Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Ahad, 18 September 2011

Faktor Penghalang Kejayaan

1. Malas
2. Malu tidak bertempat
3. Menyalahkan orang lain
4. Mudah Marah
5. Merajuk
6. Menyombong

Khamis, 15 September 2011

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna.

Salam... kepada semua pembaca. Aku kat sini nak bagitau kat korang semua bahawa beberapa post aku dalam blog ni terpaksa di'delete'kan. Post atau cacatan itu perlu dihapuskan kerana ianya telah melanggar beberapa privaci orang lain. Jadi korang tak perlulah mencari posting yang bertajuk S.A.F, A Di Nos, AdFa, Khayalan Semata-mata dan beberapa post lagi.
   Kalau korang cari juga, tak berguna kerana ianya telah dihapuskan. Kalau nak minta kat aku pon, tak akan dapat kerana bahan-bahan tersebut telah dihapuskan dari simpanan aku.
   Aku juga nak beritahu bahawa aku akan menumpukan terhadap kerjaya aku dan pelajaran aku serta minat aku.Aku tak mahu ingat lagi tentang masa lampau aku.
   Lagi satu, aku nak ucap berbanyak terima kasih kepada seseorang itu kerana telah menyedarkan aku sebelum terlambat. Tapi, sebenarnya aku mula sedar ketelanjuran aku dalam perbuatan salah ini sejak kehadiran bulan Ramadhan 1432.
   Kepada cikgu yg namanya dirahsiakan pula, sy betul-betul minta maaf sebab banyak langgar peraturan. Memang sy banyak tak hormat cikgu-cikgu kt sekolah. Sy buat endah tak endah saja dgn cikgu-cikgu.
   Sy juga nk beritahu kepada sesiapa yg anggap sy baik. Sy sebenarnya lebih jahat drpd yg kamu semua sangkakan. Sy juga byk sakitkan hati org. Oleh itu, kalau sesiapa yg mempercayai kebaikan sy, sy minta maaf. Klau boleh, jauhi diri aq sbb takut nnt korg menyesal kenal aq. Aq ni hipokrik orangnye. Ingt klau kebaikan aq tu ade la maksudnya. Hubungan dgn keluarga sendiri pon aq kurang baik, apatah lagi korang.
   Lg satu, eh, ape nk tulis td x tau. Arh.. tak pe lah. Nnnt aq tulis lg tentang diri aq yg sebenar.

Cau lu.

Rabu, 14 September 2011

Tun Dr Mahathir Ulas Tarikh Pilihanraya 2011

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penentuan tarikh pilihan raya umum di negara ini adalah "hak keistimewaan" kerajaan dan
tiada pihak boleh mempertikaikannya.

Mantan perdana menteri itu berkata sebagai kerajaan yang memerintah, mereka juga mempunyai "keistimewaan" untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada

pilihan raya berkenaan.

"Dalam dunia ini tidak ada perbincangan berkenaan dengan tarikh pilihan raya. Itu adalah hak mutlak kerajaan...di mana negara-negara pun macam itu.


"Kalau dia (pembangkang) nak tentukan (tarikh pilihan raya), biar dia jadi kerajaan dulu...tetapi lepas dia jadi kerajaan dia tidak akan bagi kita pun...," katanya.


Dr Mahathir yang juga penasihat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) ditemui pemberita selepas majlis penyerahan tiga unit model Saga "Electric Vehicle" (EV) dan lima unit "Range Extender Electric Vehicle" (REEV) oleh syarikat itu kepada kerajaan untuk dipandu uji di pejabat Perdana Menteri d Putrajaya hari ini.


Dr Mahathir diminta mengulas mengenai desakan pembangkang yang didakwa mahu berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung tarikh pilihan raya umum akan datang.


Mengenai tindakan pembangkang yang meletakkan beberapa syarat berhubung penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen, Dr Mahathir percaya kerajaan akan menerima cadangan mereka jika ia "waras" dan sesuai.


"Tetapi kerajaan mungkin ada pendapat yang berbeza," katanya.


Sebelum ini, Kabinet bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk membincangkan reformasi pilihan raya yang perlu dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan dianggotai sembilan anggota Parlimen.


Jawatankuasa berkenaan akan dianggotai lima anggota Parlimen daripada BN manakala wakil pembangkang terdiri tiga orang manakala seorang wakil rakyat Bebas.


Mengenai desas-desus bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada Februari tahun depan, Dr Mahathir secara berseloroh berkata: "Saya kenal (perdana menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) tetapi saya tak boleh baca hati dia."

Sumber : Bernama 

Translate This Page