Khamis, 2 Januari 2014

Tragedi 1 Januari 2014


Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger.

Semalam (1 Januari 2014) seperti biasa teman bangun dari tidur. Sehari sebelum itu memang dah set dah dengan seorang classmate ni untuk buat assignment. Waktu yang ditetapkan adalah selepas makan tengah hari. Sekali terlewat pulak teman sedar. Maklumlah, sambut tahun baru dengan bermain badminton dengan beberapa orang rakan. Mereka adalah Hijas GLP, Amir Bidom, Daus Norijan, Khai Pres, Anis Fahim, Keyri Keri, Shazwan dan Faiz Idzham. 7 daripada mereka adalah ahli kumpulan nasyid Suara Gemilang. Lepas je habis main, dalam pukul 3 am tu, kami semua keluar la pergi Mapley Seksyen 14. Makan la, apa lagi.

Itu saja ke tragedi dia? hehe... Tak, sabar ada lagi. Tapi tragedi ni bukanlah terjadi kepada teman. Kisahnya bermula dari petang hari. Petang tu, lepas teman habis satu assignment, teman keluar la kejap pergi Mydin, nak beli sedikit barang keperluan seperti ubat gigi dan beberapa barang lain temasuk Shuttlecock

Balik dari beli barang-barang tersebut, aku terus la masak maggi. Lapar katakan. Sesudah saja teman makan tu seorang rakan teman dapat panggilan. Panggilan yang mengatakan dua orang rakan yang main badminton malam tahun baru tu kemalangan. Seorang dalam keadaan koma khabarnya. Kes langgar lari. Terkejut teman dibuatnya. Iya la, malam tu baru elok-elok. Walaupun ada tragedi di mana sebuah kereta wrongway dengan lajunya menuju kearah mereka ketika kami pulang dari Mapley tu. Nasib baik sempat elak. Alhamdulillah.

Tup tap tup tap. Semalam kemalangan. Terus la kami pergi ke PPUM. Setelah letak kereta, terus kami ke kaunter pertanyaan. Betullah apa yang dikhabarkan. Dua orang itu kemalangan. Kami terpaksa menunggu. Mereka masih dalam pemeriksaan doktor. Selama kami menunggu tu, ramai juga rakan-rakan lain yang melawat. Semua tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi dan bagaimana ianya boleh terjadi.

Lupakan sebentar dengan kes langgar lari dan kemalangan ini. Ketika menunggu, kami memang tak dibenarkan masuk  untuk melihat mangsa. Teman, Hijas GLP, Rush Danish, Fadhil Ahmad dan Zul pergi la mencari sedikit juadah untuk mengisi perut ni sementara nak tunggu berita. Sekali, Secret Recipe kau. Mampu. Hehehe... OK la tu. Tapi yang tak OK nya. Sepotong kek je RM 7.50. Huhu.. Tak pe la, sekali sekala.

Tunggu punya tunggu, dapat lah berita mengenai mangsa. Seorang itu boleh dikatakan teruk juga sebab luka dikepalanya dalam. Seorang lagi yang dikatakan koma itu cuma pengsan, sudah sedarkan diri cuma masih dalam keadaan mamai lagi. Dikhabarkan lagi, jari kiri mungkin patah pke apa ke, teman pun tak tahu sebab teman pun tak masuk tengok. Cuma ini apa yang teman faham berdasarkan cerita ibu bapa mangsa saja. Apa-apa pon semoga mereka berada dalam keadaan yang stabil dan sembuh dengan cepat. In Syaa Allah.. Aameen...

Nak tunggu pun dah lambat dah. Dah lewat malam a.k.a pagi buta dah. Teman dan beberapa orang rakan teman yang lain memilih untuk pulang dan datang pada keesokan harinya (hari ini). Ha, ni masa nak balik punya tragedi. Sebelum naik kereta mestilah bayar parking dulu. Tempat nak bayar (Mesin Autopay) pula tak jumpa. Naik turun lif kami mencarinya. Pintu itu ini kami buka untuk cari mesin tu. Sampai ada satu pintu yang membuatkan dua orang rakan teman terkejut. Entah kenapa. Akhirnya jumpa juga mesin tu. OK. Selesai bayar, naiklah kereta. Jalan keluar pula tak jumpa. Jam ketika itu dalam pukul 1:30 am. Pusing sana pusing sini, jumpa juga jalan keluar. Akhirnya sampai juga ke kolej. Fuh.

Apa-apa hal pun mari kita sedekahkan Al-Fatihah dan doa banyak-banyak kepada mangsa langgar lari. Semoga mereka cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. Aameen...

p/s : Kepada rakan-rakan yang selalu menggunakan jalan di sekitar seksyen 14 tu, mohon berhati-hati sebab kereta di situ laju-laju dan situ keadaan agak gelap. Sebenarnya, di mana-mana pun perlu berhati-hati. Kesal dan rasa bersalah juga la sebab tak beritahu salah seorang mangsa yang teman dah beli shuttlecock. Sebab ada kawan teman beritahu kata mangsa pergi sekitar kawasan kemalangan nak beli shuttlecock. Siaplah orang yang langgar lari tu. Menurut mangsa, kereta jenis Anser. Tak tahu la betul atau tidak. Wallahua'lam...


0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page