Cerita ini
mengisahkan tentang nasib seorang pemuda yang bernama Adam. Cerita malang ini
bermula semasa dia balik bercuti sempena cuti semester. Setelah menghabiskan
peperiksaan akhir untuk semester satu, dia dengan rasa gembira pulang ke
rumahnya di Kedah. Kepulangannya yang disangkakan dapat menghilangkan tekanan
demi tekanan di universiti meleset apabila dia mendapat dua pucuk surat. Satu
daripada salah satu Syarikat Telco dan satu lagi daripada pihak yang tidak
dikenali, mungkin guaman Syarikat Telco tersebut.
Surat tersebut
merupakan bil menggunaan perkhidmatan internet. Dia terkejut melihat surat itu.
Seingat dia, dia tidak pernah melanggan langsung internet daripada syarikat
tersebut. Tetapi dia pernah dapat SIM Card percuma daripada syarikat
tersebut tetapi dia langsung tidak pernah membukanya sehingga melihat bil itu.
Pada bil tersebut, tercatat jumlah yang besar bagi Adam. RM 275.30. Dia
dikatakan menggunakan perkhidmatan internet syarikat tersebut sebanyak itu.
Bertambah terkejut apabila membuka surat yang satu lagi. Dia perlu membayar
segera jumlah itu jika tidak mahu apa-apa tindakan diambil.
Suatu hari dia
pergi ke centre syarikat tersebut untuk menanyakan dan menyelesaikan
perkara itu. Keputusannya, dia hanya mampu untuk terminate nombor itu
sahaja. RM 275.30 itu dia terpaksa membayarnya walaupun sedikit demi sedikit.
Dia balik dengan rasa yang makin membebankan. Dimanakah dia harus mendapatkan
wang sebanyak itu. Dia merasa makin down dengan kehidupan hariannya.
Pada hari yang lainnya, dia mengeluarkan baki wang simpanannya sebanyak RM
125.30 untuk membayar dahulu sedikit jumlah itu. Wang sepatutnya digunakan di
Langkawi semasa di sana nanti terpaksa digunakan dahulu. Kini jumlah baki yang
perlu dibayar tinggal lagi RM 150.
Hari ini, tiba
masanya Adam pergi ke Pulau Tuba, Langkawi, Kedah. Dia pergi ke sana atas
urusan projek kolej di mana tempat di belajar. Dia berpendapat, dengan
menghadirkan diri ke sana akan menghilangkan seketika masalah yang dihadapinya.
Alhamdulillah, hari pertama di sana, dia berasa sangat gembira walaupun jauh di
sudut hatinya, dia sangat hampa. Kawan-kawannya juga nampak dia bergembira,
tapi sebenarnya, itu hanyalah lakonan. Dia memang sentiasa melakonkan watak gembira
dan ceria dihadapan kawan-kawannya kerana dia tak mahu berkongsi masalah dengan
orang lain sebab dia takut akan menyusahkan orang lain.
Setelah penat
seharian beraktiviti, dia tidur dengan hati yang tenang. Namun kegembiraan dan
ketenangan itu tidak kekal lama. Sejurus bangun daripada tidur, dia sedar
sesuatu telah hilang. Smartphone Adam yang berjenama Sony Ericsson
telah hilang. Puas dia mencari ke sana ke sini, namun negatif, dia tidak juga
menemuinya. Rakan seibu angkatnya terperasan keresahannya lalu bertanya apa
yang dicarinya. Mereka terkejut lalu membantunya mencari buat kali kedua.
Tetapi hasilnya juga sama, negatif. Setelah puas mencari, dia bertanya dengan
mak angkatnya pula sama ada terlihat ataupun tidak. Lagi terkejut mak angkat
dibuatnya. Lantas, mak angkat dan rakan-rakan membantu Adam mencari telefon itu
buat kali ketiga. Namun hasilnya gagal.
