masalah pertembungan watak-watak yang tidak disenangi olehnya. Dan dari situ juga yang turut jelas terlihat adalah pergelutan moral yang sedikit sebanyak dipengaruhi oleh keadaan beragama.
Hamas
Menurut pendapat saya, salah satu persoalan yang bakal timbul adalah tentang moral dualistik yang wujud pada watak-watak yang ada, apakah keadaan beragama yang wujud pada zaman ini masih boleh menyelamatkan seseorang individu itu daripada tumbangnya pertimbangan moralnya? Adakah agama itu sendiri, pada era moden ini terasing daripada pergelutan moral kita?
Masih wujudkah ruang agama sebagai agama yang menyeluruh, mampu mengelakkan kita daripada terjunam ke lembah ekstremisme yang jelas sekali mulai berkembang sekarang? Apakah pendekatan-pendekatan yang mampu membimbing anak muda, yang berada dalam konfrontasi dengan isu-isu struktural seperti kes buli; tentang konsep kehormatan secara vertikal yang telah memupuk budaya penindasan dan bagaimana ianya memberi ruang kepada bentuk-bentuk eskapisme yang selalunya tidak ke arah positif.
Mungkin ini bukanlah persoalan utama yang bakal dinyatakan, tetapi tetap tidak dapat kita nafikan bahawa persoalan beragama itu sendiri merupakan persoalan yang utama, walaupun di mana pun posisi kita mengenainya.
Teater alternatif ini membawa persoalan yang jarang dipertanyakan oleh kita semua. Ataupun ianya sendiri sudah jelas, tetapi secara sengajanya kita semua mengalihkan sendiri persoalan-persoalan seperti ini. Dengan harapan yang besar, perkembangan teater alternatif, yang bermain dengan kemudahan yang terbatas mampu pada akhirnya mengungkapkan persoalan yang besar. Berani mempersoalkan segala isu yang membelenggu kewujudan kita selama ini.
Segala info mengenai teater ini boleh didapati menerusi laman web Facebooknya.
Event : http://www.facebook.com/events/964314243631026/
Page : http://www.facebook.com/gugurnyakopiahputih2015
Rabu, 21 Oktober 2015
Hari Konvokesyen Adli Shinichi
Terima kasih setinggi-tinggi langit dan sebanyak-banyak bintang kepada mereka yang pernah terlibat dalam kehidupan saya.Posted by Adli Shinichi Kun on Friday, October 23, 2015
Selasa, 4 Ogos 2015
[PUISI] Langkah
LANGKAH (Sempena Hari Ulang Tahun Kelahiranku yang ke-23 pada 4 Ogos 1992)
Roh itu
suci
Hantar
kemari
Huni satu
jasad berhati
Punya
semangat untuk berdiri
Satu
langkah bermula
Tiada
berpaling semula
Terus
membuka mata
Gagahi diri
meneroka
Langkah itu
berat
Diatur agar
tidak salah
Difikir
agar tidak terpesong
Dicari agar
dapat kembali
Langkah
tiada terkira
Gila jika
mengira
Hanya
ditoleh untuk introspeksi
Bila diri
dikhianati
Nafsu dan aspirasi
Langkah
suci dijaga sukar
Dilupa
pudar
Digilap
mekar
Langkah
sayu
Langkah
pilu
Langkah
yang tiada perlu
Kuat
Teguh
Tabah
Langkah dan
terus melangkah
Adli
Shinichi
8:45 malam, 4 Ogos 2015
ETS : Arau – KL Sentral, KTMB.
Terima kasih Allah, Abah, Mak kerana melahirkan aku ke dunia ini. Sebenarnya nak upload semalam, tapi sengaja nelambatkan kerana mahu tahu siapa yang ingat tarikh lahir aku. Terima kasih kepada keluarga yang semestinya ingat tarikh kelahiran itu. Terima kasih kepada dua orang kenalan yang memberi ucapan kelahiran dan ingatan.
#BelatedBirthday #Wishes #Birthday #Turn23 #Thankful #AdliTurn23#OldPic #ChilHood #ChilHoodMemories #Actor #Model #Editor #SingleButNotAvailable
Jumaat, 31 Julai 2015
Siapa Yang Berfikiran Sempit? Azalina atau LPF?
KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menegur pihak di Lembaga Penapisan Filem (LPF) agar tidak berfikiran sempit dan perlu mengkaji semula garis panduan penapisan bagi penerbitan drama atau filem.
Azalina yang sebelum ini Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) berkata, isu mengenai adegan pasangan bercinta berpegangan tangan atau berpelukan tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia sekadar lakonan yang tidak mengundang maksiat terhadap penonton.
"Isu ini dah jadi agak merepek kerana sesebuah drama atau filem merupakan industri kreatif dan apa yang dipaparkan di televisyen adalah sebuah lakonan.
"Kalau nak cakap babak-babak itu (berpelukan) boleh mengundang perlakuan tidak senonoh, rasanya tidak perlu medium televisyen, (kerana) di internet, hanya di hujung jari saja sudah boleh mempengaruhi masyarakat.
"Kita tak boleh berfikiran sempit. Kalau semua tak boleh, takkan nak bercakap dengan bantal?" katanya kepada mStar Online.
Azalina (duduk tiga dari kiri) bersama wartawan hiburan pada majlis ramah mesra di Restoran Rebong, Bangsar pada Khamis.
Baru-baru ini LPF telah mengeluarkan garis panduan peraturan rasmi yang perlu dipatuhi oleh setiap stesen televisyen di Malaysia.
Menerusi garis panduan tersebut, adegan ghairah antara berlawanan jantina mahupun sejenis akan dipotong, manakala perlakuan mencium pipi, dahi, tangan dan babak berpelukan hanya dibenarkan kepada babak-babak membabitkan pelakon bukan Islam sahaja.
Selain adegan sensual dan ghairah, LPF akan turut memotong babak-babak yang menampilkan elemen tahayul dan khurafat seperti manusia berinteraksi dengan roh mahupun jin secara jelmaan fizikal, adegan pembacaan mantera yang bercampur dengan ayat Al-Quran dan adegan ajaran sesat yang tidak diakhiri dengan babak pembalasan atas sikapnya itu.
Walau bagaimanapun, ia hanya tertakluk kepada drama yang melibatkan jalan cerita masyarakat Islam sahaja manakala agama lain bebas untuk menampilkan elemen tersebut.
Dalam pada itu pihak LPF turut menyatakan garis panduannya terhadap elemen-elemen lain seperti babak membabitkan rokok, minuman keras, dadah, kerosakkan akhlak, pakaian, perlakuan tidak sopan, ganas, kejam dan berbaur politik.
LPF adalah agensi yang terletak bawah Kementerian Dalam Negeri.
Sementara itu, Azalina berkata, walaupun hanya sempat memegang jawatan sebagai pengerusi Finas selama sebulan 10 hari, beliau tetap akan membantu menaikkan taraf industri seni tempatan yang dilihat semakin nazak.
"Selepas dilantik menteri, saya perlu melepaskan jawatan (pengerusi Finas). Tetapi saya akan tunggu pengerusi baru untuk menyerahkan tugas saya.
"Cuma saya harap, orang yang mengambil alih jawatan pengerusi itu adalah seorang pemimpin Umno, bagi saya suka atau tidak industri kreatif harus dipelopori oleh orang Melayu dan sebaik-baiknya biarlah mereka yang memimpin supaya dapat membawa wawasan Umno," ujarnya.
Bagaimanapun, Azalina berkata, penggiat seni tidak perlu khuatir dengan pemilihan pengerusi Finas yang tidak mempunyai latar belakang seni memandangkan mereka sekadar memberi hala tuju industri manakala ahli lembaga Finas yang dilantik kebanyakannya terdiri daripada golongan pemain industri yang bertindak sebagai penggerak.
