Khamis, 24 April 2014

Pengharapan

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger...

Harapan. 

Harapan menurut kamus dewan edisi keempat :

1. sesuatu atau seseorang yg diharap(kan): memang tidak ada ~ yg cita-citanya akan berjaya; 2. perihal mengharap­kan: ~nya utk mendapat bantuan telah hilang; 3. = orang ~ orang yg diharapkan (dipercayai), orang kepercayaan: hanya orang tua itu ~nya; pemuda ~ bangsa pemuda yg diharap akan memimpin dan memajukan bangsa;

Apa kaitannya tajuk harapan dengan isi penulisan AS hari ni?

Ini dia. Merujuk kepada kemaskini status AS beberapa hari yang lepas.

AS cuma nak nyatakan di sini bahawa janganlah kita memberi harapan palsu kepada orang lain. Dan janganlah kita terlalu mengharapkan sesuatu yang tinggi daripada orang lain. Semua ini boleh berakhir dengan hampa atau juga kecewa.
Dalam kes AS pula. Beberapa rakan telah memberi tanggapan yang bagi AS sendiri, itu adalah tanggapan yang sangat tinggi. Mereka juga masih kaitkan "Bagi saja apa benda, semua dia boleh buat" "Briliant"
AS dan beritahu mereka, yang AS tak boleh buat. Tapi mereka kata boleh. AS tahu apa kelemahan AS, AS tahu tahap kemampuan AS. Jadi harapnya mereka ada membaca tulisan AS ini.
Satu lagi, kenyataan yang diberikan tentang boleh buat semua benda itu juga salah. AS bukannya Tuhan yang boleh buat semua benda. AS juga manusia biasa yang ada kekhilafannya yang tersendiri.
Bukannya AS tak mahu tolong mereka, tapi seperti yang AS katakan tadi, tak semua benda AS boleh buat.
Cukup lah dlu setakat hari ini. Terima kasih kerana sudi membaca luahan pada kali ini.
Wasalam...
p/s : tolong jangan sebut-sebut lagi pasal 'Pelakon Lelaki Terbaik' tu. Tak kan masih tak faham-faham.

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page