Salam Aidil Fitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam yang menyambutnya.

The National Academy of Chinese Theatre Arts(中国戏曲学院)

Pertukaran Belajar mahasiswa Universiti Malaya ke NACTA untuk mempelajari Opera China.

Teater Tuah dan Jebat 2015

Naskah lagenda yang disuntik dengan pemikiran yang baru.

Teater KAWAD

Mengisahkan kehidupan keluarga Mejar Bersara Abdul Kabir.

#PrayForGAZA

Marilah kita bersama-sama berdoa supaya mereka kuat dan tabah menghadapi musuh iaitu Zionis Laknatullah.

Sabtu, 11 Ogos 2012

Bilakah Lailatul Qard?

Dan Malam Al-Qadar adalah malam yang terbuka padanya sesuatu dari alam malakut. Dan itulah yang dimaksudkan dengan firman Allah Ta’ala:
"Sesungguhnya Kami turunkan pada Malam Al-Qadar." (Al-Qadr : 1)
Barangsiapa menjadikan di antara hati dan dadanya tempat penampung makanan, maka dia terhijab daripada-Nya. Dan barangsiapa mengosongkan perutnya, maka yang demikian itu belum mencukupi untuk mengangkatkan hijab, sebelum kosong cita-citanya daripada selain Allah ‘Azza wa Jalla. Dan itulah urusan seluruhnya. Dan pangkal semuanya itu adalah dengan menyedikitkan makanan.
Begitulah kata-kata Hujjatul Islam Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’nya
Lailatul Qard berlaku pada salah satu malam pada bulan Ramadhan bermula pada malam ke-20 hingga akhir Ramadhan. Imam Al-Ghazali berpendapat cara menentukan Lailatul Qard adalah seperti berikut :-
  1. Jika hari pertama Ramadhan pada hari Ahad atau Rabu maka Lailatul Qard berlaku pada malam ke-29.
  2. Jika hari pertama Ramadhan pada hari Isnin maka Lailatul Qard berlaku pada malam ke-21.
  3. Jika hari pertama Ramadhan pada hari Selasa atau Jumaat maka Lailatul Qard berlaku pada malam ke-27.
  4. Jika hari pertama Ramadhan pada hari Khamis maka Lailatul Qard berlaku pada malam ke-25.
  5. Jika hari pertama Ramadhan pada hari Sabtu maka Lailatul Qard berlaku pada malam ke-23.
 Baca lagi di :-

p/s : Hanya Allah Maha Mengetahui Rahsianya...

Sabtu, 4 Ogos 2012

SUARA ANEH DARI LANGIT BERLAKU SELURUH DUNIA

Sedang kita dihebahkan dengan berita-berita dan beberapa spekulasi huru hara besar akan berlaku pada tengah malam pertengahan Ramadan yang secara kebetulan jatuh pada hari jumaat pada tahun 2012. Kita digemparkan pula dengan kejadian suara aneh dari langit yang sangat kuat dan menggerunkan yang berlaku pada 11 dan 12 Januari lepas di negara kita sendiri iaitu di Kota Samarahan, Sarawak sehingga mendapat liputan meluas dari seluruh dunia.

Suara tu dikatakan didengar oleh beberapa penduduk di Samarahan pada pukul 3 pagi hingga ke waktu subuh. Suara ini seolah-olah bunyi dengkuran kuat dan ada juga mendakwa seperti bunyi seseorang bernafas menyebabkan penduduk terjaga dari tidur.

Ada juga dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bunyi dari langit tersebut berpunca dari kilang kelapa sawit berdekatan, namun dakwaan itu dinafikan penduduk kerana bunyi enjin memproses kelapa sawit tidak mungkin di dengari sehingga ke Kampung Muara Tuang yang sejauh 10 kilometer.

