Khamis, 9 Januari 2014

Perancangan?


Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger...

Perancangan? Tahu tak apa itu perancangan? Perancangan menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bertakrif perbuatan (tindakan, usaha) merancang sesuatu: ~ ekonomi, perusahaan, kebajikan, dan sebagainya; ~ bahasa;

Haha.. Sebenarnya AS cuma nak berceloteh sedikit mengenai perancangan ni, bukannya ada-apa pun. Hehe.

Ok. sebut saja tentang perancangan atau rancangan, kita pasti akan kaitkannya dengan masa. Kenapa ye? Boleh AS tahu? Ok la, bagi AS, kenapa masa selalu dikaitkan dengan masa adalah kerana apabila kita merancang sesuatu kita pasti akan melihat masa yang kita nak lakukan sesuatu itu. Bagi AS lagi, masa ni merangkumi hari, tahun dan pukul berapa.

Iya la kan. Semasa kita nak buat sesuatu besar, mesti kita akan semak sama ada kita lapang atau tidak ketika itu, boleh atau tidak kita datang tepat semasa sesuatu perkara yang dirancang itu akan diadakan dan seumpamanya.

Sebenarnya AS memang seorang yang sentiasa gagal dalam perancangannya. Jom kita imbau kembali beberapa perancangan yang pernah AS buat.

Dulu semasa AS di sekolah menengah, selepas Penilaian Menegah Rendah (PMR), AS merancang untuk masuk ke kelas yang ada subjek MPV, kelas multimedia, nama penuh dia entah apa, tak ingat. Sebab AS minat sangat dengan multimedia bab-bab komputer ni. Sekali naik Tingkatan 4 selepas keputusan PMR diumumkan, AS dapat kelas alirah Sains Tulen. Kena belajar Biologi, Fizik dan Kimia. Cuba juga minta tukar kelas, tapi cikgu tak bagi. Hmm, musnah sudah satu perancangan yang besar.

Baiklah, ikut saja. Terpaksa tukar minat dan cita-cita, bercita-citalah pula nak jadi seorang saintis. Selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar, rosak lagi cita-cita itu, sebab keputusan 3 subjek itu hancur. Isi sajalah Borang UPU yang diberi. Ada juga la yang isi borang-borang lain. Akhirnya dapat tawaran kursus Pengaturcaraan Komputer di Kolej Poly-tech MARA (KPTM). Ok, AS tolak kos ni sebab AS minta Multimedia tapi dapat lain. AS masuk Prauniversiti je la. Ambik la subjek Ekonomi, Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Seni Visual.

Habis saja Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), AS pun memilih bidang yang sesuai dengan kelayakan AS, iya la, AS tak mahu perancangan AS gagal lagi. AS isi semua bidang yang berkaitan dengan Multimedia dalam boring UPU tu. Tinggal ruang kosong untuk universiti-universiti penyelidikan. Cikgu AS suruh isi juga apa-apa, jangan tinggal ruang kosong. Jadi, AS pun isi je la. Setelah beberapa lama, AS dipanggil untuk satu sesi temuduga untuk bidang Ijazah Sarjana Muda Animasi Dan Teknologi Skrin di UiTM Puncak Perdana. Orang kata, bila dia dah panggil temuduga tu, sebenarnya dah dapat, Cuma dia nak tengok kesungguhan kita. Jadi AS pun pergilah temuduga itu. AS buat sungguh-sungguh temuduga itu. Ada satu lagi temuduga, temuduga Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Drama) di Universiti Malaya. AS pergi juga sebab nak ambik pengalaman. AS buat main-main saja masa temuduga tu.

Sekali, bila keputusan dah keluar. AS dapat tawaran kemasukan di UM, untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Drama). Menitis air mata kesesalan ketika melihat keputusan itu. AS cuba refresh semula pelayar web tu, takut diaorang ada tersilap. Tapi setelah berkali-kali, ianya tetap sama. Maka musnahlah lagi satu perancangan yang AS buat. AS pergi juga la ke UM sebab dah tiada pilihan. Keluanga pun restu tak restu saja ketika itu.

Apa yang berlaku selepas itu, tidak perlulah AS ceritakan dalam catatan kali ini. Harap kisah AS ini dijadikan satu pengajaran buat pembaca. Yang baik, kita ambik jadikan pedoman, yang buruk jadikan sempadan. Hal ini dikesali kerana…

…Masa adalah sesuatu yang indah apabila ada perancangan. Tetapi ianya menjadi sangat buruk apabila perancangan itu dihancurkan oleh perancangan lain yang tiba-tiba datang secara mengejut atau lambat dirancangkan…

p/s : Bijaklah dalam membuat perancangan kerana apa saja boleh berlaku tanpa perancangan yang bijak. Namun begitu, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukannya. Mungkin ada hikmah disebalik yang berlaku itu.

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page