Khamis, 10 April 2014

Anugerah Yang Sia Sia

Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger.
Apa khabar kalian semua? Sihat ke? AS tak pasti la AS sihat atau tak. Huhu.
"Anugerah Yang Sia-Sia". Kita cerita lah sedikit pasal anugerah ni. Sebenarnya sebulan yang lepas, 2 Mac kalau tak silap. Malam itu merupakan malam penutup Karnival Teater Universiti Malaya (KARVITER) 2014. Masa itu tahu juga lah keputusan Karviter diketahui. 
Setelah keputusan diumumkan produksi teater yang AS sertai muncul Juara. AS juga mendapat salah satu anugerah yang ada iaitu Pelakon Lelaki Terbaik.
Sebenarnya AS tak sangka AS akan dapat anugerah ni sebab AS ingat AS hanya pelakon pembantu sahaja. Masa calon-calon Pelakon Pembantu Terbaik diumumkan, AS seperti nak menangis sebab langsung tak tercalon. Masa tu fikir, musnah harapan nak buktikan pada keluarga yang AS ni boleh berjaya juga dalam bidang ni. Masa calon-calon Pelakon Lelaki Terbaik pula AS tercalon, yang lain AS nampak mereka lebih hebat lagi. Memang tak ada harapan lah. Tup tup AS dapat. AS seperti tak percaya. Sedih dan gembira bercampur baur. Alhamdulillah rezeki.
Masa tu ramai yang ucap tahniah bagai. AS hanya mampu berterima kasih kepada Allah atas kurnian rezeki ini. Ramai juga rakan AS yang muatnaik gambar pasal kemenangan ini. Yang dapat anugerah individu muatnaik di Instagram dan beberapa laman sosial yang lain. Ada juga yang terus menelefon keluarga mengkhabarkan berita gembira ini. AS gembira melihat mereka gembira. Tapi, AS sendiri agak sedih sebab AS risau keluarga masih tak menerima. Jadi AS ambik keputusan untuk tidak memuat naik atau menyatakan yang AS dapat anugerah tersebut. AS juga tak beritahu keluarga pasal dapat anugerah ini. 
Lepas malam tu, ada juga yang bertanya kenapa tak muat naik atau kemaskini status masa kemenangan tu. AS hanya mampu menipu bahawa AS malas la, takut nanti riak dan lupa diri la dan macam-macam lagi. Sengaja AS tak beritahu semua alasan yang sebenarnya.
Hari-hari selepas tu, ramai juga yang remark AS macam ni "Wah, pelakon hebat tu", "Ko tu pelakon hebat", "Diam-diam, pelakon lelaki terbaik nak cakap" dan banyak lagi yang diusik oleh rakan-rakan. AS buat tak tahu saja. Sebab tu AS pernah kemaskini status di laman sosial seperti "Alhamdulillah. Tapi ini dugaan besar yang perlu aku hadapi. Tanggungjawab dalam bidang ini perlu dipikul dengan baik. Mohon dijauhkan dari sikap riak. Aameen..."
AS nak ungkit sikit pasal tahun lepas. Pernah juga AS terima anugerah semasa MPS 1 dulu. Anugerah Kesenian Harapan. 
Sengaja AS tak isi borang sebab kalau dapat anugerah pun tak dapat mengembirakan keluarga. Tapi, rezeki Allah itu luas, dapat juga balik la tunjuk kat keluarga. Tapi, bila tunjuk plak ni, macam tunjuk sampah kepada mereka. Macam pandang tak pandang je mereka dengan anugerah ni.
AS pernah berkongsi cerita kepada beberapa rakan mengenai bagaimana susahnya AS nak 'berdiri' dan 'melangkah' menghadapi situasi ni. Mereka terus memberi semangat supaya buktikan yang AS boleh juga berjaya dalam bidang ni. Langkah pertama ialah membawa balik anugerah itu dan letak atas meja. Tunjuk kepada keluarga dengan hati berbisik "Mak, Abah, ni AS dapat ni, bangga tak dengan anak mak abah ni?" Tapi yang AS terima adalah perbandingan. AS dibandingkan dengan anak rakan mereka "Tu, tengok tu anak dia tu, kerja jurutera". Ada lagi perbandingan lain yang AS terima, tapi AS dah tak punya kudrat untuk menulis lagi perbandingan-perbandingan yang dibuat. AS juga selalu diperli seperti "Dulu nak jadi saintis, tiba-tiba pi dok minat seni pulak".
Apa salah AS? Apa salah seni tu? Apa salah bidang seni ni? Setiap hari AS fikir dimana salahnya. Apa lagi yang AS boleh buat?
Oleh itu. AS minta sangat-sangat, kalian jangan lagi sebuk atau remark atau panggil AS dengan gelaran Pelakon Lelaki Terbaik. AS langsung tak gembira. Bagaimana AS nak gembira dengan anugerah itu sedangkan keluarga AS sendiri tak gembira. Segala anugerah yang AS terima hanyalah sia-sia saja. 
Biarlah apa orang kata, tak bersyukur ka, tak tahu berterima kasih ka. Itulah prinsip AS. Mungkin mudah mereka membuat spekulasi sebab mereka tak berada di tempat AS.
Sekian dulu, semoga kehidupan kita lebih baik. Aameen. #DoaBuatMH370 #PrayForMH370 #SakuraMalaysia
p/s : Catatan di atas ditulis dengan kadar emosi yang bercelaru. Maafkan AS ye. Terima kasih.

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page