Ikuti rakaman video yang dirakam pada hari kedua 12 Januari 2012 di Kota Samarahan, Sarawak dibawah:
Sebenarnya, bunyi yang serupa juga pernah dilaporkan kedengaran di beberapa kawasan dunia sebelum ini seperti di Tennesse (Amerika) pada 12 Mei 2011, Kiev (Ukraine) pada 11 Ogos 2011, Aaborg (Denmark) pada 16 September 2011, Budapest (Hungary), Moscow (Rusia), Cichago (US), Sweden, Czeh RepublicConklin (Canada) dan paling terkini di London (UK) pada 17 januari 2012. - boleh cari di YouTube

Sementara itu Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Innovasi, Datuk Fadillah Yusuf tidak mahu terus membuat konklusi mengenai perkara itu. Katanya, beliau perlu terlebih dahulu mendapatkan maklumat saintifik mengenainya daripada Jabatan Metrologi.

The Borneo Post tempoh hari melaporkan satu bunyi aneh dari langit telah kedengaran di Kampung Meranek, Kota Samarahan yang mencetuskan ketakutan dan kegelisahan penduduknya. Tidak lama selepas bunyi itu kedengaran, satu kejadian gempa bumi kuat (7.3 skala Richter) berlaku di Sumatera, Indonesia.

Selain daripada kejadian gempa bumi di Sumatera itu, ada juga teori yang mengaitkan bunyi aneh dari langit itu dengan sebuah program yang dikenali sebagai High Frequency Active Auroral Research Programme (HAARP).

Ada juga yang mengandaikan bunyi aneh tersebut datangnya dari bunyi naga. Agak lucu bila kedengaran, mungkin ada yang berkata sebegitu hanya untuk jenaka, tapi tidak mustahil jika ada yang mempercayainya sebagai satu perkara yang benar selagi kebenaran belum di buktikan.

Terdapat juga beberapa hadis-hadis akhir zaman dan kitab-kitab dari ulama islam yang menyatakan perihal suara dari langit (suara para malaikat) yang mengaitkan dengan kemunculan Imam Mahdi.
Salinan hadis-hadis yang diambil daripada kitab Al-Qaulul Muhtasar Fi Alamatil Mahdiyul Muntazar, karangan ulama besar Ahlus Sunnah, Imam Abul Abbas Ahmad bin Muhammad Badruddin bin Hajar Al-Haitami al-Makki al-Ansari (909H – 974H).

22. Seruan Dari Langit

“Pada kemudian kelak, akan terjadi bencana di mana orang yang berada di sebelahnya tidak menyedarinya melainkan dia sendiri turut tertimpa bersama-sama sehingga datang penyeru dari langit yang berkata, “Sesungguhnya pemerintah kamu semua adalah si fulan (maksudnya Al-Mahdi).”

56. Hamba Allah yang Terpilih

“Al-Mahdi dizahirkan pada bulan Muharam dan ada satu suara yang menyeru dari langit, “Ketahuilah bahawa hamba Allah yang terpilih adalah si fulan, iaitu Al-mahdi. Oleh itu, dengarlah perintahnya dan taatilah dia.”

Keterangan Daripada Para Sahabat RA 
 8. Suara Hatif
“Apabila ada seruan dari langit, “Sesungguhnya kebenaran berada di pangkuan Keluarga Nabi Muhammad SAW,” maka pada ketika itu Al-Mahdi mulai gempar diperkatakan orang. Lantas umat manusia beransur-ansur mencintai Al-Mahdi. Seterusnya tidak ada orang lain lagi yang disebut-sebut oleh mereka melainkan Al-Mahdi.”
Keterangan Daripada Tabiin dan Tabiit Tabiin 
1. Seruan Dari Langit

“Nama Al-Mahdi akan dipanggil-panggil dari arah langit.”

40. Terjadi Bencana Sebelum Al-Mahdi

“Alam ini akan mengalami bencana, suatu yang tidak berkesudahan, sehinggalah terdengar satu seruan dari langit, “Ketahuilah bahawasanya yang menjadi pemimpin kamu di dunia ini adalah si anu. Dialah pemimpin yang sejati.” Diulang-ulang sebanyak tiga kali”

41. Seruan Dari Langit

“Suara dari langit menyeru, “Sesungguhnya pemimpin yang sebenar adalah daripada keturunan Rasulullah SAW.” Pada ketika itu suara dari bumi menyebutkan, “Sesungguhnya pemimpin yang sebenar adalah daripada keturunan Nabi Isa.” Atau dia mengatakan “Al-Abbas.” Suara dari bumi itu adalah suara syaitan manakala seruan dari langit itu adalah Kalam Allah, dan seruan inilah yang menang.”

