Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Sabtu, 9 Mac 2019

Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal Berada Pada Tahap Yang Baru

[SPOILER ALERT]

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung. Telah sekian lama aku tak kemaskini blog ini. Baiklah pada kali ini aku akan bagi sedikit pandangan aku terhadap sebuah filem yang akan ditayangkan pada 21 Mac 2019 ini iaitu filem Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal oleh Les' Copaque Production. Sebelum pergi kepada pandangan saya terhadap filem ini, mari kita baca sinopsis cerita ini dahulu.


 Semuanya bermula apabila Upin, Ipin, dan kawan-kawannya tersandung pada keris mistik di bilik stor Tok Dalang yang membuka portal dan membawa mereka terus ke tengah kerajaan. Semasa cuba mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, kanak-kanak yang terganggu itu tiba-tiba dibebani dengan tugas memulihkan kerajaan kembali ke bekas kemuliaannya. Dengan bantuan watak-watak dari dongeng dan cerita rakyat Malaysia, Mat Jenin dan Belalang, Upin, Ipin dan kawan-kawannya akan menempuhi beberapa halangan yang mencabar dalam filem pengembaraan yang penuh aksi, lucu dan lucu.

Baik. Mari aku ceritakan pandangan aku.

Foto : mStar

Pertama sekali aku menonton filem ini pada 5 Mac 2019 iaitu pada Malam Gala yang diadakan di GSC Mid Valley Megamall. Aku tiba agak lewat di tempat kejadian atas urusan kerja. Tapi aku sempat menonton dari awal. Untuk menonton filem ini, aku tidak datang dengan harapan yang sangat tinggi kerana aku tahu ini cerita Upin Ipin.

Permulaan cerita ini yang dimulakan dengan babak imbas semula zaman dahulu memang memancing penonton dengan baik. Babak Raja (yang aku lupa namanya) bertarung dengan Raja Bersiong sebelum keris itu dihantar ke dimensi lain melalui Batu Belah Batu Bertangkup sangat menyeronokkan. Babak awal dipecahkan dengan kembali kepada zaman semasa dimana zaman Upin Ipin dan kawan-kawanya berada membuatkan aku berasa “Wah, filem ini ada sesuatu”.

Plot penceritaan juga menjadi menarik dengan resepi cerita dongeng atau cerita rakyat. Filem ini mengangkat beberapa karakter cerita rakyat seperti Mat Jenin, Bawang Merah Bawang Putih, Mak Si Tanggang dan beberapa watak lagi. Watak yang digunakan dalam filem ini juga bagi aku tidak membazir kerana digunakan semula ketika akhir babak. ‘Inderaloka’ merupakan nama tempat yang Upin Ipin & kawan-kawannya terperangkap juga menjadikan latar tempat dan masa itu wajar dengan zaman sekarang kerana mungkin telah ramai yang tidak tahu atau mendengar mengenai cerita-cerita dongeng atau rakyat. Bagi aku filem ini adalah satu medium untuk menyampaikan bahawa masyarakat kita mempunyai kisah-kisah tersebut walaupun bukanlah disampaikan secara penuh.

Filem ini bertambah menarik apabila diwujudkan dua watak yang mengimbau kembali zaman hitam putih dahulu iaitu Pak Belalang sebagai Nujum Istana di istana yang dirampas oleh Raja Bersiong. Tidak dilupakan juga anaknya Belalang. Antara dialog yang aku sangat ingat adalah ketika Belalang bertanyakan bapanya “Bapak marah?” dengan nada yang sama dengan nada pertanyaan dalam filem 3 Abdul.

Berkenaan keris pula, ianya menjadi membawa cerita dalam filem ini. Kita dapat lihat bagaimana keris yang telah dihantar kepada zaman Upin Ipin tanpa mempunyai bilah mendapatkan semula bilahnya. Kita dapat lihat juga bagaimana kuasa keris ini bertukar menjadi Siamang yang kuat untuk menentang kejahatan Raja Bersiong. Keris Siamang Tunggal ini diinspirasikan daripada Keris Beruk Berayun yang merupakan salah satu keris kebesaran Negeri Selangor (jika tak salah aku).


