Isnin, 20 Jun 2011

Aku kecewa kerana darah!!!

Hari ini merupakan hari yang mengecewakan aku. Apa yang aku inginkan tidak tercapai. Apa yang aku hajatkan tidak tercapai. Aku marah sangat hari ini. Aku kecewa, geram dan kesal dengan diriku sendiri. Apa yang aku rancangkan tidak berlaku. Setelah peristiwa itu berlaku, aku terus tersentap. Aku tidak dapat berkata apa-apa, hanya mampu menahan air mata daripada jatuh ke pipi.

Hari ni, di sekolah aku, sebuah sekolah di Jalan Jitra - Kodiang, ada program menderma darah. Aku tahu program ini seminggu sebelum hari ini. Aku berniat, aku akan menderma juga kali ini. Aku pernah menderma sebelum ini. Tapi, aku rasa seronok menderma darah. Kerana, sel darah aku akan wujud sel darah baru. Darah aku jenis O+ (penderma universal).

Hari ini, lebih kurang pukul 9.15 pagi, kami iaitu pelajar yang ingin menderma darah turun ke dewan sekolah kerana di situlah tempat menderma darah untuk kali ini.Sebelum - sebelum ini, penderma perlu menimbang berat terlebih dahulu sebelum mengisi borang pendaftaran. Aku lulus. Berat aku ketika itu iaitu 22 Oktober 2009 ialah lebih kurang 50 kg. Tapi, kali ini berbeza. Kami perlu mengisi borang pendaftaran terlebih dahulu. Jadi aku tidak tahu adakah aku akan layak menderma atau tidak.

Setelah selesai mengisi borang, aku terus ke kaunter pertama untuk ujian pH darah. Aku melepasinya. Tapi, dalam ujian tersebut. Petugas mengatakan darah aku mempunyai 'spirit'. Aku tidak tahu apa maksud petugas itu. Setelah dilapkan semula, baru darah aku keluar secara normal. Ujian seterusnya ialah ujian berat. Ku sangkakan 'panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari'. Aku tidak melepasi kriteria itu. Berat aku tidak mencukupi. Berat minimum untuk melayakkan seseorang menderma darah ialah 45 kg ke atas. Tapi setelah seluruh tubuh berada di atas penimbang, jarumnya hanya menunjukkan angka 40 kg. Aku sangat terkejuk. Aku tidak merasa ada apa-apa perubahan pun dengan diriku. Tak sangka aku kehilangan berat hampir 10 kg. Aku gagal untuk menderma kali ini.

Setelah mendengar berita aku tidak layak menderma, mental aku menjadi tidak stabil. Aku menjadi tak tentu arah. Harapan aku berkecai. Niat aku hancur. Mahu saja aku menangis di situ. Tapi, kawan-kawan banyak di situ. Aku menahannya. Aku tidak dapat menahan air mata kekesalan itu dengan lebih lama. Jadi aku terus naik ke belakang pentas dan...


Air mata aku bercucuran tumpah ke pipi. Aku menangis seorang diri di belakang pentas tersebut kerana aku tidak mahu orang lain melihat kekecewaan ini. Menjadi kepuasan aku apabila rancangan, niat dan kemahuan aku dicapai. Apabila tidak tercapai, aku akan marah, geram, kesal dan membenci diriku. Aku adalah seorang lelaki yang akan mudah meradang apabila hajat tidak tercapai.

Doktor kata aku berisiko jika menderma darah jika tidak cukup berat. Tapi aku lebih redha berisiko daripada hati aku tidak puas kerana hajat tidak tercapai. Aku tidak dapat menumpukan pelajaran hari ini.
Aku bukan jenis orang yang mudah melupakan peristiwa seperti ini. Aku akan sentiasa memikirkannya. Aku juga tidak tahu apa sebab berat aku turun begitu banyak. Adakah aku tension? Atau tidak cukup makan? Atau ada perkara lain?

Tuhan sahaja tahu penderitaan hati ini. Tiada yang lain dapat mengetahuinya termasuk mak, abah, adik-adik, cikgu-cikgu, kawan-kawan dan saudara mara. Apakah tekanan yang aku hadapi juga tidak boleh diketahui oleh mereka kerana aku tak suka kongsi masalah dengan orang lain. Biarlah aku sengsara sendiri...

p/s : Tension & jealous betul dengan mereka. Kenapa aku tak boleh menderma?!

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page