Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Selasa, 31 Disember 2013

Jangan Kau Injak-Injak Agama Kami!


Assalamualaikum, Salam 1 Blogger dan Salam 1 Ummah Islam.

Semalam, saya dikejutkan dengan satu post dari Instagram rakan saya mengenai akaun @porkymuhammad

Pada permulaan saya abaikan saja post itu. Setelah itu saya terus tidur. Pada keesokan hari (hari ini) saya bangun dari tidur, saya pergi la terjah ke akaun palsu itu. Saya lihat post dia, follower dia semakin meningkat. 



Follower dia sekarang ni semakin meningkat secara mendadak.
Jadi, Saya dengan ini ingin meminta anda semua membuat laporan (report user) mengenai akaun ini. Menjadi tanggungjawab kita sebagai ummat Nabi Muhammad S.A.W. #KamiSayangNabiMuhammadSAW #MuhammadRasulKu #KamiSayangRasulullah Kepada yang pandai hack² tu, bolehlah hack dan tutup akaun durjana yang menghina #Rasulullah ni.

Untuk pengguna smartphone.

1. 
Mula-mula pergi ke menu yang terletak di sebelah atas kanan anda. Lihat gambar.
2. 
Selepas itu, klik 'Report Inappropriate'. Lihat gambar.
3. 
Setelah itu, akan keluar ini sebagai tanda anda telah pun melaporkannya. Lihat gambar.
Untuk tahu lebih lanjut mengenai cara untuk buat laporan, bolehlah itu langkah ini.

1. 
Mula-mula pergi akaun palsu ini, @porkymuhammadSelepas itu, klik sebelah nama akaun tu, (lihat gambar) dan klik Report User.
2. 
Selepas itu, akan keluar paparan ini.
3. 
Anda boleh pilih jenis aduan / laporan yang nak dibuat.
4. 
Bila dah pilih. Klik link biru di bawahnya. (lihat gambar)
5. 
Setelah itu, paparan seperti gambar ini akan keluar. Dari situ, anda boleh cari atau lihat bagaimana nak buat aduan mengenai akaun palsu dan sebagainya.
Setakat itu dulu entry kali ini. Setakat itu, saya mampu mengajar anda. Semoga akaun palsu yang menghina Nabi Muhammad SAW ini ditutup dan dihapuskan serta pengguna akaun ini diambil tindakan yang sewajarnya. mungkin usaha ini akan dipertikaikan oleh orang lain. Tetapi, Allah SWT jua yang mengetahui sebesar mana atau sekecil mana tindakan yang diambil oleh kita.

Sekian dahulu dari saya. Wasalam.

p/s : Hari 31 Disember 2013. Ada perhimpunan itu la, ini lah. Admin mohon anda supaya tidak terlibat dalam mana-mana perhimpunan. Baik perhimpunan gulingkan atau konsert. Baik duduk rumah, bilik dan asrama berdoa atau solat hajat mohon tahun depan menjadi lebih baik dan sebagainya. Paling kurang pun ulangkaji pelajaran. Lulz~

Ber - Rojak Cendol ABC bersama Mantan Pemudahcara Mahasiswa KK9 2013/2014


Assalamualaikum dan Salam 1 Blogger.

Baca tajuk dan tengok gambar di atas sudah tentu anda tahu mengenai apa yang akan di tulis atau di catatkan di sini kan? Hehehe.. Betul lah tu..

Sebenarnya dah buntu nak buat apa sebab tu tulis pasal makanan ni. Kisahnya bermula apa bila seorang rakan Pemudahcara Mahasiswa (PM) yang satu lantai (floor) dengan aku ni panggil aku tolong satu benda kat bilik dia. Ingatkan apa? Rupanya, suruh tengok sebab latak belakang poster yang dia buat tu jadi warna hitam putih saja, tak boleh tukar kepada warna. mudah saja sebabnya, dia setting filter kepad Limousity apa ntah, aku tak ingat. Sepatutnya set kepada 'Normal' saja. Ok lah macam tu.

Mula-mula, aku ingat dia nak buat poster untuk projek ke apa ke.. Sekali tengok bila dia dah siap dia ada post dalam group FB 'PM 9th'. Rupanya poster untuk ajak makan cendol. Hahaha.. Gigih betul. Event manager katakan.. Gelak besar aku. Ha, ni poster yang dia buat.

Ok lah. 30 Disember 2013. Pukul 5:15 petang. Nak dijadikan cerita, pada 29 Disember 2013 (Ahad) tu, aku dah ingat 30 hari bulan. Dalam pukul 4:30 petang tu, rakan sebilik aku ada ajak aku pergi makan. 'Lunch-dinner' la katakan. Aku menolak sebab lagi 45 minit aku nak pergi makan cendol tu dengan PM-PM. Dalam pukul 5 petang tu aku pun WhatApps la "Lagi 15 minit lagi" dalam group WhatApps PM. Diaorang tertanya-tanya, kenapa dengan 15 minit lagi tu. Aku dengan yakinnya menjawab "makan cendol la".Sekali salah tarikh pulak. Berlapar la aku sampai malam. Hmm... 
~~~ *_*~~~
Akhirnya 30 Disember 2013 pun tiba. Jadi juga makan cendol. Mula-mula tu ramai juga tertanya-tanya sebab hujan petang tu. dalam pukul 5:30 petang, mula kami bergerak ke 'Rojak Cendol Seksyen 16' atau 'Mee Rojak Shell' atau 'Rojak KFC'. Kenapa namanya begitu banyak? Hehehehe.. Sebabnya, Kedai Lori tu terletak di hadapan Shell, berhampiran dengan KFC yang terletak di Seksyen 16. Pelajar UM kalau tak tahu, tak tahu lah nak kata apa.

Boleh dikatakan 90% lah kehadirannya. Tu dia, kehadiran sangat. Ingat nak letak gambar-gambar. Tapi bila dapat makanan yang dipesan terlupa pula nak tangkap sekeping dua. maklum la bila orang kelaparan mendapat makanan. Hehehe...
~~~ *_*~~~
Rasanya setakat ni la dulu catatan kali ini. Sekadar wujudkan entry dalam blog ini. maklumlah, dah guna .com, jadi, kenalah gunakan sebaiknya.

Ok. Wasalam. Jumpa lagi.

p/s : Dalam dok tulis ni pon, lapar lagi. Makan maggi sejor la... huhuhuhu

Translate This Page