Kita beralih pula kepada bunyi. Sound foley dalam filem ini bagi aku dilakukan secara terperinci juga. Aku dapat tangkap perkara ini ketika babak dimana mereka terkurung dalam stor Tok Dalang. Bunyi ruang kosong atau vakum itu dapat didengar dengan jelas dan beberapa lagi bunyi yang sangat membantu dalam filem ini. Runut bunyi ‘Keris Sakti’ nyanyian Fakrul Razi (juga membawa watak Nakhoda Ragam) dan ‘Buai Laju Laju’ nyanyian Ernie Zakri (juga membawa watak Bawang Merah Bawang Putih) memang sangat menghiburkan dan merdu diadunkan dalam filem ini. Maka untuk lebih menyeronokkan, bolehlah lafal dulu lagu ini dan boleh sing along ketika menonton filem ini.

Nilai yang paling besar dalam filem ini adalah kemaafan. Bagaimana kemaafan dapat menyatukan dan menyerikan hidup itu adalah sangat berharga. Secara jujurnya, ada satu babak yang berada di sebuah pulau iaitu Pulau Pisang (kalau tak salah) air mata aku bertakung. Nilai yang dipamerkan seterusnya adalah kita tak seharusnya melupakan tradisi meskipun dah maju. Aspek itu boleh lihat bagaimana tulisan jawi yang digunakan pada bilah Keris Siamang Tunggal dan muzik ghazal yang dimainkan bersama wayang kulit serta penglipur lara.

Cuma aku sedikit kurang selesa dengan transisi peralihan babak yang digunakan. Bukan semua, ada dua tempat. Kedua-dua tempat ini menggunakan beralihan yang agak janggal atau jerk. Aku faham jenis transisi yang ingin digunakan itu Cuma mungkin durasi peralihan itu sendiri atau visual yang digunakan tidak sesuai. Dan ada satu audio suara (Upin atau Ipin aku tak pasti) yang secara tiba-tiba terdengar secara tahap audio yang tak sepatutnya. Tetapi kelemahan ini tidak menggangu keseluruhan cerita ini.


Oleh itu, aku bagi 8 hingga 9 bintang per 10 bintang untuk filem Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal. Jadi aku meyeru kepada mereka yang meminati animasi untuk menonton filem ini. Bagi aku yang berumur 27 tahun masih enjoy menonton filem ini, merasakan filem ini masih relevan untuk semua lapisan masyarakat. Bagi aku nilai 20 juta pembikinan filem animasi ini boleh dikatakan berbaloi kerana meletakkan filem ini di satu tahap yang lain.

Jadi itu saja dulu setakat ini. Untuk mengetahui lebih lanjut. Silakan ke panggung wayang gambar (Pawagam) berdekatan anda pada 21 Mac 2019 ini. Tapi, sila tonton sampai habis end credit sebab ada sesuatu di situ. Sudah tonton? Berikan pandangan anda pula.

Sekian.

Visit Here : https://goo.gl/rIv5rX
Like Here : https://goo.gl/DQq9W3
Follow Here : https://goo.gl/U89mkq
Follow This : https://goo.gl/2X7Cuw

Subscribe This : https://goo.gl/iZr6Ea

Ahad, 29 Julai 2018

[PUISI] - Damai


DAMAI
(Al Fatihah buat Allahyarham Mohd Ziyad Bin Jamaludin [1991 - 2018])

Berat
Tanggung
Sabar
Tabah
Cekal
Kuat
Kau menghadapinya

Ukhwah
Ujar
Takah
Simbai
Mesra
Receng mulutmu

Kau terlihat penuh ceria
Kau berduka tiada tanda
Kau terluka tiada tahu
Kau tersenyum itulah kamu

Awal pagi terima berita
Sepertinya tidak mahu percaya
Tapi Allah itu Maha Kuasa
Begitu awal kamu ke sana
Jadi peringatan buat kami semua
Belasungkawa sahabat tak terduga

Adli Shinichi
11:30 pagi, 29 Julai 2018
Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan, Kepong

Selasa, 6 Mac 2018

Fattah Amin Menangis Rosyam Nor Terjun Bangunan Dalam KL Special Force


5 Mac 2018 yang lalu, admin diundang ke Tayangan Perdana KL Special Force di  e@Curve, Mutiara Damansara. Admin tiba agak awal, jadi admin sempat recall balik file-filem terbitan Skop Production yang admin sempat ikuti. Dari KL Gangster dan Abang Long Fadil 2.

