Ahad, 27 November 2016

REVIEW - Pandangan Terhadap Filem Hanyut 2016

Filem Hanyut merupakan satu filem yang agak berat untuk ditonton jika kepenatan. Semalam, selesai penggambaran, admin dan beberapa rakan berkesempatan menonton filem ini. Permulaan filem ini hampir membuatkan admin terlelap kepenatan sebab admin bukan antara mereka yang bpunya minat dalam sejarah. Tapi filem ini merupakan filem yang ditunggu-tunggu ramai. 
Bermula dari membeli tiket, admin dapat lihat banyak lagi kerusi kosong. Memang filem Malaysia kurang mendapat sambutan. Ramai lebih suka menonton filem luar. Bagi admin, filem Malaysia semakin baik.
Dalam tontonan ini, admin dapat rasakan bahawa filem ini bukan mengangkat sejarah secara menyeluruh. Latarnya sahaja digunakan pada zaman itu, 18++ tahun. Isu yang diangkat ialah isu kekeluargaan dan kasih sayang. 
Melalui filem ini admin dapat rasakan bagaimana perasaan dipaksa berkahwin dan anak yang dilahirkan tersepit di tengah-tengah pertelangahan ibu bapa. Seorang ibu yang mahu anaknya mengikut cara hidup tempatan manakala seorang ayah yang mahukan anaknya mahu ikut cara hidup yang lebih mewah seperti Inggeris.
Dari segi, dialog yang dilontarkan, admin agak keliru dengan kata pengganti diri yang digunakan. Adakah disengajakan atau terlepas pandang. Kadang kala pengganti diri untuk mereka menggunakan perkataan 'mereka semua' kadang kala menggukan 'diorang'. Admin keliru sebab zaman itu adakah perkataan itu sudah wujud.
Seterusnya dari segi lakonan, admin suku dengan lakonan Sofia Jane. Lakonan sebagai seorang ibu yang mempunyai kesakitan dalam dirinya meninggalkan kesan. Tidak kurang juga dengan pelakon yang lain. 
Babak mayat yang tersangkut dikatakan mayat Daim memang admin boleh mengagak bahawa itu bukanlah mayat Daim. Cuma admin tak dapat nak agak mayat siapa yang digunakan untuk menggantikannya.
Keseluruhan ceritanya, admin boleh beri 8/10. Tahniah kepada ahli produksi. Mungkin admin kepenatan setelah selesai shooting semalam. Sebab itu admin merasakan filem ini agak berat untuk admin terima. Apa-apa pun, jom sokong filem Malaysia. Pergilah menonton di pawagam yang berdekatan sementara masih dalam tempoh tayangan.

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page