Sabtu, 11 Ogos 2012

Bilakah Lailatul Qard?

Dan Malam Al-Qadar adalah malam yang terbuka padanya sesuatu dari alam malakut. Dan itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah Ta’ala:
"Sesungguhnya Kami turunkan pada Malam Al-Qadar." (Al-Qadr : 1)
Barangsiapa menjadikan di antara hati dan dadanya tempat penampung makanan, maka dia terhijab daripada-Nya. Dan barangsiapa mengosongkan perutnya, maka yang demikian itu belum mencukupi untuk mengangkatkan hijab, sebelum kosong cita-citanya daripada selain Allah ‘Azza wa Jalla. Dan itulah urusan seluruhnya. Dan pangkal semuanya itu adalah dengan menyedikitkan makanan.
Begitulah kata-kata Hujjatul Islam Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’nya
Lailatul Qard berlaku pada salah satu malam pada bulan Ramadhan bermula pada malam ke-20 hingga akhir Ramadhan. Imam Al-Ghazali berpendapat cara menentukan Lailatul Qard adalah seperti berikut :-
  1. Jika hari pertama Ramadhan pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatul Qard berlaku pada malam ke-29.
  2. Jika hari pertama Ramadhan pada hari Isnin maka Lailatul Qard berlaku pada malam ke-21.
  3. Jika hari pertama Ramadhan pada hari Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qard berlaku pada malam ke-27.
  4. Jika hari pertama Ramadhan pada hari Khamis maka Lailatul Qard berlaku pada malam ke-25.
  5. Jika hari pertama Ramadhan pada hari Sabtu maka Lailatul Qard berlaku pada malam ke-23.
 Baca lagi di :-

p/s : Hanya Allah Maha Mengetahui Rahsianya...

0 analysis:

Catat Ulasan

Translate This Page