Assalamualaikum...lama sungguh saya mendiamkan diri didlm arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi info.. Tp rasanya lagi tidak aman bila terbaca laporan ada org yg mengatakan kalau setakat berpegang2 atau adegan2 tertentu antara bukan mahram dlm drama n filem tak payahlah diperbesarkan..disuruhnya pulak berfikiran terbuka jgn disempitkan.. Astaghfirullah.. Sepatutnya usaha utk menambah baik dan patuh pd perintah Allah wajib disokong, utk Akak yg bercakap demikian, bawak2 lah insaf, hidup didunia x lama, kuasa menteri pun apa sangat.. Kita ni makhluk Allah, hamba Allah.. Klu kita x mampu jd baik tp janganlah halang orang lain nak jd baik.. Yg haram tetap haram walau sekadar lakonan...
Assalamualaikum...lama sungguh saya mendiamkan diri didlm arena FB ni, rasa aman bila tak muat status atau berkongsi...
Posted by Ustaz Mohd Kazim Elias on Saturday, August 1, 2015
Rabu, 29 Julai 2015
Isnin, 1 Jun 2015
[DIARI] PERTUKARAN BELAJAR KE BEIJING - 1 JUN 2015
Hari ini merupakan hari pertama
perjalanan aku ke Tanah Besar China. Pelbagai perasaan datang ketika ini. Aku
ke Beijing atas keperluan kursus Bengkel Teater Tradisional 2. Pelajar yang
mengambil kursus tersebut mempelajari tentang Opera China. Aku ke Beijing
bersama 10 orang rakan kelas, seorang pensyarah dan Ketua Jabatan Drama Pusat
Kebudayaan.
Ramai
antara rakan-rakan yang akan ke Beijing mula mengemas pakaian dan barang-barang
mereka bermula dari malam hari. Aku seperti biasa tidak dapat mula mengemas
kerana aku tiada perancangan untuk membawa baju apa. Aku mula mengemas dari
pukul 10:30 pagi hari ini. Selesai mengemas, aku meminta tolong rakan bilik
untuk menghantar aku ke Dewan Tunku Canselor (DTC).
Kami
mula berkumpul di Dataran DTC dari jam 1 petang. Kami berkumpul di sana kerana
memudahkan staf Pusat Kebudayaan menghnatar kami ke KL Sentral. Seorang dari
kami terus bergerak dari KL Sentral dan seorang dari kami terus ke Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2). Kami mengalami sedikit kelewatan
bergerak dari Universiti Malaya (UM) atas faktor kelewatan salah seorang dari
kami.
Kami
bergerak dari UM ke KL Sentral hampir jam 3 petang. Dari KL Sentral, kami
mengambil bas untuk ke KLIA2. Harganya RM 10. Sampai saja di KLIA2, kami
menunggu seorang lagi rakan kami dan terus Check-In penerbangan kami.
Selepas itu kami pergi makan sementara menunggu masa berlepas iaitu jam 7
petang. Setelah semuanya selesai, dan masanya telah tiba. Kami mula berangkat
ke dalam kapal terbang. Penerbangan ke Beijing mengalami sedikit kelewatan
kerana terdapat penumpang yang check-in saat akhir.
Setelah
berada di ruangan udara, pramugara dan pramugari mula menghantar makanan yang
dipesan secara online. Selepas itu barulah boleh memesan makan secara
terus. Ketika memesan makanan, kami ada berborak secara kuat. Paling diingat,
ketika kapal terbang sedikit bergoyang kerana melanggar angin yang kuat, kami
memberitahu rakan yang berada di seberang tempat duduk kami bahawa kapal
terbang sedang lalu di jalan yang berlubang. Rakan kami tidak dapat mendengar
secara jelas. Secara tiba-tiba, seorang pramugara tersebut menyebut, “iya,
jalan berlubang”, ketawa kami. Sekali lagi kejadian itu berlaku, kami
memberitahu sekali lagi kepada rakan kami itu, pramugara itu sekali lagi berkata,
“Kapal terbang lalu jalan lama nak elak tol, sebab itu jalan tak elok”, pecah
perut ketawa. Setelah kenyang, mata mulai kuyu. Tidur.
Jumaat, 1 Mei 2015
Sepetang Di PBAKL 2015
Kalimat Bertanda, Intonasi Bergaya |
Inilah orang yang beri hadiah tu |
Manisnya kurma ini... |