Isnin, 5 Mei 2014

[PUISI] Dia

DIA

Dalam meneroka dunia yang bergerak
Kekusutan minda terus merebak
Kadang kala hati turut disentak

Setelah berbulan memerhati
Setelah puas memerhati
Setelah penat memerhati

Hati ini terdetik suatu ketika
Terus dihantar kepada minda
Lalu dicerna untuk menerka

Dia pengganggu fikiran
Dia pencetus satu rasa
Dia membuat aku tak lena

Dulu hatiku keras
Dulu hatiku degil
Dulu hatiku tertutup

Kini ia mula dilembutkan
Kini ia mula dipatuhkan
Kini ia mula dibuka semula

Tapi aku takut
Tapi aku risau
Tapi aku kusut

Takut peristiwa lama berulang
Risau segalanya musnah
Kusut memikirkan semua ini

Dia… Dia… Dia..

Adli Shinichi
12:33 pm, 5 Mei 2014
BK2, Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya.

Translate This Page