42. Lahirnya Puak-puak dan Berbeza-beza Pendapat

“Di dunia ini akan terjadi sikap berpuak-puak dan perbezaan pendapat, sehingga muncul suatu tangan dan seruan dari langit yang menyeru, “Ketahuilah, bahawasanya pemimpin kamu semua adalah si fulan.”

43. Suara Dari Langit

“Semasa Al-Mahdidan As-Sufyani bertembung dalam peperangan, akan terdengar suatu suara dari langit, “Ketahuilah, bahawa wali-wali Allah adalah kawan-kawan Al-Mahdi.”

44. Tanda-tanda Pada Hari Itu Juga

“Tanda-tanda pada hari itu adalah adanya tangan yang menjulur dari langit yang dapat dilihat oleh sekalian manusia.”

54. Suara yang Memanggil-manggil Nama Al-Mahdi

“Ada suara dari langit yang memanggil-manggil nama Al-Mahdi. Suara itu dapat didengar oleh setiap orang, sama ada yang berada di Timur ataupun di Barat, sehinggakan orang yang sedang tidur pun akan terjaga kerananya.”
Tanda lain yang lebih besar adalah kedengaran satu suara dari arah langit (suara hatif) yang menyatakan bahawa Imam Mahdi telah zahir ke dunia ini. 

Setelah itu, akan kedengaran sekali lagi satu suara yang dapat difahami yang datang dari arah langit yang memanggil-manggil nama Imam Mahdi. Suara itu amat kuat sehingga orang yang sedang duduk akan berdiri, yang berdiri akan terduduk dan yang tidur akan terjaga kerana terkejut mendengar suara itu. Suara itu dapat didengar oleh setiap orang di seluruh dunia ini.

Tidak lama selepas itu akan kedengaran lagi suara dari langit dan suara dari langit itu akan dilawan oleh suara yang datang dari bumi. Suara yang dari langit itu adalah suara malaikat yang menyatakan bahawa Imam Mahdi adalah dari keluarga Nabi Muhammad SAW, manakala suara dari bumi pula menyebutkan bahawa Imam Mahdi itu adalah dari keturunan Nabi Isa AS. Orang-orang kafir akan mempercayai suara yang datang dari arah bumi itu manakala umat Islam akan mempercayai suara yang datang dari arah langit.

p/s : sebarkanlah jika ianya bermanfaat agar timbul kesedaran di kalangan hamba-hambaNYA yang bertaqwa akan hampirnya akhir zaman. Wallahualam... 

Sumber: Majalah Biar Betul

Jumaat, 3 Ogos 2012

Aku Suka Dia by Ainan Tasneem - Official MV (Karaoke Version)


Lagu ni saya jadikan versi karaoke sendiri.. memang dari dulu saya tunggu MTV ni release untuk dijadikan karaoke.. Alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat itu. Saya gunakan software 'Audacity' untuk jadikan minus one dan 'Premiere Pro' untuk lirik karaoke...

Untuk versi karaoke tukar 'Audio Channel' ke 'mono left' atau pon ke kiri... Atau pun klik video di bawah untuk versi karaoke tanpa vokal...
Lirik :-
Aku lihat dia di sana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku,
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota.. darimu
Yang tertulis 'Aku Suka Kamu'

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini, ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
Aku suka dia..

Don't forget to like my page at http://www.facebook.com/adlishinichi

and

Ainan Tasneem's page at http://www.facebook.com/ainantasneemridzuan

Credit to http://www.youtube.com/user/mvmproduction68

Suara Keras Di Pertengahan Bulan Ramadhan 1433

Cuba kira.... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj. (yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".

UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar

Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar

Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar

Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011

Ramadan: July 20 - August 18, 2012

Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012



p/s : Yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu datang daripada kelemahan diri saya sendiri. Renung - renungkan dan selamat beramal...

Translate This Page