Monolog - Apa Nilai Kita Sebagai Seorang Anak
Cukup? Pelik? Miskin
dan tak ada masa depan?
Baiklah, memang aku
nampak pelik. Aku boleh terima kutukan itu, aku juga boleh terima orang nak
kata aku ni datang dari keluarga yang miskin, tapi aku tak boleh terima korang
mengatakan aku tak ada masa depan sebab aku datang dari keluarga miskin. Apa
yang menyebabkan korang nak kata aku yang datang dari keluarga miskin tak ada
masa depan? Kenapa?
Aku tahu kenapa.
Sebab duit kan? OK, dengar apa yang aku nak kata ni. Kalau nak berjaya,
kemiskinan bukan penghalangnya. Untuk pengetahuan korang, kemiskinan bukan
untuk diwarisi tapi merupakan tranformasi kepada kejayaan. Tukarlah pemikiran
kita tu.
Jangan sampai ‘6M’
membunuh impian kita untuk berjaya. Tahu tak apa ‘6M’ tu? ‘6M’ tu ialah 6 sikap
negatif yang tak patut kita berdamping dengannya. ‘6M’ tersebut ialah Malas,
Malu, Marah, Manja, Menyalahkan dan Merajuk. Jadi, kebumikanlah sikap ‘6M’ yang
ada dalam diri kita tu.
Hmmm... OK. Macam ni lah, aku minta maaf kalau
kata-kata aku tadi buat hati korang terguris. Sekarang mari kita fikir tentang
diri kita dan ibu bapa kita. Kita buang dulu latar belakang kita, tak kisah lah
kaya atau pun miskin. Mari kita muhasabah diri kita dengan renungkan apa nilai kita sebagai seorang anak, sudah berumur 23
tahun pun masih tak mampu nak bagi apa-apa kepada ibu bapa kita. Cuba
bayangkan, pada tahun 1990, ibu kita
melahirkan kita. Dalam masa yang sama ibu bapa kita membela dua ekor lembu,
jantan dan betina. Sekarang tahun berapa? Tahun 2013 bukan? Sudah 23 tahun
bukan? Apa yang sudah kita berikan kepada ibu bapa kita pada usia ini? Cuba
kita ambik kisah lembu yang ibu bapa kita bela semasa kita lahir. Katakanlah
seekor lembu dilahirkan setiap tahun, sekarang 2013, 23 tahun, ini bermakna 23
ekor lembu. Katakanlah lagi, seekor lembu harganya RM 2000. Cuba darabkan
dengan 23 ekor lembu. RM 46000 bukan? Dua ekor lembu boleh memberikan lebih
kurang RM 40000 kepada ibu bapa kita. Kita sebagai seorang anak mampu berikan
apa-apa tak? Sudah la tak mampu berikan apa-apa, malah menyusahkan lagi ada la.
Sekurang-kurangnya, kita berhenti meminta daripada mereka pun cukup la. Sekali
lagi aku nak tanya. Apa nilai kita sebagai seorang anak susah berumur 23 tahun
masih tak dapat bagi apa-apa kepada ibu bapa kita?
0 analysis:
Catat Ulasan