Pemandu van
yang ditugaskan untuk menjemput mereka telah tiba. Dia juga terkejut mendapat
berita itu. Setelah kegagalan yang ditemui, Adam mengambil keputusan supaya
mereka meneruskan program yang dirancang. Dia kembali berperwatakan gembira dan
ceria. Dia tak mahu orang lain bersimpati dengannya kerana ianya akan
menyusahkan mereka. Tetapi apakan daya, berita itu begitu cepat tersebar.
Sesampai dia di tempat berkumpul, ramai kawan-kawan yang bertanya tentang
kehilangan telefon tersebut.
Sepanjang
program berlangsung, sepanjang kegembiraan dan keceriaan palsu bersama
kawan-kawan, dia sentiasa berfikir dan bertanya. Dia sering tertanya, mengapa
dia sering diuji begini. Mengapa?! Kenapa?! Adam sangkakan dia dapat melupakan
masalah dengan Syarikat Telco di Pulau Tuba itu, tetapi masalah dan tekanan
makin menimpanya. Dia hampir saja menitiskan air mata, akan tetapi dia
menahannya kerana dia takut kawan-kawan akan bersimpati dan risau dengan dia.
Dia semakin lemah dan hampir rasa putus asa untuk terus hidup. Sepanjang hari
itu, dia merasakan dia sahaja yang bersalah. Kekalahan kumpulannya dalam game
Beach Sport pun dirasakan dia yang menyebabkan kekalahan itu.
Setelah semua
program selesai, dia dan peserta projek kolej itu pun pulang ke Jeti Kuala
Perlis. Menunggu bas untuk pulang ke universiti. Dia menumpang bas untuk pulang
ke rumahnya. Adam dan beberapa orang peserta turun di Shahab Perdana untuk
pulang ke rumah. Rumah Adam berjarak lebih kurang 20 km dari Shahab Perdana. Dia
tiba di Shahab Perdana pada lebih kurang pukul 9.45 malam. Dia mencari bas
untuk pulang ke rumahnya, namun bas sudah habis. Dia menghantar SMS kepada
adiknya pula untuk mengambilnya di Shahab, tetapi adiknya tidak tahu jalan dan
menyuruhnya naik teksi. Dia pergi bertanya teksi pula, namun dia tidak dapat
balik dengan teksi kerana harga untuk pulang dengan teksi RM 30 sedangkan di
dalam poketnya ketika itu hanya ada RM 11. Dia tidak putus asa lagi. Dia
menghubungi pula kawan-kawan yang rapat dengannya untuk meminta tolong
mengambil dan menghantarnya ke rumah tetapi mereka semua ada hal masing-masing
dan tidak dapat menolong. Dia sudah tidak dapat menahan lagi air matanya
daripada mengalir. Dia hampir putus asa lagi. Bateri telefon yang masih tinggal
pula dah menunjukkan bateri lemah. Dia mencuba menghubungi semua kenalan yang ada.
Alhamdulillah, masih ada yang mampu menolongnya. Kawan yang tinggal satu taman
dengannya mahu menolongnya. Dia amat bersyukur dengan bantuan itu. Dia membayar
kawan itu dengan baki wang yang tinggal dalam poketnya. Dia tiba di rumah lebih
kurang pukul 12 tengah malam.
Kini Adam
tidur dalam keadaan yang amat memenatkan dan amat tertekan. Dia kini ibarat
sudah jatuh ditimpa tangga. Belum selesai masalah dengan Syarikat Telco, Smartphone
Adam pula dicuri. Dah sampai di Shahab pula dia pula seperti tak tahu dengan
siapa dia perlu meminta tolong.
Beginilah
nasib seorang pemuda yang bernama Adam. Hidupnya tak pernah merasai kegembiraan
dan keceriaan yang sebenar. Kegembiraan dan keceriaan dia bersama
kawan-kawannya hanyalah palsu belaka. Dia memang tidak suka berkongsi masalah
dengan orang lain kerana ianya boleh menyusahkan orang lain. Dia tak mahu
susahkan sesiapa. Biarlah dia seorang yang menanggungnya.
0 analysis:
Catat Ulasan