Antara filem-filem Syafiq Yusof yang pernah admin ikut dan masih mengingati jalan ceritanya adalah Desolasi & Abang Long Fadil 2. Admin dapati cerita-cerita Syafiq agak berlainan dari filem-filem lain. Maka admin tak lepaskan peluang untuk menontonnya.

KL Special Force. Apabila admin tengok trailer filem ini pada mulanya, admin dapat kaitkannya dengan cerita Police Story (yang Jackie Chan berlakon tu). Dari segi VFX Syafiq, admin memang suka dari short film dia lagi. Mari kita baca, apa yang admin dapat dari filem ini.

Pertama sekali dialog yang ada dalam trailer KLSF ni. "Kita akan potong cendawan tu sampai bila-bila supaya anak cucu kita tak mati terkena racun." Apakah cendawan beracun ini? Admin tak nak dedahkan disini dulu. Tapi sifat cendawan itu sendiri merupakan satu ideologi yang menarik dalam filem KLSF ini. Biarlah kita potong ianya berkali-kali tetap ada.

Idealogi yang kedua admin dapat dari filem ini adalah 'Jangan kita menilai seseorang itu dari luaran sahaja' ataupun bak kata orang putih 'Dont judge the book by it cover'. Nak tahu part mana nilai ini diperolehi dari KLSF, boleh tonton di pawagam.

Seterusnya,'Akibat buruk sangka'. Dalam KLSF memaparkan bahawa sikap manusia yang selalu berburuk sangka. Akibatnya, sesebuah organisasi atau pun institut itu menjadi kucar kacir dan kacau bilau. Nilai ini sepertinya membidas netizen yang selalu berburuk sangka terhadap sesuatu yang mereka tidak tahu.

Perihal senior junior juga dimasukkan dalam KLSF ini. Yang admin maksudkan di sini adalah perlakuan individu. Si senior pasti ada sebab dia berbuat sedemikian berdasarkan pengalamannya. Si junior bertindak dengan mengikut hati yang berlandaskan pengalaman mentahnya.

Kisah antagonis yang berideologi juga melengkapkan lagi KLSF ini. Antagonis dalam KLSF ini diletakkan satu ideologi yang baik tetapi dengan cara yang sebaliknya. Nilai yang dapat diperolehi adalah 'Matlamat tidak menghalalkan cara'.

Ungkapan yang paling menarik bagi admin dalam filem KLSF adalah "Cendawan beracun berbisa itu bukanlah sebanyak mana orang jahat yang ada, tetapi bagaimana orang baik yang ada itu menangani kejahatan itu". Lebih kurang macam tulah dialog nya. Admin pun kurang ingat dialog yang tepat. Kalau nak tahu dialog yang tetap, haruslah pergi menontonnya di pawagam yang berdekatan.

Usai tayangan, sidang media dilakukan. Dalam sidang media itu, ada juga nilai yang admin dapat. "Setiap orang ada permulaan, setiap permulaan seseorang itu adalah berbeza". Maka admin berpendapat bahawa, siapa kita untuk menentukan tahap seseorang itu berdasarkan pemerhatiannya tanpa mengenalinya. "Jangan kita letak jumlah kutipan kerana takut ianya akan menjadi riak ataupun melawan kuasa Tuhan". Ada betulnya kata-kata ini. Cukuplah sekadar berdoa supaya kutipan yang tinggi dan laris keras.

Cukuplah setakat ini. Lama juga admin tak menulis, kebas juga jari ni. Sekian dulu. Terima kasih.

---

Netizen : Eh, sebentar. Apa kaitannya dengan tajuk entry ini?

Admin : Oh, lupa pula. Sebenarnya untuk KL Special Force ni, pelakon melakukan sendiri aksi lagak ngeri termasuklah Rosyam Nor yang berusia 50 tahun ketika penggambaran KLFS. Dari tingkat 7 atau 9. Bukan sekali tetapi 8 kali. Bayangkan.

Netizen : Habis tu apa kaitan Fattan Amin menangis?

Admin : Nak tahu? Kena lah pergi menonton di pawagam mulai 8 Mac ini. Jangan lupa kasi #tag #KLSF #KLSpecialForce #ConfirmLit

Translate This Page