Assalamualaikum,
Dah lama rasanya tak update blog ni.
Sekarang update la sikit satu entry. Menurut tajuk, ianya ada kaitan dengan
universiti.
Sebelum aku
ceritakan kisahnya, aku nak mulakan dengan kisah perjalanan aku sebelum masuk
universiti.
1992. Aku
dilahirkan. Di Jitra, Kedah. Apabila cukup umur 6 tahun, aku pergi ke tadika
(Kemas/Prasekolah) seperti juga budak-budak lain. Tapi aku seperti tak pergi
sebab aku tak minat belajar. Aku pergi hanya dua hari saja. Jadi aku tak tahu
apa yang terjadi kat tadika atau prasekolah tu. Dalam gambar pegang gulung
sijil tadika tu, aku seorang saja yang tak ada, adik-adik aku semua ada.
Lupakan tentang
tadika. Sekarang masuk cerita sekolah rendah. Umur 7 tahun aku dihantar ke
SEKOLAH RENDAH AL-AZHAR (SRAZ), sekolah agama. Aku ikut saja pelajaran di situ.
Aku kenal dengan ramai kawan baru, yang paling rapat ada la dalam 2 - 3 orang.
Aku belajar di SRAZ selama 4 tahun iaitu dari tahun 1999 hingga tahun 2002,
sampai darjah 4. Aku berhenti dari SRAZ bukan sebab aku kena buang, tapi aku
pindah sebab ikut ke sekolah tempat mak aku mengajar iaitu SEKOLAH KEBANGSAAN
MEGAT DEWA (SKMD).
Masa masuk ke SKMD
tu aku terus jadi pengawas. Aku belajar kat SKMD dua tahun, 2003 & 2004. Entah
macam mana boleh dilantik pun tak tahu. Rasanya sebab aku anak cikgu kot. Ah,
abaikan saja lah. Masa tu ada cikgu suruh kami semua buat karangan ‘Cita-cita
Saya’. Jadi aku buat la cita-cita aku tu. Cerita sikit la cerita aku tu. Aku
dari kecik memang nak sangat jadi seorang saintis. Aku suka tengok
cerita-cerita sains. Aku pun selalu juga score
dalam subjek Sains masa di SKMD. Masa buat eksperimen, aku lah yang paling excited nak buat. Ku kira semangat juang
masa tu sangat tinggi. Selalu la juga berebut tempat pertama, kedua dan ketiga
dalam kelas.
Dah habis UPSR. Aku
masuk la SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PULAU NYIOR (SMKPN). Masa kat SMKPN aku
masuk aliran agama. Kira belajar la Bahasa Arab dan Kelas Kemahiran Al-Quran
(KKQ). Bahasa Arab hanya belajar Bahasa Arab Komunikasi saja walaupun aku tak
fasih pun cakap Arab. KKQ pula belajar tarannum, rawi-rawi dan macam macam lagi
la. Aku masuk aliran agama ni sampai tingkatan 3 saja sebab sekolah tu aliran
agama sampai tingkatan 3 saja. Lain la Maktab Mahmud. Cerita sikit tentang Maktab
Mahmud. Aku pun dapat tawaran belajar kat Maktab Mahmud masa tingkatan 1 dulu,
tapi aku tak pergi sebab tak dapat asrama. Di SMKPN ni, aku dapat asrama sebab
aliran agama kena duduk asrama sebab senang nak pergi kelas katanya. Masa
tingkatan 1 hingga tingkatan 3 tu, cita-cita aku bertambah iaitu nak jadi
penyiasat. Kalau kat Malaysia ni kira ahli forensik la.
Masa berlalu dengan
pantas. Habis PMR, aku mula berminat dengan graphic
designer dan editing. Aku bercadang
nak ambik jurusan Multimedia masa tingkatan 4 tu. Tapi aku dapat aliran sains
tulen. Belajar Biologi, Kimia dan Fizik. Aku beritahu mak abah aku. Mereka
sangat gembira sebab memang mereka berharap sangat aku ke arah sains, lebih
tepat jadi Saintis la. Kelas yang aku masuk tu kelas nombor satu la sebab
aliran sains tulen, tapi aku minta tukar ke kelas nombor lima sebab kelas tu
ada subjek Produksi Multimedia. Tapi cikgu tak bagi. Sakit hati jugak la masa
tu sebab apa yang kita nak tak dapat. Tak mengapa, aku kata. Jadi aku belajar
sendiri tentang semua tu sebab aku geram sangat sebab tak dapat masuk kelas tu.
Jadi aku teruskan saja la dengan sians tulen tu. Masa subjek Biologi, Kimia dan
Fizik tu, aku betul-betul fokus pun masa eksperimen saja sebab latihan yang
praktikal saja aku minat.
