Ronta Si Pendosa
Kecewa itu rasanya negatif
Negatif yang mampu mengubah jiwa
Jiwa lara pemusnah nilai
Nilai pendamai sekalian alam
Memohon pada Sang Pencipta mendengar rintihnya
Ingin kembali tiada jalan muncul di mata
Berat dosa menggunung seluas pasir di pantai meronta
Riuk tulang membongkok patah memikul sengsara
Pemohon merintih itu seorang lelaki kaku
Kaku mencari erti diri kembali kepada Yang Satu
Satu sinar buat dia lebih menentu
Menentukan dia memilih hanya satu pintu
Kusut ruang di bawah tempurung kepala menangis
Mengadu memohon kifarah buatnya diberi pemudahnya
Jiwa ibarat dicucuk panah beracun memberi ruang prasangka
buruk
Hiba tangisan gelap lelaki itu tiada siapa yang tahu
melainkan Yang Esa
Aku
Aku mula mencari lelaki si pendosa itu untuk memberi
semangat buatnya
Aku tidak mahu lelaki si pendosa itu terus meratapi nasib
menimpa
Namun aku tidak mampu menemui si pendosa itu
Kerana si pendosa itu adalah aku
Dia adalah aku
Aku si pendosa
Ronta itu ronta aku
Ampuni aku
Bantu aku kembali
Bantu aku
Bantu
Adli Shinichi
10:40 malam, 24 April 2016
Bilik Orkestra, Panggung Eksperimen, UM