Masa tingkatan 4
jugak la aku mula jatuh hati kepada perempuan. Macam aku buat untuk dapat dia,
tapi keputusannya – negatif. Dipendekkan cerita, masa isi borang nak masuk
universiti aku isi pelbagai universiti yang ada kursus Multimedia, Forensik dan
Kimia. Beberapa bulan selepas itu, keputusan keluar. Satu universiti pun aku
tak dapat. Aku mohon yang MARA punya pula. Dapat. Tapi dalam masa yang sama aku
dapat tawaran ke prauniversiti, di SMKPN juga. Aku pilih Prauniversiti SMKPN. Aku
ambik kursus Ekonomi dan Seni Visual. Berlainan sungguh dari kursus aku dahulu.
Masa terus berlalu. Masa untuk isi borang nak masuk universiti. Aku pilih bidang
‘Animasi dan Teknologi Skrin’ sebagai pilihan pertama. Selebihnya aku pilih Pengajian
Media, Multimedia dan beberapa bidang lain yang berkaitan dengan komputer dan
multimedia. Lepas tu ada la lagi tiga tempat kosong untuk Research Universiti. Aku nak tinggal ja tempat kosong sebab tak ada
kursus yang aku minat, tapi cikgu kata isi juga, penuhkan tempat kosong. Salah satu
yang aku isi nak penuhkan tempat kosong tu ialah Ijazah Sarjana Muda Seni
Persembahan (Drama) di Universiti Malaya (UM). Aku yakin aku tak akan dapat,
sebab itu aku isi yang tu.
Bulan berganti
bulan, aku dipanggil untuk proses temuduga. Kawan aku kata kalau dapat temuduga
tu kiranya dah 90% dapat. Aku dengan penuh keyakinan pergi la temuduga ‘Animasi
dan Teknologo Skrin’ tu kat UiTM Puncak Perdana. Aku buat sehabis baik semasa
temuduga tu. Masa tu aku dapat lagi satu temuduga di UM kos yang aku kata tak
akan dapat tu la. Aku pergi juga la temuduga tu sebab nak ambik pengalaman
semasa temuduga.
Masa keputusan UPU
keluar, aku semak, dapat Universiti Malaya kursus Ijazah Sarjana Muda Seni
Persembahan (Drama). Aku beritahu mak abah aku walaupun aku tahu mereka tak
setuju. Tapi apakan daya keputusan telah keluar. Mak abah aku memang menentang
keputusan tu. Mak aku banyak kali, aku nak pergi ke kursus tu? Aku hanya dapat
kata pergi je la. Dah dapat yang tu, aku kata fikir positif je la. Mak aku
diam. Abah aku tak kata apa sangat sebab malas nak layan dah pasal aku. Mereka
langsung tak gembira dengan keputusan aku. Macam-macam aku bagi alasan untuk
pergi juga ke universiti walaupun kursus yang aku tak minat.
Masa balik raya kat
kampung, abah aku membebel lagi pasal cerita ni, dia kata nak kerja apa nanti? Ada
masa depan ka? Aku hanya diam sebab memang aku tak ada jawapan untuk itu. Mereka
kata lagi, kalau nak pergi juga, pergilah sendiri. Aku semakin sedih memikirkan
hal itu. Kawan-kawan lain, ibu bapa mereka sangat gembira apa bila dapat
universiti tak kisah la kursus apa pun. Aku? Hanya mampu menangis seorang diri.
Tiada sesiapa yang memahami. Walaupun aku dapat masuk UM, tak ada apa-apa yang
dapat dibanggakan. Dan aku langsung tak merasa bangga dan berbesar hati dapat
masuk UM walaupun orang lain berbangga dengan dapat masuk UM.
Masa yang
ditetapkan tiba. Aku perlu ke UM. Tolak sana, tolak sini. Akhirnya mak aku
ambik keputusan untuk hantar aku sampai UM. Abah? Abah ambik keputusan untuk
jaga adik-adik di rumah. Sampai di UM, aku tengok ramai mahasiswa baru yang
dihantar dan ditemani oleh keluarga iaitu ibu bapa, adik-beradik dan
saudara-mara. Aku? Walaupun terpancar kegembiraan pada wajah, aku sebenarnya
sangatlah bersalah dan terluka dengan semua yang berlaku.
Kini aku dah nak
habis semester dua di UM dalam kursus yang sama. Aku bertekad nak habiskan
kursus ni dan graduate saja. Dalam
masa yang sama aku aktif dengan Pertubuhan Pentas Lakon, UM (PELAKON) sebagai
platform untuk aku tingkatkan softskill
aku. Orang lain kata seronok dan mudah kursus ni, aku rasa...
0 analysis:
Catat Ulasan